Thursday, November 18, 2010

Hikmah Allah..


Ketika menikmati keindahan alam maya di Kolej Matrikulasi Perak(KMPk)..sejenak ku terfikir tentang hikmah aku dilemparkan jauh disini...ku mngimbas kmbali igtan ku..setelah aku mngmbil keputusan untuk menamatkan STAM di Maahad Muhammadi Tumpat..(MMT)..aku sntiasa mnggu peluang yang datang dalam hidupku..pada pgi yang hening aku terima surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA),"panggilan ke Temuduga.."bisikku..aku tersenyum sndirian..lantas aku mlihat kos yang ditawarkan.."Penolong Pegawai Perubatan,Penolong Pegawai Farmasi,Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.."..Aku bertanya pndapat Abah tentang Program ni..tapi Abah macam tidak berapa setuju..tpi ma sntiasa ok..


Tpi aku cuba mncari maklumat tentang program ni..program ni ok la jgk.."tpi keputusan matrikulasi tak keluar lagi.."tiba-tiba terlintas dihatiku..Aku berdoa kepada Allah agar aku mampu membuat keputusan yang terbaik..teringtku pada sabda Nabi S.A.W.."Demi zat yang diriku ada ditanganNya,tiadalah Allah mnentukan sesuatu kputusan kpd hmbaNya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya..."(HR Muslim).. beberapa minggu kmudian kputusan matrikulasi keluar..tak sabar untukku "check" keputusan.."Tahniah! anda berjaya............"perasaan gembiraku terpancar diwajah..aku terus mnuju kepada ibubapaku dan membrithu keduanya, abah klihatan gembira sekali..sebab mmg boleh dikatakn adat matrik,sbb abg n kakak ku pun ke matrik jgk..Alhamdulillah...


Ramai Sahabat-sahabatku bersamaku untuk mneruskan perjuangan hidup..tapi dlm persiapan ke matrikulasi,ramai jgk orang yang tak sokong sbb diorang cakap matrik ni susah..tapi itulh,cabaran bg aku dan sahabat.. firman Allah"Oleh itu tetapkanlah kepercayaanmu)bhw sesungguhnya tiap-tiap kesusahan disertai dengan kemudahan...bhawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada mudahnya.."(Alam Nasyrah 5&6)..kami sntiasa berdoa agar pilihan kami tepat..kadang-kadang timbul perasan bimbang takut tak boleh "catch up"..hanya Tawakal dan Yakin kpd Allah mnjdi azimat buat bekalan ke sana..firman Allah"..maka bertawakal lah kmu kpda Allah,sesunggguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertwakkal kepdaNya..Jika Allah menolong kamu maka tiada sesiapapun dapat menghalang kamu....."(Ali 'imran 159)


Alhamdulillah,sekarang aku sdang meneruskan pengajian di KMPk..aku yakin dgn apa yang Allah telah berikan kpdku..Allah telah kurniakn ku sahabat-sahabat yang sntiasa membri semngat ktika ku jatuh dan tersungkur..sungguh indah jika berukhuwwah kerana Allah..Dlm hidup ni,usah lah merasa bimbang jika kita dekat dgn Allah dan janganlah sesekali berptus asa dari rahmat Allah..firmanNya"..dan jgnlah kamu berptus asa dari rahmat Allah..sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat Allah,melainkan kaum yang kafir.."(yusuf 87).."dan Dia (tuhan)tetap bersamamu walau di mana jua kmu berada."(al-Hadid 4)


dan sesungguhnya Allah mnempatkan aku disini dengan bribu-beribu hikmah..aku bersyukur kpadaNya.."dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu,sdangkan ia lebih baik bgimu..dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu,sedang ia melarat kpdamu..Dan Allah Maha Mengetahui,tpi kmu tidak mengetahui.."(al-Baqarah 216)


lamunan ku terhenti apabila sahabat ku menyapaku...itulah kehidupanku..Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah..


Sesungguhnya segala kejadian Allah itu ada hikmahnya..


ku akhiri dgn"tiada sesuatupun yang menimpa seseorang muslim dari susah hati,dukacita,penat dan penyakit yang berterusan,tidak pula dengan kesedihan dan kesakitan,hinggalah kepada tusukan duri,melainkan dengannya Allah hapuskan dosa hamba itu.."(HR Al-Bukhari &Muslim)


wassalammm...

Rindu Allah..


Assalamu'alaikum..

ktika dlm ksusahan liku-liku kehidupan.. tringtku pada sabda Rasullulah S.A.W.."Apabila Allah telah menyintai hambaNya..maka Allah turunkan balaNya ke atas hamba itu dan Allah ikatkan balaNya ke ats hamba tersebut..maka para Malaikat pun berkata,Wahai Tuhanku,sampaikan hajat hambaMu itu..Allah menjawab "Usah campuri urusan HambaKu itu..Sesungguhnya Aku cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat..Apabila hamba itu berkata.."wahai Tuhanku..maka Allah menjawab "selamat dan bahagialah wahai hambaKu..tidak kamu seru sesuatu melainkan Aku perkenankan buatmu........."

