Monday, January 17, 2011

oh my lovely sohabah....
















Rindunya.....kpd shbt2 yg jauh dimata tetapi sntiasa dkt dihati...

"wahai sahabat,keramatnya ukhuwwah...
melangkaui hubungan darah..
kasih sayang kerana Allah...
t0nggak kekuatan dalam jemaah..
digubah dengan acuan aqidah...
tak se0rang pun dibiar gundah..
andai ditakdirkan rebah..
seribu bahu menggagah...
moga kerinduan ku sampai dihatimu..
kerinduan ini ikhlas jauh dilubuk hatiku...
moga dirimu jua mengingati diri ini yang serba kekurangan..
memori bersama telah menjadi lukisan dalam diari kehidupanku..
apa yang ku dambakan hnya perkhabaran dari mu..
Adakah kamu sihat?Adakah hati mu ceria walau tanpa aku disisi?..
Allah..sungguh,,benar ku rindu saat manis bersama teman2...
tapi ketahuilh sahabat..kerinduan ini lah..
akan menyambung ukhuwwah kita smpai ke syurga...insyaAllah...

Wallahu'alamm.........

cuti oh cuti


Rasa rinduku terubat bila kaki ku melangkah ke tangga rumah..Alhamdulillah..keadaan parents sihat wal'afiat..Allah telah makbul d0aku kpd kedua ibubapaku..subhanallah..Rasa sekejap je cuti kali ni..dah selesai amik exam UPS...soalan agk mncabar..trutama mate..aduh..agak r..tapi apapun dh cuba yang terbaek..

Terlintas dihati ni..knapa la rasa cpt sgt masa skrang ni berlalu..

Teringt kata2 ustaz "pernahkh kamu terfikir kenapa nenek2 kta sempat buat bnyk kerja sdgkn masa dulu 24jam jgk sehari..kalau dulu,basuh kain,takde mesin bsuh..masak gna kyu api..jaga anak2..tambah yang anak2 nya ramai..tapi dia smpat lakukan kerja yg bnyk dengan sempurna?,kalau skrg takde mesin bsuh rsanya ssah nk gmbrkan..kalau mesin bsuh rosak,alamak smggu tak basuh kain..

Bila ustaz mempersoalkan soalan begitu,tertanya2 jgk diminda ni...ustaz jawab.."itulah keberkatan masa..."masa adalah anugerah Allah yg sgt2 bernilai..kdg2..ada org,dia mampu siapkan banyak kerja dan perkara yg bermanfaat dalam sehari..ttapi ada org yang xsempat buat kerja dan perkara2 bermanfaat,tgk2 dah hbis satu hari..masanya terbuang tanpa disedari...
MasyaAllah..adakah masa kta tak diberkati??

sedih terasa bila difikirkan kelalaian diri sendiri....kdg2 sibuk...dihnyut arus dunia..Astaghfirullah....

Ku menyeru kpd diri sndri dan anda semua..berd0alah semoga kita dianugerahkan masa yang barokah..masa yg dirahmati oleh Allah SWT..so d0 not waste 0ur time..

"wal'asr innal insana lafi khus...."

Wallahu'alam.....

penyakit HATI


Asssalamu'alaikum...lama sudah jari ini tidak melompat2 atas keyb0ard ni...susah nak mencari masa untuk menulis di laman blog ni..bnyk tanggungjawab yg pntg yg perlu diselesaikn terlbih dahulu..Maaf ku pinta atas serba kekurangan diri ni..tp xtau nk crita apa kli ni..=)

Pada pg yg hening,aku menerima msj dari shabatku..yg mna mgajakku ke majlis ilmu..petang Jumaat yg barakah aku telah dijemput olehNya..hati ini tergerak maka kaki pun turut melangkah..

Alhamdulillah..bnyak manfaat dlm usrah bersama ustaz Ahmad,yg juga pensyarah kat KMPk..majlis mula dgn ummul kitab Al-fatihah...

Apa yg ingin sy kongsi disini,sy tertarik dgn hadis yg ustaz bacakan.."beribadat kerana manusia itu adalah syirik,meninggalkan ibadat kerana manusia adalh riya' "cont0hnya,jika kmu seorang yang istiqomah dlm solat dhuha,ttpi suatu hari shbt kmu dtg kerumah kmu,lalu kamu mninggalkan solat dhuha pada hari itu,kerana kmu takut kamu riya' ,andainya shbt mu memujimu..sebenarnya itulah riya'...Riya' disini ialah riya' dgn Allah..yg mna kmu rela meninggalkan ibadah kpd Allah krna tkut shbtmu mgatakan kmu riya' padahal kamu sombong dgn Allah..Astaghfirullah..

