Saturday, June 18, 2011

Buatmu teman....=)



Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.






Tiadalah yang menyentuhkan engkau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang kau tidak malu kepadanya.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinya.







Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.


Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.









Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.









Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.


from:http://insani.tripod.com/kata2.html










wassalamm...

Wednesday, June 15, 2011

inDah..=) Thanks To Allah...


Bismillahirrahmanirrahim...

********

Aku memandang jam ditanganku,tepat pukul 6.15 petang.."alamak dah lewat ni,takut sampai lewat pulak kat sekolah nanti.."bisik hatiku. Lalu aku bergegas mengambil kunci kereta.."Hujan lebat jugak hari ni.."ujarku..dengan bismillah,ku memulakan perjalanan ku dengan kereta kancil yang berwarna biru milik abah..

Tepat jam 6.25 aku parkirkan keretaku didepan sekolah..alhamdulillah..aku menarik nafas lega..aku disambut dengan suara-suara anak-anak yang riang..dari jauh aku melihat senyuman anak muridku.."assalamua'laikum ustazah,laa ustazah datang dengan kereta ke? ingatkan kereta sape yang warna biru tu.."ujarnya dengan senyuman..aku hanya tersenyum dan mengangguk..mungkin warna dia agak striking..

**********
Loceng berbunyi tepat jam 6.30 petang..aku masuk ke kelas Tahfiz 2..aku lihat ramai lagi anak murid ku belum sampai.."mungkin hujan kot,dyorang lambat skit.."bisikku..sebenarnya tempat yang ku mengajar adalah sebuah pusat pengajian islam,agak dekat dengan rumahku, masih dalam daerah yang sama..Subjek yang amat ditekankan dan wajib disini,ialah subjek al-Quran dan tajwid..yang mana subjek sampingannya ialah bahasa arab,jawi,dan hafazan al-Quran..



"Assalamua'alaikum ustazah..",mohd ilmam menyapa ku.."maaf lambat ustazah..".."oh,tak pe,ustazah faham.."ujarku dalam senyum..aku mulakan kelas dengan nama Allah SWT dan salam berserta doa..setelah mencatat attendant..murid-muridku datang secara individu,untuk Tasmi' al-Quran..kelas ku mulai bising,agak mengganggu ku untuk mendengar bacaan..lalu aku menegur mereka bilhikmah..maklumlah,dalam kelasku,umur murid-murid dalam lingkungan darjah empat hingga tingkatan 1..cuma ada seorang je 6 tahun,sebab tak boleh berpisah dengan kakaknya...


Ada jugak yang memang banyak mulut dan nakal..macam-macam soalan dia tanya..kadang-kadang soalan dia membuatkan ku tergelak..hehe..sedang ku khusyuk mendengar bacaan..seorang anak murid yang nakal tu bertanya..agak advanced soalan dia.."ustazah,ustazah,bakpo kalu dulu kae,dio beku firaun,sebab nok tunjuk ko oghe ramadan generasi maso depe,kalu gitu,bakpo dio tok wak jugok kt nabi..nanti biar kito buleh tengok jugok kea,ustazah kae??.."dia bertanya dengan mimik muka yang sangat comel..


Aku terkesima..bukan ape,dek advanced sangat soalan dia,klu tak silap aku dia baru darjah 2 atau 4 macamtu la, tapi dah jauh dia fikir..sebenarnya maksud soalan tu, kenapa kalau dlu,dia awetkan firaun,untuk tontonan umum dan generasi masa depan..klau macam tu kenapa dia tak xbuat kat Nabi jugak nanti kita semua boleh tengok..macam tu la bunyinya..



Aku yang khusyuk mendengar bacaan al-Quran anak muridku,lalu terlalai seketika..memikirkan nk jawab macam mana,sesuai dengan umur dia..lalu,aku berikan isyarat tangan,tunggu sekejap,"jap lagi ustazah jawab yer,sebab nk hbiskan yang salsabila ni dulu.."