Begitu besar kasih sayang Allah kepada hambaNya..Dalam liku hidup ini banyak perkara yang menghanyutkan kita sehinggakan masa untuk kita brhbung dgn Allah makin pudar..Sungguh Allah itu,adalah Tuhan yang Maha Penyayang,Maha mengingati dan Maha Mengasihi..sepertimana sayang dan ksih kita kepada seseorg hingga menimbulkn rasa rindu utk berhubung dgnnya..Namun Allah..ada cara yang tersendiri untuk berhubung dgn hamba yang Dia sayangi..

Sayang sekali..kita tdak faham dan tdak sedar akan cara Allah menyeru HambaNya untuk kita mendampingiNya...sebenarnya,musibah dan masalah dalam kehidupan kita adalah merupakan panggilan Allah supaya kita sentiasa mendekatiNya..Kita sering lupa untuk mengingati Allah..tpi Allah tidak pernah melupakan kita..

Allah menyeru kta untk mndkatiNya dgn mnurunkan kesusahan demi kesusahan..supaya kita sering brdoa,meminta,mengadu dan meluahkan mslh kita kepadaNya..itulah dikata Rindu Allah kepada kita..namun kita,tidak pernah bersyukur dan berfikir apakah hikmah Allah lakukan semua ini kpda kita..sering kali kita menyalahkan Allah..pdahal itulah yang terbaik buat kta..dan sentiasa cuba berfikiran positif kpd Allah..Astagfirullah..ampuni kami Ya Allah...

pesanan Al-Imam Ibnu Athoillah Assakandary; Kalam Hikmah..


"Jika kamu tidak berupaya berbaik sangka kepada Allah kerana sifatNya yang baik itu..maka berbaik sangkalah kamu kepadaNya kerana nikmat yang dilimpahkan kepadamu..maka tidaklah Dia membiasakan kepadamu mlainkan kbaikan..dan tidaklah Dia mengenakan kepdamu melainkan pelbagai pemberian.."


Wassalammm...

Friday, October 29, 2010

Kisah Wali Solat atas Air..









Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terumbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."

Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"

Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."

Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."

WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"

Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.


Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.


Wallahu a'alam.

Hamba Yang Ajaib









Pada suatu hari Abdul Wahid bin Zaid r.a berjalan-jalan dipasar tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual. Hamba tersebut melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu Abdul Wahid teringin untuk membeli hamba tersebut untuk membuat kerja-kerja dirumahnya. Hamba ini adalah seorang yang taat dan sentiasa melakukan kerja-kerja dengan tekun sekali.

Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini kerana diwaktu siang ia bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia tidak ada dirumah walaupun puas Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu rumah sentiasa tertutup dan tidak ada tanda-tanda bahawa pintu telah dibuka. Pada waktu pagi hamba tersebut telah berada kembali didalam rumah dan menyerahkan satu keping wang dirham yang terukir surah Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya oleh Abul Wahid, hamba tersebut menjawab " saya akan memberi kepada tuan setiap hari satu keping wang dirham asalkan tuan jangan bertanya kemana saya pergi". Abdul Wahid menerimanya dan tidak mengambil tahu lagi hal tersebut.

Setelah sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu hari datang seorang teman Abdul Wahid dan memberi tahu bahawa kerja hambanya setiap malam adalah menggali kubur orang yang meninggal dunia. Abdul Wahid amat terkejut diatas apa yang diberi tahu oleh kawannya, tetapi dia tidak percaya. Abdul Wahid berjanji akan menyiasat perkara terlebih dahulu.

Pada suatu malam salepas sembahyang Isyak, Abdul Wahid mengintai gerak geri hambanya tanpa diketahui bahawa dia sedang dintip. Abdul Wahid nampak hambanya menuju ke pintu hanya dengan menunjukkan jarinya sahaja pintu tersebut terbuka dengan sendirinya sambil diperhatikan oleh Abdul Wahid dengan kehairanan. Setelah hambanya keluar pintu tersebut tertutup kembali dengan sendirinya. Abdul Wahid terus mengekori hambanya sehingga sampai kesuatu tempat yang lapang (padang pasir). Hambanya terus menukarkan pakaiannya dengan pakaian lain yang diperbuat daripada kain guni. Hamba tersebut terus menunaikan solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai solat hamba tersebut menadah tangan kelangit dan memohon doa kepada yang Maha Berkuasa dengan berkata "wahai tuanku yang besar berilah upah kepada tuanku yang kecil". Selesai ia berdoa jatuhlah sekeping wang dirham dari langit dan diambil oleh hamba tersebut. Abdul Wahid memerhati hambanya dengan perasaan hairan dan takjub sekali.