Riya'BEGIN

Ketahuilah bahawa sesungguhnya penyakit yang paling besar serta mematikan yang menimpa hati manusia, serta dapat menjadikan amalan-amalan sia-sia, juga mer0sak seluruh perbuatan manusia serta melahirkan kekerasan dan kekejian adalah ; Riya' dan Ujub. Riya adalah lawan dari ikhlas, iaitu menampakkan ibadah dengan maksud selain mendapatkan redha Allah, sedangkan ujub adalah bangga pada diri sendiri.

Betapa bahayanya memiliki sifat riya’, Krna, alangkh ramai orang yang memperbanyak amalan, namun perkara itu tidak memberikan manfaat kepadanya kecuali rasa letih semata2 di dunia dan siksaan di akhirat krna amalannya tidak diterima Allah.kita perlu tahu apakah syarat diterimanya sesuatu amalan.

2 syarat penting dalam kta melakukan amalan.Jika salah satu tidak tercapai, akibatnya amalan seseorang tidak ada harapan untuk diterima.

Pertama : Ikhlas kerana Allah SWT

Kedua : Amalan itu telah diperintahkan oleh Allah SWT dalam Al-Qur’an, atau dijelaskan oleh Rasulullah SAW dan sunnahnya, dan mengikuti Rasulullah dalam pelaksanaannya.

“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang s0leh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabb-nya” [Al-Kahfi : 110]

Dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan agar amal yang dilakukan ialah amalan s0leh, iaitu amal perbuatan yang sesuai dengan syari’at. Selanjutnya, Allah SWT memerintahkan orang yang menjalankannya dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran..

PERINTAH IKHLAS, LARANGAN BERBUAT RIYA DAN SYIRIK [3] Ketahuilah bahawa semua amalan bermula dengan niat kita Rasulullah SAW bersabda..

“Sesungguhnya semua amalan bermula dengan niat, dan setiap orang mendapatkan apa yang dia niatkan”

Dan dalam setiap amalan itu harus ikhlas hanya kerana Allah,berdasarkan firman Allah SWT.

“Padahal mereka tidak disuruh, kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat ; dan yang demikian itulah agama yang lurus” [Al-Bayyinah : 5]

Allah SWT berfirman.

“Katakanlah : ‘Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atas kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui” [Ali-Imran : 29]

Allah SWT juga telah memperingatkan bahaya riya’, dalam firman-Nya.

“Jika kamu mempersekutukan (Allah), nescaya akan terhapus amalanmu” [Az-Zumar : 65]

Rasulullah SAW bersabda...

“Barangsiapa mempelajari ilmu yang dengannya dicari wajah Allah Azza wa Jalla, namun ia tidak mempelajarinya kecuali untuk meraih kesenangan dunia dengan ilmu itu, ia tidak akan mendapat aroma syurga pada hari kiamat”

Di antara jenis riya’ ialah sebagi berikut.

1). Riya Yang Berkaitan Dengan Badan

:contohnya dengan menampakkan kekurusan dan wajah pucat, untuk menampakkan bahwa ia rajin berpuasa.

2). Riya Dari Sisi Pakaian

contohnya, mengenakan pakaian jenis tertentu agar dikatakan sebagai orang alim atau seorang ulama.

3). Riya Dengan Perkataan Umumnya, riya’ seperti ini dilakukan oleh orang-orang beragama. iaitu dengan memberi nasihat, memberi peringatan, menghafalkan hadith-hadith dan riwayat-riwayat, dengan tujuan untuk berbincang dan berdebat, menampakkan kelebihan ilmu, berzikir dengan menggerakkan dua bibir di hadapan orang ramai, menampakkan kemarahan terhadap kemungkaran di hadapan manusia, membaca Al-Qur’an dengan merendahkan dan melembutkan suara. Semua itu untuk menunjukkan rasa takut, sedih, dan khusyu’ kepada Allah..

4). Riya’ Dengan Perbuatan Seperti riya’nya seseorang yang s0lat dengan berdiri dgn lama, memanjangkan ruku', sujud dan menampakkan kekhusyukan, riya’ dengan memperlihatkan puasa, perang (jihad), haji, sedekah dan sebagainya.

PERKARA YANG DISANGKA RIYA DAN SYIRIK, PADAHAL BUKAN !