***********

Loceng rehat dan waktu solat maghrib pun berbunyi..alahaii.. tak sempat jugak nk jawab..tepat pukul 8.oo malam,semua anak muridku menyambung bacaan mereka,dan aku pun teruskan pelajaran untuk hari ini iaitu bahasa arab seperti dalam buku perancangan yang ada ditanganku..malangnya memang tak sempat nk jawab jugak hari ni..


*********


Kelas tamat jam 8.45 malam..loceng berbunyi menandakan solat isyak berjemaah sudah tiba.. Seusai itu,semua murid menadahkan tangan,dan berdoa..setelah itu semua murid boleh bersurai..aku yang mengawal keadaan kat situ,agak sukar,terutamanya budak-budak lelaki..tak dengar cakap orang..murid perempuan baik je,takde masalah bagi aku, then they make a queue dan bersalaman dengan ustazah-ustazah kat situ...termasuk aku..


Biasanya ustazah kat sini ada tugas selepas mengajar..macam bersihkan tandas,sapu sampah dan lain-lain..selepas selesai tugasanku ,ku berehat..sambil menunggu murid-muridku semuanya selamat pulang..


**********


ku merenung jauh.."tentang soalan mua'zzam tu,simpan untuk esoklah jawapannya"..bisik hati ku..Namun,aku memang dah ada jawapan sebenarnya..pada pendapatku,kerana Rasullulah SAW, seorang insan yang sangat mulia..perit jerih Beliau menyampaikan islam..perlukah kita zalimi seorang insan yang begitu hebat,jua kekasih Allah??..Yang mana Fir'aun pula seorang manusia yang sangat zalim..juga dia mengakui dia adalah tuhan semesta dan tujuan dia awetkan untuk memberikan pengajaran kepada ummat manusia...



mindaku terus berlegar-legar..teringatku pada kenangan-kenangan indah persahabatan..matrikulasi..maahad...semua itu mengukir kenangan indah..indahnya bagaikan pelangi selepas hujan..Esok pun akan ku jalani rutin harian yang sama,pagi shift kat rumah,petang kat sini..penat tu memang agak penat,yang penting pengalaman dan pengorbanan..


"Fatin..."sapa seorang ustazah yang ada disitu..lamunan ku lantas terhenti.."balik ngan ape?.."sambung ustazah tdi.."ooh,dengan kereta.." ujarku..sambil kami menunggu murid-murid pulang,kami berbual-bual..seusai itu aku pun menghidupkan enjin keretaku,untuk pulang...

Aku tersenyum sendirian...cukup bahagia kerana Allah SWT,memilih aku,untuk berkongsi pengalaman mengajar seiring dengan ustazah-ustazah lain..walaupun ia sementara...

Terima kasih Ya Allah..





Wassalamm...

Tuesday, June 14, 2011

HambaMu..

Ya Rabbi...

tanpa ku sedari..
sudah jauh ku berjalan meniti hari..
tapi aku tahu..
masih jauh lagi harus ku tempuhi..
lembaran hidupku masih banyak yang tak pasti..




ya Allah..

ku amat perlukan bimbinganMu..
kasih dan SayangMu..
dalam perjuangan..
kekadang airmataku pecah berderai..
mengenangkan nasib diri yang amat kerdil ini..
mudah benar rasa putus asa melingkar di hati..




Apakah mudah..
untuk ku teruskan langkahku seterusnya?
hatiku bertanya..
namun lantas..imanku berbisik..memujuk hati ini..
Wahai hati..janganlah kamu bersedih dan berputus asa..
sesungguhnya malamkan berakhir..hari kan berganti..
Allah Maha Tahu seandainya kamu sedang merintih..



Sesungguhnya..
ujian itu pasti datang..
kepada orang yang membenarkan keikhlasan dihatinya..
adakah itu rindu Allah kepada ku..
insan yang kerdil ini?
Benar Wahai hati..itulah cara Allah merindui hambaNya..






Janganlah kamu gusar sekiranya..
kamu lemah disisi manusia..
hakikatnya manusia semuanya lemah..
gusarlah sekiranya kamu lemah disisiNya..
kamu lalai dalam mengingatiNya..
kamu abaikan tanggungjawab kamu terhadapNya..
Belajarlah untuk ikhlas..
ikhlas itu penyeri dihati..