Oleh kerana hari sudah hampir siang, Abdul Wahid mencari air disekitarnya untuk berwudud dan menunaikan solat Subuh. Semasa beliau berdoa dia berjanji akan memerdekakan hambanya kerana hamba yang soleh sepertinya tidak seharusnya menghambakan diri kepada sesama manusia. Selesai berdoa Abdul Wahid mencari hambanya tetapi tidak berjumpa dia telah menghilangkan diri dengan begitu cepat sekali. Abdul Wahid cuba mencari jalan untuk pulang kerumahnya tetapi tidak berjumpa kerana tempat tersebut asing baginya. Dengan perasaan cemas dan menyesal diatas tindakannya dan dalam keadaan mundar mandir yang tidak menentu tiba-tiba dia ternampak bayang-bayang dari jauh orang berkuda sedang menuju kearah beliau.

Dengan parasaan tidak sabar, Abdul Wahid menunggu ketibaan orang tersebut dan apabila sampai ketempat beliau, orang berkuda tersebut bertanya "apakah yang kamu buat ditengah- tengah padang pasir ini wahai Abdul Wahid". Abdul Wahid kehairanan dan berkata didalam hatinya, bagaimanakah orang ini mengetahui nama aku. Abdul Wahid menceritakan kepada orang berkuda apa yang telah berlaku. Orang berkuda itu berkata lagi "janganlah kamu berasa curiga terhadap apa yang berlaku" Abdul Wahid mengangguk-ngangguk sahaja apa yang dikatakan oleh orang berkuda tadi. Orang berkuda berkata lagi " tahukah kamu berapa jauh rumah kamu dangan tempat ini" jawab Abdul Wahid " saya tidak tahu". "Jaraknya adalah dua tahun perjalanan dengan kuda yang berlari dengan cepat" kata orang berkuda. Abdul Wahid kehairanan dengan kata-kata orang berkuda tadi dan berkata didalam hati semasa aku mengikuti hambaku malam tadi hanya beberapa mini sahaja perjalannya kemari.

Sebelum berlalu orang berkuda tersebut memesan kepada Abdul Wahid supaya mengunggu disini dan jangan kemana-mana, nanti malam hamba mu akan datang dan kamu bolehlah mengikutinya pulang nanti. Abdul Wahid menunggu sahaja disitu seperti yang dipesan oleh orang berkuda tadi. Semasa menunggu Abdul Wahid sudah beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan dan kehausan. Apabila Abdul Wahid tersedar dari tidurnya dia mendapati makanan dan minuman telah terhidang disisinya dan hambanya juga berada disitu. Hambanya mempelawa Abdul Wahid makan makanan yang telah terhidang. Tanpa bekata apa-apa Abdul Wahid makan dengan lahapnya kerana tersangat lapar dan dahaga. Hambanya berkata kepada Abdul Wahid "janganlah tuan mengulangi lagi pebuatan ini dan tunggulah disini sehingga saya selesai solat". Hambanya terus mengerjakan solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai sembahyang hambanya berdoa seperti malam sebelumnya , tiba-tiba jatuh sekeping dirham dari langit dan diberikan kepada Abdul Wahid dan ianya mengambilnya satu dirham lagi dari sakunya seraya berkata "ini wang dirham untuk malam tadi".

Satelah selesai hambanya memimpin Abdul Wahid dan berjalan dengan cepatnya dan tidak sampai beberapa saat mereka telah tiba dihadapan rumah Abdul Wahid. Hambanya bertanya kepada Abdul Wahid "betulkah tuan akan memerdekakan saya kerana Allah Taala" jawab Abdul Wahid "benar" Lalu hambanya menunjukkan kepada batu penyendal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah wang tebuhannya. Abdul Wahid merasa hairan bagaimnana batu yang telah lama berada disitu dijadikan wang tebusan. Lalu Abdul Wahid mengambil batu tersebut dan dengan serta merta batu tersebut bertukar menjadi seketul emas. Abdul wahid kehairanan diatas keajaiban yang berlaku yang dilihatnya sebelum ini dan pada hari ini.

Pada waktu siangnya Abdul Wahid pergi kerumah kawannya yang menuduh hambanya menggali kubur dan menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya berlaku. Sementara dirumahnya berlaku kekecohan dimana anak perempuan Abdul Wahid memaki hamun hambanya kerana menyangka selama dua malam ayahnya tidak balik kerumah dan menuduh hambanya membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan jahatnya menggali kubur orang. Anak perempuan Abdul wahid dengan perasaan marah telah mengambil seketul batu dan membalingkan kearah hamba tersebut lalu terkena pada matanya dan menyebabkan mata hambanya terkeluar dan dia jatuh pengsan.