1). Pujian Manusia Untuk Seseorang Terhadap Perbuatan Baiknya Dari Abu Dzar, dia berkata : Ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Beritakan kepadaku tentang seseorang yang melakukan amalan kebaikan dan orang-orang memujinya padanya!” Beliau bersabda : “itu adalah khabar gembira yang segera bagi seorang mukmin” [HR Muslim, no. 2642, Pent)

2). Giatnya Seorang Hamba Melakukan Ibadah Pada Saat Dilihat Oleh Orang-Orang Yang Beribadah bahawasanya setiap mukmin menyukai beribadah kepada Allah Ta’ala, tetapi terkadang banyak benda yang menghalanginya. Jika dia melihat jiwanya ringan melakukan ibadah, maka itu untuk Allah. Jika jiwanya merasa berat, maka keringanan jiwanya di hadapan orang banyak itu merupakan riya’...

Oleh kerana itu hendaklah kita berada dalam jema’ah...

3)Memperindahkan Pakaian, Sandal Dan Sebagainya Di dalam Sohih Muslim, dari Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi SAW, beliau bersabda...

“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada kesombongan seberat biji sawi”. Seorang lelaki bertanya : “Ada seseorang suka memperindahkan baju dan sandalnya (apakah termasuk dalam kesombongan?)”. Beliau menjawab : “Sesungguhnya Allah Maha cantik dan sukakan kecantikan..kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia” [HR Muslim no. 2749, Pent]

4). Tidak Menceritakan Dosa-Dosanya Dan Menyembunyikan,merupakan kewajipan menurut syari’at atas setiap muslim, tidak boleh menceritakan kemaksiatan-kemaksiatan berdasarkan sabda Nabi SAW.

“Semua umatku akan diampuni (atau : tidak boleh dighibah) kecuali orang yang melakukan kemaksiatan dengan terang-terangan. Dan sesungguhnya termasuk melakukan kemaksiatan dengan terang-terangan, iaitu seseorang yang melakukan perbuatan (kemaksiatan) pada waktu malam dan Allah telah menutupinya (yakni, tidak ada orang yang mengetahuinya), lalu ketika pagi dia mengatakan : “Hai Fulan, kelmarin aku melakukan ini dan itu”, padahal pada waktu malam Allah telah menutupinya, namun ketika masuk waktu pagi dia membuka tirai Allah terhadapnya” [HR Al-Bukhari, no. 6069, Muslim no. 2990, Pent]

5). Seorang Hamba Yang Meraih Ketenangan Dengan Tanpa Mencarinya

Adapun mengenai bahaya Ujub adalah sebagai berikut: Sabda Rasulullah SAW dalam hadith Haritsah bin Wahab :

“Ertinya : Mahukah kalian aku beritakan tentang penghuni neraka ; iaitu setiap orang yang berperangai jahat serta kasar (Lihat An-Nihayah 3/180), orang gemuk yang berlebih-lebihan dalam berjalannya (Lihat pula An-Nihayah 1/416), dan orang-orang yang sombong”. [Hadits Riwayat Al-Bukhari dalam Tafsir surat Al-Qalam 4918 8/530, At-Tirmidzi bab Jahannam 13, Ibnu Majah bab Zuhud 4, Ahmad dalam Musnadnya 2/169, 214 dan 4/175-306]

Dan dari Ibnu Mas’ud dari Nabi SAW , beliau bersabda :

“Ertinya : Tidaklah masuk syurga barang siapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar biji zarah (atom) sekalipun”. [Hadist Riwayat Muslim bab Imam 91 1/93 dan At-Tirmidzi bab Al-Birru was-shilah 1998-1999 4/360-361]

Dan dalam satu hadith disebutkan :

“Ertinya : Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu : Kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti serta seseorang yang membanggakan dirinya sendiri”.

Said bin Jabir berkata : “Sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan ia masuk neraka, dan sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan buruk lalu perbuatan buruknya itu menyebabkan dia masuk syurga, hal itu disebabkan perbuatan baiknya itu menjadikan dia bangga pada dirinya sendiri sementara itu,perbuatan buruknya menjadikan dia memohon ampun serta bertaubat kepada Allah kerana perbuatan buruknya itu”. [Majmu 'Al-Fatawa 10/2]

Taat kepada Allah,bertawakal,dan sentiasa berzikir kepada-Nya adalah merupakan ubat penawar untuk mencegah penyakit ini yaitu Ujub dan Takabbur.

Semoga kta tidak tergolong dalam golongan2 ini..ameen..insyaAllah...apa yang baik hnya dari Allah,dan apa yang bruk adlh klemahan saya sendiri..

Wallahu'alam...