Thursday, July 28, 2011

malaikat IzRail juGa akan maTi........



Setiap makhluk akan rasai kematian apabila tiba masa

ADAKAH malaikat Izrail juga akan mati? Adakah syaitan dan iblis juga mati? Siapa pula yang akan mencabut rohnya?

Ab Karim,

Kluang, Johor.

Setiap yang bernyawa tentu akan mati. Menurut Ahli Sunnah, mati itu satu perkara yang wujud dan dijadikan, malah dapat dilihat.

Oleh itu, mati adalah salah satu daripada makhluk Allah SWT. Dengan sendirinya mati itu dijadikan oleh Allah SWT. Kematian itu adatnya menyebabkan terpisahnya roh daripada jasad, dan pada hakikatnya yang memisahkan roh daripada jasad itu adalah Allah SWT.

Bagaimanapun, secara majaznya, kerja mencabut nyawa sudah ditugaskan oleh Allah SWT kepada malaikat maut, Izrail. Malaikat maut itu mempunyai ramai pembantu daripada kalangan malaikat yang ditugaskan untuk menyempurnakan tugas ini.

Kadangkala mencabut nyawa itu disandarkan kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Zumar ayat 42 dengan firman-Nya yang bermaksud: “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya ketika matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan…”

Namun, kadangkala kematian itu disandarkan kepada malaikat maut seperti dalam surah al-Sajadah ayat 11 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh malaikat maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)…”

Adakalanya juga, urusan mengambil nyawa itu dijalankan oleh malaikat pembantu yang ditugaskan untuk mencabut nyawa seperti dalam surah al-An’am ayat 61 yang bermaksud: “Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia dimatikan oleh malaikat Kami, dan malaikat Kami itu tidak lengah terhadap tugasnya.”

Bagi pembaca sekalian, jika kita sudah memahami bahawa setiap jasad itu pasti akan merasai mati, maka dengan sendirinya semua kalangan malaikat termasuk Izrail sendiri akan mati.

Begitu juga iblis dan syaitan juga semuanya tidak terlepas daripada kematian. Haruslah kita yakini bahawa kerja untuk mencabut nyawa itu, amat mudah bagi Allah SWT melakukannya, ataupun malaikat maut itu juga boleh mencabut nyawanya sendiri.

Semua ini tidak mustahil berlaku. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa malaikat maut itu akhirnya akan mencabut nyawanya sendiri dengan penuh kehalusan, tetapi kesakitan yang dirasakan tidaklah pula digambarkan.









wallahu'alm.........

Allah...aku hanya Insan biasa...

******
Aku menunggu nombor giliranku ke kaunter seterusnya..penat sudah terasa diri ini dari pukul 8 pagi aku menguruskan pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan berdekatan...

Aku melihat jam ditanganku..tepat pukul 10.30 pagi..2 jam setengah sudah berlalu..
dan ini adalah last kaunter..Alhamdulillah..jap lagi bleh makan dan rehat.."bisik hatiku..kerana perut dh berkeroncong..

TiiingtOOng!! nombor 35...
"eh,nombor aku.."bisikku...aku bergegas masuk..
di dalam bilik itu masih ada seorang pesakit..makcik yang agak berusia umurnya..

lalu Doktor itu memanggil aku...

Dr : Assalamu'alaikum...
Aku: waa'alaikummussalam wbrt...
Dr : awak nak ke mana??
Aku:UMT..(sambil memberikan senyuman)
Dr : UMT tu ape?? saya tak kenal UMT! tak ada masa zaman saya! lain la kalo U yang dah memang terkenal...

****
Aku tersentap..agak terguris dihati ini..ya Allah aku hanya insan biasa..yang memerlukan sokongan dariMU..

lalu aku menyambung..
****
Aku: Universiti Malaysia Terengganu..(senyum dalam duka)

******
Dr itu hanya mengangguk..
Didalam borang itu,ada 1 page yang memang aku terlupa nak tandakan..disitu tertulis perakuan pemohon..