Setelah Abdul Wahid kembali kerumahnya daripada melawat kawannya keadaan kelam kabut telah terjadi dimana orang ramai yang berada disitu telah memberi tahu kepadanya apa yang telah berlaku. Dengan perasaan marah Abdul Wahid mengambil pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga putus. Abdul Wahid merasa kesal diatas tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak mengetahui keadaan sebenarnya.

Satelah hambanya sedar dari pengsan, hambanya bangkit serta mengambil mata yang terjatuh lalu dimasukkan kembali ketempat asalnya sambil berdoa kepada Allah supaya memulihkan kembali penglihatannya. Setelah berdoa, matanya kembali sembuh seperti sedia kala dan hambanya pergi mengambil tangan anak Abdul Wahid yang putus lalu menyambungnya seraya membaca sesuatu. Tidak lama kemudian tangan anak Abdul Wahid kembali pulih seperti sedia kala. Hambanya terus meminta diri dan berlalu dari situ. Orang ramai kehairanan melihat keajaiban yang telah berlaku.

Begitulah besarnya darjat orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan dia telah memperolehi darjat dan kemulian dari Allah Subhanahu Wataala….

Wallahu’alamm…

PrEpAraTioN 4 ExaM!!


Assalamua'alaikum wbrt..

kepada saudara seislam..selamat menempuh peperiksaan..samada PMRU,PMR,SMU,SPM,STAM..dan exam laen..mgkin ni adalah selingan utk mndpt kejayaan..

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

faiza 'azamta fatawakkal 'alaLLAH!..

gudLucK 4 ExaM!!

WassAlamm.......

Wednesday, October 27, 2010

Habuk Kayu Bertukar Menjadi Tepung Gandum









Kisah ini diceritakan sendiri oleh Atha' bin Al-Azraq. Pada suatu hari isteri Atha' menyuruhnya pergi ke pasar untuk membeli gandum kerana gandum di rumahnya telah kehabisan. Isterinya memberi wang sebanyak 2 dirham. Atha' mengambil karung guni dan berjalan menuju ke pasar. Di dalam perjalanan dia ternampak seorang hamba sahaya sedang menangis.

Orang ramai yang lalu lalang di situ tidak memperdulikan akan hamba tersebut. Oleh kerana kasihan melihat keadaan hamba tersebut Atha' menghampiri hamba yang sedang menangis lalu bertanya "Kenapakah kamu menangis ditepi jalan ini?". Hamba itu memberitahu "Aku diberi wang sebanyak 2 dirham oleh tuanku supaya membeli barang keperluan di pasar", sambungnya lagi "Apabila tiba di sini aku dapati wangku sudah tidak." hamba tadi sambil menangis lebih kuat lagi dan berkata "Mungkin wang itu tercicir semasa dalam perjalanan ke mari".

Atha' menanya lagi "Kenapa kamu tidak pulang saja dan memberitahu tuanmu tentang kehilangan wang tersebut?." Sambil menangis hamba tadi menjawab "Jika aku pulang dan memberitahu tentang kehilangan tersebut, tentulah aku dimarahi dan dipukul dengan teruknya". Atha' merasa hiba diatas penjelasan hamba itu lalu berkata "Ambil wang ini dan belilah barang-barang yang di pesan oleh tuanmu". Hamba tadi mengambil wang itu dan mengucapkan terima kasih kepada Atha' dan beredar dari situ menuju ke pasar untuk membeli barang-barang yang di pesan oleh tuanya.

Setelah hamba tadi beredar dari situ Atha' berkata dalam hatinya "Bagaimanakah aku hendak membeli gandum yang di pesan oleh isteriku sedangkan wang 2 dirham telahku berikan kepada hamba tadi". "Dari mana aku hendak mencari wang sebanyak itu" sambungnya lagi. Untuk menenangkan fikirannya Atha' menuju ke sebuah masjid yang berhampiran untuk menunaikan solat sunat. Atha' berada di dalam masjid agak lama, sehingga ia sempat bersolat Asar di situ sambil berdoa supaya Allah memberikan sesuatu rezeki kepadanya.

Setelah selesai solat Asar, Atha' menuju ke rumah kawannya kerana ia takut dimarahi oleh isterinya kerana pulang tanpa membawa gandum yang di pesanya. Pada mulanya Atha' ingin menceritakan dan meminta bantuan daripada kawannya tetapi apabila tiba dirumah kawanya, ia tidak tergamak untuk memberitahu hajatnya. Apabila kawannya melihat Atha' membawa karung kosong, lalu kawanya bertanya " Apa tu, karung kosong?" jawab Atha' "Ya" "Kalau begitu isilah habuk kayu ini dan bawalah pulang untuk di jadikan bahan bakar" kata kawannya. Atha' tanpa bacakap apa-apa mengisi karung guni dengan habuk kayu yang diberikan oleh kawannya dan terus pulang ke rumahnya.