Aku tahu..
hakikat insan..
yang sentiasa merajakan nafsu..
Adakah aku termsuk dalam golongan itu?
Nau'zubillahi min zalik...


Ya Rahman..
Aku lah HambaMu..
yang sentiasa mengharap belas dariMu...

Wassalammm..

Saturday, June 11, 2011

Tenang bila mengingati Allah..=)




Apabila manusia berasakan Allah begitu dekat dengannya walaupun dibebani dengan masalah, mereka akan segera mendapatkan ketenangan dengan membaca al-Quran, berzikir, bersolat dan melihat keindahan alam ciptaan Allah. Inilah ubat ketenangan.


Allah berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah dengan mengingati Allah. Ingatlah (bahawa) dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati. (Surah al-Ra'd ayat 28).

Hati orang yang beriman itu akan sentiasa tenang dan tenteram kerana mereka mengingati Allah. Tidak kira walau mereka ditimpa malapetaka, mereka segera insaf dan melihat kembali kesilapan yang dilakukan agar ia dapat diubah.


Firman Allah yang bermaksud: "Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka bersama keimanannya. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Fathu ayat 4).




Firman Allah yang bermaksud: "Adakah kamu menyangka, kamu akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang (malapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang amat sangat dan mereka gementar (ketakutan) sehingga berkata rasul dan orang yang beriman bersamanya: Bilakah tibanya pertolongan Allah? Ingatlah, bahawasanya pertolongan Allah itu hampir tiba." (Surah al-Baqarah ayat 214)....



Bagi orang beriman, ujian bukanlah dianggap sesuatu perkara yang malang kerana Allah mempunyai perancangan di sebaliknya....
Dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian ditimpa sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat pula, Allah menurunkan ujian bagi meningkatkan darjat seseorang....



Reda dan pasrah terhadap ketetapan dan ketentuan Allah akan mententeramkan hati manusia daripada segala macam kegelisahan jiwa yang timbul.




orang beriman pasti tenang apabila dapat melihat alam ciptaan Allah s.w.t dan sebab itu manusia digalakkan berbuat demikian sebagai tanda memuji kebesaran Allah.
Mereka pasti rasa bahagia apabila dapat melihat ciptaan Allah di muka bumi ini seperti lautan, bukit bukau, haiwan, langit dan gunung ganang yang semuanya mempunyai peranan masing-masing."Muhasabah diri itu penting bagi menilai kesilapan kita. Jika kita berasakan diri ini teruk dilanda masalah, kita perlu fikir masih terdapat individu lain yang lebih hebat diuji Allah,"



“Orang Mukmin itu apabila disebut nama ALLAH, gementar hati-hati mereka.”

(Surah Al Anfaal: 2)




“Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu hati akan tenang”

(Surah Ar Raad: 28)




aii ape kene gmbar ni..hehe..suka tengok gmbar ni..sweet je..

k..Wassalam...




Sunday, June 5, 2011

my 1st daY..




alhamdulillah..segala puji hanya bgi Allah SWt..

sebulan setengah dah cuti,akhirnya dapat dpat jgk cari pengalaman lain selain daripada meniaga..
jadi ustazah ganti pn dh kira ok..pengalaman tu penting..emm,agak nervous jgk laa sblum msuk mengajar..tp bila dh msuk kelas hri ni tengok wajah-wajah suci adik-adik hati mulai tenang..=)

kecewa jgk,sb yang hadir hari ni,5 org je..mgkin musim cuti sekolah kot..suka bla tengok adik-adik semangat nk belajar tentang agama..kalau boleh semua soalan nk tanya,masa mngajar pn sempat lagi nk tanya..alahaii..ssah jgk nk kwal..nasib baik dyorang semua dh bsar,tak susah sangat nk suruh atau ajar benda baru..=)

bermula lah sesi baru dalam diari kehidupan ini..doakan saya yang terbaik yer..



insYaAllah..ikhlaskan hati dalam kehidupan..

Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:

i) sedekah jariah,

ii) ilmu yang dimanfaatkan

iii) anak soleh yang sentiasa mendoakannya.

- Hadis riwayat Muslim


Wassalam..