Ya Allah aku terlupa...
*****
Dr: ni...kenapa tak isi halaman ni..sinikan dah tulis perakuan pemohon! awak ke saya nak masuk U??nak kata tak reti,dah nak msuk U,nak kata nyanyuk,tak tua lagi...ishhh..

lantas,sampuk seorang abang yang membawa maknya yang sakit.."alah dr..first time,nervous kot.."guraunya..

Dr: first time?? semua orang masuk U first time...

aku terkedu..hati mulai menangis atas kesilapanku...hinanya aku rasa Ya Allah...

Namun,aku masih tersenyum..aku membisu tanpa kata..Dr itu terus menandatangani borang2 itu..

lalu berkata.."dah siap! awk boleh balik.."

Aku,mengangguk,dan menghadiahkan senyuman yang amat menyakitkan bagiku..
lalu keluar dari bilik itu..

Aku menelefon kepada ma,supaya datang mengambilku,kerana tadi dia yang menghantarku...
mama ku sampai..aku masuk dan terus menyepi di dalam kereta...

Apabila,hampir sampai dirumah,aku bersuara.."ma...patut ke seorang doktor melemparkan kata2 kasar kepada patient nya??.."

Aku berkongsi rasa kecewa aku,dengan insan yang aku kasihi..yang tiada gantinya..

Setelah ma,memberi kata2 semangat..aku tersenyum kembali..
Terima kasih ma..kerana masih lagi memberikan sepenuhnya kepercayaan mama kepada ku..
Aku pasti akan belajar bersungguh-sungguh lagi...InsyaAllah..=) demi ibu bapa ku...

kejadian ini pasti ada hikmahnya..Aku bagaikan terhantuk..sedar..siapa diriku..tak sehebat seorang doktor...tapi,akan ku jadikan kata2 itu sebagai pengeras semangatku..utkku terus melangkah lebih jauh...

Ya Allah...hati ku selalu mengucapkan kta2 ini...
Pelangi yang selalu aku tunggu itu sudah kelihatan Ya Allah...
terima kasih Ya Allah...
Aku tahu, bahawa Engkau lebih tahu ini lah jalan yang terbaik buat ku...

Aku kan teruskan perjuangan ini...
DemiMu..
KekasihMu...
Ayah dan Ibu ku...

Syukran Ya ALLAh!!!
aku hanya lah insan biasa...
yang sentiasa menagih kasih dari MU...

WAssaLamm...............

Dilema biDang "sCience" atau "aGama"..

Pernah tertulis dalam diari hidup ku...
aku dilema,ketika berjalan menyusun langkah hidup dan masa depan ku..
setelah aku menamatkan pengajian di maahad..



aku tertanya-tanya, yang manakah pilihan yang tepat,untukku teruskan perjuangan ini??
Ya Allah aku keliru.......
mampukah aku,menyelam ke bidang sains?
atau,meneroka ke dasar bidang agama?

Masih terngiang-ngiang ditelinga ku,kata seorang insan,yang pasti tak kan ku lupakan..

"awak nak ambil bidang sains??...mampu ke??,result macam ni tak boleh pergi jauh ni..tak mampu..."

Insan ini,berkata begini,dek aku mahu bertukar sekolah,dan ingin mengambil aliran sains..
Perasaan aku begitu terguris..

Harapan aku begitu besar untuk ke aliran ini,memandangkan kakak dan abang semua terjun ke bidang ini,minat aku mulai bertunas melalui perbualan mereka.

Air mata ini berderai lagi..

lalu,aku tekad untuk teruskan impian ini..aku tahu impian aku adalah untuk mendalami bidang sains..tapi prestasi aku dalam bidang agama lebih menyerlah..

Dan ketika itu juga,ramai yang berpendapat,selepas mengambil aliran sains,ramai pelajar-pelajar agama berubah..

Aku sama sekali tidak bersetuju dengan 'statement' tu..

memang lah,kalau kita dah terjun ke bidang sains ni,tak ada dah subjek agama..melainkan subjek tambahan..ini tak bermakna aku mahu meninggalkan bidang agama yang aku telah pelajari..

Tapi,bagi aku,semua yang berlaku bermula dari diri kita sendiri...
walaupun seseorang tu ambil bidang sains sekalipun,kalau agama dia dah jadikan fitrah dalam kehidupannya,dijadikan makanan kepada rohaninya,aku pasti dengan sendiri,dia akan mencari sinar agama untuk dirinya...