Apabila tiba dirumahnya Atha' meletakkan guni yang berisi habuk kayu tadi di rumahnya dan beredar dari situ dengan senyap-senyap kerana takut isterinya meleter di sebabkan karung tersebut di isi dengan habuk kayu. Atha' menuju ke masjid, lama juga ia berada di sana sehingga hampir larut malam barulah dia pulang. Sesampainya di rumah dia tercium bau harum roti yang sedang dibakar.

Atha' kemudiannya masuk ke dapur dan melihat isterinya sedang membakar roti lalu berkata "Harumnya baru roti ini" jawab isterinya "Memanglan kerana gandum ini dari kualiti yang baik". Atha' bertanya lagi "Dari mana kamu dapat tepungnya" "Dari mana lagi, dari karung yang awak bawa baliklah" jawab isterinya.

Atha' kehairanan lalu berkata di dalam hatinya "Dari mana datangnya gandum itu sedangkan karung tadi berisi dengan habuk kayu, ajaib sungguh!". Atha' bertanya kepada isterinya "Mana karungnya biar aku lihat?" Isterinya menghulurkan karung tadi dan dilihatnya "Memang benar, karung tadi yang berisi habuk kayu telah bertukar menjadi gandum yang berkualiti baik" kata Atha' di dalam hatinya..

Atha' hanya mampu memandang sahaja sedangkan dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya gandum tersebut.

Begitulah jika kita berserah dan kembali kepada qudrat dan iradat Allah tidak ada yang mustahil.

wallahua'lam.........

Penjual Kipas











Kisah ini diceritakan oleh seorang Wali Allah di mana dia mempunyai seorang kawan yang sangat baik paras rupanya dan berbudi luhur. Dia mempunyai seorang isteri dan hidup dalam keadaan sederhana tetapi sangat bahagia. Kerjanya setiap hari adalah membuat kipas dari bulu burung dan menjualnya di pasar.

Saya sering menziarahinya disamping mengharapkan doanya. Setiap kali saya menziarahinya saya dapati banyak bulu-bulu burung yang cantik dan jarang dijumpai berselerak di atas lantai. Pada suatu hari saya bertanya kepada kawan saya, "Wahai saudaraku, dari mana engkau memperolehi bulu-bulu burung itu sedangkan saya tidak pernah melihat saudara keluar mencarinya".

Kawan saya menjawab dengan tersenyum, katanya, "Allah s.w.t telah menugaskan malaikatNya untuk mengirimku bulu-bulu burung ini setiap hari Jumaat, sebagai rezeki untuk keluargaku" sambungnya lagi " Dari bulu-bulu burung inilah aku membuat kipas dan menjualnya di pasar kepada sesiapa yang memerlukannya.

Setelah beberapa lama saya tidak berjumpa dengan dia terasa pula rindu untuk bertemu dengannya. Pada suatu hari saya pergi ke pasar dengan tujuan untuk menziarahi kawan saya itu. Setelah tiba di sana saya dapati kawan saya tidak ada di tempat ia selalu menjaja dagangannya. Puas saya mencari di sana sini tetapi tidak berjumpa, lalu saya bertanya kepada orang-orang yang berjaja di situ, mereka berkata bahawa kawan saya itu telah lama tidak datang untuk menjual dagangannya.

Saya begitu kecewa kerana tidak dapat bertemu dengannya. Saya mengambil keputusan untuk pergi ke rumahnya. Tiba di rumahnya saya dapati keadaan sunyi sepi dan saya memberanikan diri untuk mengetuk pintu dan memberi salam. Tidak lama kemudian saya mendengar suara isterinya bertanya "Siapa di luar itu?" saya menjawab "Sahabat dari suami kamu, saya amat rindu untuk bertemu dengannya". "Adakah ia berada dirumah?" tanya saya lagi. Isterinya menjawa "Ia, dia ada di dalam, tetapi sedang sibuk berzikir kepada Allah Azzawajalla".

Isterinya membuka pintu dan mempersila masuk. Saya merayu supaya mengizinkan saya bertemu dengannya kerana saya amat rindu sekali dengannya. Isterinya pun segera masuk dan mendapatkan suaminya dan tidak lama kemudian ia kembali seraya berkata "Masuklah". Saya masuk dan menuju tempat yang di tunjukkan oleh isterinya. Saya melihat kawan saya berada di suatu tempat yang khusus di bina untuk beramal ibadat. Apabila melihatku segeranya bangun dan memeluk ku dengan erat sekali, kelihatan sekali di wajahnya nur dan cahaya kebahagiaan.

Kami pun berbual agak lama juga dan tidak lama kemudian saya di hidang dan di jamu dengan makanan yang sungguh lazat rasanya. Belum pernah saya merasa minuman dan makanan yang sedemikian lazat kerana saya tidak pernah melihat makanan sedemikian di dunia ini. Saya berfikir mungkin makanan ini didatangkan khusus dari syurga.

Setelah lama berbual saya memberanikan diri untuk bertanya "Kenapakah kamu tidak lagi berjaja daganganmu di pasar, apakah ia tidak laku lagi?" Kawan saya tersenyum dan berkata "Tidak, tidak bukan kerana itu" "Habis kenapa? Dengan tidak sabar lagi saya bertanya keran ingin mengetahui keadaan sebenarnya". "Sebenarnya saya mengalami suatu peristiwa aneh" katanya. "Peristiwa aneh, apakah yang dimaksudkan oleh saudara" saya terus mendesak.

"Begini ceritanya" jawab kawan saya. Dia pun mula bercerita. Pada suatu hari saya pergi ke pasar seperti biasa untuk menjual kipas daripada bulu-bulu burung, tetapi tidak satu pun yang laku. Sedangkan pada hari itu saya benar-benar tidak mempunyai apa-apa pun untuk menyara hidup keluarga saya. Saya mengambil keputusan untuk menjaja dangangan saya ke sebuah kampung tempat tinggal orang-orang kaya, tiba-tiba saya terdengar suara orang memanggil, saya mencari-cari suara itu dan mendapati ianya datang dari sebuah bangunan yang tinggi dan saya terus mendongak dan mendapati seorang wanita memanggil untuk melihat kipas buatan saya.

Saya terus mengikuti perempuan itu dan dibawanya naik ke tingkat atas sekali bangunan itu. Saya dapati hiasan di dalamnya sungguh cantik, lantainya di alas dengan karpet yang tebal sekali,dan bau ruangan itu sungguh harum. Ditengah-tengan ruangan itu terdapat sebuah katil yang di ukir indah dan bertatah dengan intan permata. Kelambunya berbunga emas dan perak.

Tiba-tiba saya terkejut ditegur oleh seorang wanita yang sungguh cantik, seluruh tubuh badannya dihiasi dengan bermacam-macam perhiasan. Wanita itu merenung saya dan seluruh badan saya menjadi gementar lalu saya memejamkan mata kerana tidak sanggup bertentang mata dengannya. "Selamat datang wahai tamuku" kata wanita itu "Mulai malam ini kamu akan di layan selama tiga hari tiga malam, aku akan memberi kepuasan kepada kamu dengan pelbagai kenikmatan yang kamu tidak akan bertemu sepanjang hayatmu" sambung wanita itu lagi.

"Apa maksudmu?" tanya saya. "Aku akan memberi kepuasan syurga, yang anda tidak akan menyesal seumur hidup anda" jawab wanita itu. Saya merasa takut sekali dan meminta supaya Allah menjauhkan aku daripada pekerjaan terkutuk ini. Saya cuba mencari helah namun dia terus memaksa saya supaya menuruti kehendahnya. Saya tidak dapat mengelak lagi dan akhirnya saya terpaksa bersetuju dengan kehendaknya.

Saya meminta izin dari wanita itu untuk naik kebumbung bangunan itu, dan berjanji akan kembali lagi selepas itu. Wanita itu berkata " Biarlah saya menemani dan membantu anda, jika ingin membuang air" "Tidak" jawab saya dengan tegas. "Saya cuma ingin melihat dan meninjau keadaaannya saja" sambung saya lagi. Wanita itu berkata "Anda tidak boleh pergi ke mana-mana kerana semua pintu telah di kunci ". Saya terus memujuk dan berjanji akan kembali lagi. Lama kelamaan wanita itu bersetuju dan membenarkan saya naik.

Saya terus naik ke atas dan mendapati bangunan itu sungguh tinggi sekali dan saya terus berdoa "Ya Allah, Engkau amat mengetahui tentang urusanku, mati adalah lebih baik bagiku daripada melakukan maksiat yang terkutuk terhadapMu". Saya berfikir sejenak, lalu saya mengambil keputusan dan terus terjun daripada bangunan yang tinggi itu. Tiba-tiba datang satu lembaga telah menyambut dan saya jatuh di atas sayapnya. Lembaga itu tidak lain tidak bukan adalah malaikat yang di utuskan Allah untuk menyelamatkan saya. Dalam sekelip mata saya telah berada di rumah saya. Saya bersyukur kepada Allah s.w.t atas pertolonganNya dan menyelamatkan saya daripada pekerjaan yang terkutuk itu...

wallahu'alam....