Dan bagi aku juga "scienCe is Beautiful & Amazing"..

Kalau kita cipta sebuah robot...kita pasti mengetahui sistem dalaman dan pergerakan robot itu..macammana mekanisma dalam robot itu..macammana dia bergerak,bercakap...

Sama juga dengan manusia...Allah ciptakan manusia dengan penuh mulia dan sempurna..
INi menarik minat aku untuk mengetahui lebih dalam tentang ciptaan Allah...
dengan mempelajari ilmu sains bnyak sistem kita akan belajar... tentang manusia,tumbuhan,haiwan dan lain2...

Subhanallah..sungguh hebat ciptaan Allah..
setelah 3 tahun belajar sains biologi,bermula dari tingkatan 4...
Aku akui ciptaanNya tak akan ada tandingannya..

Alhamdulillah,Aku masih berpeluang untuk mendalami Ilmu ini lagi....
syukur dihati ini hanya Allah yang tahu..

Terima kasih Ya Allah kerana dengan izinMu aku dapat teruskan perjuanganku dalam bidang yang aku minati Sarjana Muda Sains (sains biologi)..=) Alhamdulillah...

kadang-kadang pernah juga terdetik difikiranku,ingin juga mengambil bidang agama lebih mendalam..

Iri rasanya dihati ini,bila melihat sahabat-sahabatku,mendapat bidang Usuluddin,Fiqh fatwa..Alquran Sunnah dan lain2,mereka berhujah dengan petah,dengan dalil al-quran nya..hafazannya...Astaghfirullah...terasa kecil diri ini..sedangkan aku..apa yang ada pada diriku...aku malu ya Allah...Aku mudah terlalai Ya Allah...

Aku sentiasa berdoa,agar aku dapat kedua-dua ilmu ini...ilmu agama boleh dicari,jika hati ini menginginkannya..

Ya Allah andai ini jalan hidupku..
permudahkan lah urusan ku..
janganlah Engkau meninggalkan aku..
bersendirian dalam kelalaian...
pimpinlah aku Ya Allah menuju RedhoMu..
Tunaskan dalam hatiku rasa tanggungjawab sebagai hambaMu..
khalifah dibumi Mu Ya Allah..
Walaupun aku memilih bidang ini,aku takkan abai kan ilmu agamaMu..

Berkatilah Aku..
dalam menyusuri jalan hidupku..
Niat aku mencari Ilmu..hanya untuk mengenali DiriMu ya Rabb...

Ampuni aku,seandainya aku khilaf...
sedarkan aku,dengan hidayahMu Ya Allah..

Wassalam.........

Sunday, July 17, 2011

Allah Sayaang kita..tapi macam mana??



تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك


1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.





وما أخذ منك إلا ليعطيك


2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.


وما أبكاك إلا ليضحكك


3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.




وما حرمك إلا ليتفضل عليك


4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.


وما ابتلاك إلا لأنه يحبك


5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.



جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه




Semua mereka yang menerima bala atau ujian Allah SWT, Allah SWT akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya :

Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku.







Seperti sabda Rasulullah s.a.w, hadis riwayat Bukhari maka sudah pastinya sahih iaitu:


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya.”


Bahkan dosa juga akan terhapus bila datangnya ujian. Seperti sabda Rasulullah,


Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan melahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” Riwayat Sunan Bukhari dan Muslim.


terima kasih ya Allah..atas segala Ujian MU....




Alhamdulillah..




Wassalam..

SyukuR!!!



Segala puji hanya bagi Allah....
kerana memberi peluang untukku menyelami ilmuNya yang seluas lautan...
Alhamdulillah..aku dapat menyambung dalam bidang yang ku minati..
Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)..=)
Universiti Malaysia Terengganu..(UMT)




Semoga perjalananku diiringi redhaNya...

tak lupa juga kepada sahabat2 ku...


Bittaufiq wannajah..=)


Wassalam.....

Thursday, July 14, 2011

Debaran........