Hasan dari Basrah dan Penyembah Api

Episod dari Tazkirat Al-Auliya – Diambil dari buku yang ditulis oleh Farid Al-Din Attar


Hasan mempunyai jiran bernama Simeon, seorang penyembah api. Suatu hari, Simeon jatuh sakit dan ajalnya hampir tiba. Sahabat-sahabat meminta agar Hasan sudi mengunjunginya. Akhirnya Hasan pun mendapatkan Simeon yang terbaring di tempat tidurnya dan badannya telah hitam disebabkan api dan asap.
“Takutlah kamu kepada Allah,” Hasan menasihatkan. “Engkau telah mensia-siakan seluruh usiamu di tengah-tengah api dan asap.”


“Ada tiga perkara yang telah menghalangku untuk menjadi seorang muslim. Pertama adalah kenyataan walaupun kamu semua membenci dunia tapi siang dan malam mengejar harta kekayaan. Kedua, kamu semua mengatakan bahawa mati adalah suatu kenyataan yang harus dihadapi namun tidak bersedia untuk menghadapinya. Ketiga, kamu semua mengatakan bahawa wajah Allah akan dilihat, namun hingga saat ini masih melakukan segala yang tidak diredhai-Nya,” jawab Simeon penyembah api.


“Inilah ucapan dari manusia-manusia yang sungguh-sungguh mengetahui. Jika setiap muslim berbuat begitu, apakah yang sepatutnya engkau katakan? Mereka mengakui keesaan Allah sedangkan engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, dan aku tidak pernah berbuat seperti itu. Jika kita sama-sama terseret ke neraka, api neraka akan membakar dirimu dan diriku.


Tetapi jika diizinkan Allah, api tidak akan berani menghanguskan walau sehelai rambut pada tubuhku. Ini disebabkan api diciptakan Allah dan segala ciptaan-Nya tunduk kepada perintah-Nya. Walaupun engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, marilah kita bersama-sama menaruh tangan kita ke dalam api agar engkau dapat menyaksikan sendiri betapa api itu sesungguhnya tidak berdaya dan betapa Allah itu Maha Kuasa,” jawab Hasan.

Setelah berkata demikian Hasan memasukkan tangannya ke dalam api.Namun sedikit pun tidak cedera atau terbakar. Melihatkan hal itu Simeon merasa hairan. Suatu ilmu telah diketahuinya.


“Selama tujuh puluh tahun aku telah menyembah api, kini hanya dengan satu atau dua helaan nafas saja yang tinggal, apakah yang harus kulakukan?” Simeon mengeluh.

“Jadilah seorang muslim,” jawab Hasan.

“Jika engkau memberiku jaminan bahawa Allah tidak akan menghukum diriku, barulah aku menjadi muslim. Tanpa jaminan itu aku tidak mahu memeluk agama Islam,” kata Simeon.

Hasan segera membuat satu surat jaminan.


Ramai orang-orang yang jujur di kota Basrah memberikan kesaksian mereka di atas surat jaminan tersebut. Simeon menitiskan air mata dan menyatakan dirinya sebagai seorang muslim. Kepada Hasan ia berwasiat, “Setelah aku mati, mandikanlah aku dengan tanganmu sendiri, kuburkanlah aku dan selitkan surat jaminan ini di tanganku. Surat ini akan menjadi bukti bahawa aku adalah seorang muslim.”


Setelah berwasiat demikian, ia mengucapkan dua kalimah syahadat dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mereka memandikan mayat Simeon, mensolatkannya dan menguburkannya dengan surat jaminan di tangannya. Di malam harinya Hasan berbaring sambil merenungi apa yang telah dilakukannya itu. “Bagaimana aku dapat menolong seseorang yang sedang tenggelam sedang aku sendiri dalam keadaan yang serupa. Aku sendiri tidak dapat menentukan nasibku, tetapi mengapa aku berani memastikan apa yang akan dilakukan oleh Allah?”


Dalam keadaan memikirkan hal itu, Hasan terlena. Ia bermimpi bertemu Simeon, wajah Simeon cerah dan bercahaya seperti sebuah pelita; di kepalanya ada mahkota. Ia memakai sebuah jubah yang indah dan sedang berjalan-jalan di taman syurga.


“Bagaimana keadaanmu Simeon?” tanya Hasan kepadanya.

“Mengapa engkau bertanya padahal kau menyaksikan sendiri? Allah Yang Maha Besar dengan kemurahan-Nya telah menghampirkan diriku kepada-Nya dan telah memperlihatkan wajah-Nya kepadaku. Pemberian yang dilimpahkan-Nya kepadaku melebihi segala-galanya. Engkau telah memberiku surat jaminan, terimalah kembali surat jaminan ini kerana aku tidak memerlukannya lagi,” jawab Simeon.