Assalamu'alaikum....
esk adalah hri kemuncak sebuah penantian..
setelah meniti masa..
akhirnya debaran kian berakhir..
aduh! kat mana la nanti saya akan dicampak oleh Allah...
takut pn ada jgk..

tpi apa yg pasti..dOa dan tawakkal sentiasa mengiringi..
kat mana sy tercampak atau dicampak..
itu adalah takdir Allah..yg pasti terbaik buat diri sy..

Apapun yg trjadi sy redha dan terima..
sy doakan semua sahabat seperjuangan sy..
berjaya ke menara impian masing- masing..

Teringin nk jadi macam cadbury..
bila org makan je..
tentu org rasa bahagia.. gembira..
bhagiakn org mmg suatu perkara yg amat baik!

saya pernah cakap kat seorang sahabat saya..
Kalau kita sakitkan hati orang..kita jugak yg sakit..
jadi kalau kita nak bahagia..bahagiakan lah orang!

bak kata prOf Dr Muhaya..
nak tenang,tenang kan org!
nk bahagia,bahagiakan org!
nk kaya,kayakan org! (yakni derma,zakat)

tpi mcm mna nk bhgiakan org..
kalau dh cair dipertengahan jalan..
binalah semangat dan keyakinan..
untuk menempuh hari yang mendatang..InsyaAllah..

P/s: semoga berjaya kepada sahabat seperjuangan..

Wassalamm.....



Monday, July 11, 2011

jAngaNLah tinggALkaN Aku


Hayatilah..selamat datang wahai Ramadhan..kami sentiasa menunggu kehadiranmu...=)



Ramadhan datang lagi...
bagaikan kunjungan yg lalu...haruskah aku terus begini???
Masih di sini...sedang janji buah manis dari dirimu bertamu lagi tanpa jemu...
Dalam ramah melimpah ruah??



Ya...disana ada anggur & delima basah..
Bersama2 sepuluh gugusan keampunan di sepuluh hari pertama..
Disana..ada pula madu Maghfirah dari sepuluh telaga kauthar...
Yang brsatu dlm sepuluh kolam jauhar..
sepuluh janji terakhir pula,adalah anugerah berupa..
Keamanan dari fitnah Neraka...


Entahlah ma..
Aku tiba-tiba seakan terdengar denting loceng-loceng lembut...
Yang sering bersuara diubun-ubun ku...


Dengan segala resam pemurah...
Ramadhan diciptakan lagi utkku...
Bagaikan selipat daun rampai..
ia bagaikan sapu tangan berupa kesempatan dari Tuhanku..
Ma...haruskah aku terus begini???

Ramadhan.....
kata2mu berbunga lagi dipagar...
Sedang aku pun tercium wangi kasturinya...



kata2 asyik janji darimu...
yang terpintal dilontar...
pandangku sungguh memukau...
aku dilambai..
tapi haruskah aku terus terlantar....



Mengenang Laila yang bernama Ramadhan itu
untuk sekadar melintas...
Bagaikan puteri...lalu ghaib lagi di renda jendela??



Bunga di Ramadhan...
dijalin pagar yang berlingkar..
Jangan aku terus ditinggal...
Izinkan aku mengejar...


Nantikan aku Maghfirah...
sambungkan aku ke benang Arasy...
kerana kau lah keindahan..
kau lah kelembutan..
Angkatlah sesalku yang dipukau asyik dari alpaku...
Muatkan aku ke piala Kekasih...
kerana Dialah Allah Tuhanku...
Bawalah aku kesana......

wassalam.....

Friday, July 1, 2011

.::Rejab::.isRaa' wal mi'Raj...peristiWa bersejarAh..


Hari ni dah 29 rejab..dah nk habis rupanya bulan keampunan...MasyaAllah..sekejap je rasa masa ni kan?

Banyak peristiwa bersejarah pada bulan rejab..salah satu nya isra' dan mikraj..

IsRa' bererti berjalan pada malam hari. Dalam kajian sejarah Islam, bererti perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa. Manakala Mi'raj bererti tangga untuk naik ke atas. Dalam istilah Islam, Mi'raj bererti perjalanan Nabi Muhammad SAW naik dari bumi ke langit ketujuh dan dilanjutkan ke sidratulmuntaha hingga menerima wahyu di hadirat Allah SWT. Dalam perjalanan ini, Rasulullah SAW mendapat perintah mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Disebabkan peristiwa Isra' bersamaan dengan Mi'raj, maka kedua kata itu senantiasa digabungkan pemakaiannya menjadi Isra' Mi'raj.

Peristiwa yang sangat penting dan bersejarah itu terjadi pada 27 Rejab, setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Peristiwa maha dahsyat itu diterangkan Allah SWT dalam surah Al-Isra (Bani Israil) ayat 1
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"



Peristiwa Isra' Mi'raj
Ada beberapa peristiwa yang merangkumi Isra' Mi'raj, bukan hanya sekadar perjalanan dari Mekah ke Yerusalem dilanjutkan ke langit dengan kendaraan Buraq, antara yang lainnya ialah:
  • Pembelahan dada Nabi Muhammad saw. yang kemudian disucikan dengan air zamzam oleh MalaikatJibril di samping Kabah sebelum berangkat ke Yerussalem
  • Nabi Muhammad saw. menjadi imam atas nabi-nabi terdahulu ketika shalat sunnah dua rakaat di Masjid Al-Aqsa
  • Malaikat Jibril datang membawa dua gelas minuman yang berisi susu dan arak. Nabi Muhammad saw. memilih susu yang mengisyaratkan bahwa umat Islam tidak akan tersesat
  • Di langit pertama, Nabi Muhammad SAW bertemu Nabi Adam AS. Di langit kedua bertemu Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS. Di langit ketiga bertemu NabiYusuf As. Di langit keempat bertemu Nabi Idris AS. Di langit kelima bertemu Nabi Harun AS. Di langit keenam bertemu Nabi Musa AS. Dan di langit ketujuh bertemu Nabi Ibrahim AS.
  • Saat mendapatkan perintah solat, Nabi Muhammad SAW telah berbincang dengan Nabi Musa AS di langit keenam tentang bilangan solat dalam sehari
Makna Isra' Mi'raj
  • momentum bagi setiap Muslim untuk bermuhasabah dan meneguhkan komitmen dalam beragama, baik pada individu mahupun keumatan dan kemanusiaan secara umum
  • mengingatkan setiap Muslim bahwa Allah Mahakuasa untuk memberi jalan keluar bagi setiap persoalan yang kita hadapi
  • mengajarkan bahwa keunggulan Nabi Muhammad SAW dan umatnya dibandingkan dengan nabi dan umat lainnya tidak untuk dibanggakan sebaliknya adalah untuk pengetahun dan pengajaran
  • menuntut setiap Muslim untuk meningkatkan kualiti dan meningkatkan kegiatan untuk membangunkan kemaslahatan umat
  • hikmah yang paling utama pada peristiwa Isra' Mi'raj adalah perintah solat lima waktu. Solat adalah simbol ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Solat merupakan pengakuan diri seorang hamba diatas keagungan dan kebesaran Allah SWT

Hikmah Solat

Ibadah solat adalah paling utama, sehingga Nabi Muhammad pun menerima perintah ini di Sidratulmuntaha dan berhadapan langsung dengan Allah SWT. Solat juga harus dilakukan lima waktu dalam sehari, sangat berbeza misalnya dengan puasa yang hanya setahun sekali. Sedangkan hikmah di sebalik perintah solat, beberapa di antaranya adalah terletak pada gerakan-gerakannya iaitu:

  • Dengan mengangkat kedua tangan saat takbir, seorang hamba menghormat penuh khidmat kepada Allah SWT dengan segala kepasrahan, menjunjung tinggi dengan mengucapkan Allahu Akbar, tidak ada yang lebih besar lagi di dunia ini kecuali Allah SWT
  • Meletakkan kedua tangan di atas dada, merupakan tanda kepatuhan, kepasrahan seorang hamba kepada Allah SWT
  • Gerakan ruku adalah tanda kepasrahan dan kepatuhan seorang hamba kepada Allah SWT
  • Gerakan sujud adalah bukti ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Sekaligus mengingatkan diri kita bahwa kita sesungguhnya berasal dari tanah dan akan kembali jua ke tanah.

    Wallahu'alam..

    wassalam...=)