Ketika Hasan terbangun ia mendapati surat jaminan itu telah berada di tangannya. Hasan berseru; “Ya Allah, aku menyedari bahawa segala sesuatu yang Engkau lakukan adalah tanpa sebab kecuali kerana kemurahan-Mu semata. Siapakah yang akan tersesat di pintu-Mu? Engkau telah mengizinkan seseorang yang telah menyembah api selama tujuh puluh tahun lamanya menghampiri-Mu, semata-mata kerana sebuah ucapan. Betapa Engkau akan menolak seseorang yang telah beriman selama tujuh puluh tahun?”


Semoga kita mohon petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t dan mohon keberkatan dariNya.

Wassalamm..

Wali Di Tuduh Mencuri









Kisah ini di ceritakan oleh Zin-Nun rahimahlah di mana pada suatu hari beliau bercadang untuk pergi ke seberang laut untuk mencari barang yang di hajatinya. Setelah persiapan diatur, beliau telah membeli tiket untuk menaiki kapal untuk menuju ke tempat yang dihajatinya. Kapal yang di naiki oleh Zin-Nun penuh sesak dengan orang ramai. Di antara penumpang-penumpang yang menaiki kapal tersebut, ada seorang pemuda yang sangat kacak paras rupanya, wajahnya bersinar cahaya. Pemuda itu duduk di tempat duduk dengan tenang sekali, tidak seperti penumpang lain yang kebanyakkannya mudar-mandir di atas kapal itu.

Keadaan di dalam kapal tersebut agak panas kerana suasana di dalam kapal tersebut penuh sesak dengan orang ramai. Pada peringkat permulaan pelayaran, keadaannya berjalan dengan lancar sekali kerana keadaan laut tidak bergelombang dan angain bertiup tidak terlalu kencang. Suasana di dalam kapal ketika itu sangat tenang, kerana penumpang dengan hal masing-masing, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pengumuman yang di buat oleh kapten kapal tersebut bahawa dia telah kehilangan satu barang yang sangat berharga. Satu pemeriksaan akan dijalankan sedikit masa lagi. Semua penumpang di ingatkan supaya duduk di tempat masing-masing.

Keadaan di dalam kapal tersebut telah menjadi hingar-bingar kerana penumpang sibuk bercakap dan berpandangan di antara satu sama lain. Masing-masing membuat andaian tersendiri mengenai kehilangan barang tersebut. Tidak berapa lama kemudian, pemeriksaan di lakukan seorang demi seorang, semua beg, barang-barang digelidah tetapi tidak menjumpai barang yang di cari. Akhirnya sampai kepada pemuda yang disebutkan oleh Zin- Nun. Oleh kerana pemuda itu orang terakhir yang di periksa, pada anggapan orang ramai dan pegawai pemeriksa sudah tentu pemuda ini yang mencuri barang tersebut. Maka pemuda itu di perlakukan dengan kasar sekali di dalam pemeriksaan tersebut, pemuda itu memprotes di atas tindakan kasar yang di lakukan oleh pegawai pemeriksa sambil berkata, bahawa dia bukannya seorang pencuri, Dengan protes tersebut, ia menambahkan lagi syak wasangka pegawai dan kapten tersebut.

Oleh kerana tidak tahan dengan kekasaran yang di lakukan oleh pemeriksa tersebut, maka pemuda itu terjun ke laut, yang menghairankan orang ramai yang memerhatikan tingkah laku pemuda itu ialah pemuda itu tidak tenggelam di dalam laut, mala ia duduk di atas permukaan air. Pemuda itu berdoa kepada Allah dengan suara yang keras sekali "Ya Allah, mereka sekalian menuduhku pencuri, demi ZatMu, wahai tuhan yang membela orang teraniaya, perintahkan ikan-ikan di laut supaya timbul dan membawa permata-mata berharga di mulutnya".

Tidak lama kemudian, dengan kuasa Allah beribu-ribu ikan timbul dan kelihatan di mulutnya batu-batu permata yang berkilauan cahayanya. Semua orang yang berada di atas kapal bersorak dan menepuk tangan kepada pemuda itu. kapten kapal dan pegawainya sungguh terperanjat dan bingung seolah-oleh tidak percaya apa yang telah mereka telah lihat.

Pemuda itu berkata "Apakah kamu sekalian masih menuduhku sebagai pencuri pada hal perbendaharaan Allah ada di tanganku dan jika mahu aku boleh mengambilnya". Kemudian pemuda itu menyuruh ikan-ikan tersebut kembali ke tempat asal mereka dan pemuda itu berdiri dan berlari di atas air dengan cepat sekali sambil menyebut ayat ke- 4 surah Al Fatihah yang bermaksud 'Hanya kepada Mu lah aku menyembah dan hanya kepada Mu pula aku meminta bantuan.."

wallahu'alam......

Kalau Allah itu Maha Baik, Kenapa buat neraka?









Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."


sumber:http://www.iluvislam.com