Tuesday, June 14, 2011

HambaMu..

Ya Rabbi...

tanpa ku sedari..
sudah jauh ku berjalan meniti hari..
tapi aku tahu..
masih jauh lagi harus ku tempuhi..
lembaran hidupku masih banyak yang tak pasti..




ya Allah..

ku amat perlukan bimbinganMu..
kasih dan SayangMu..
dalam perjuangan..
kekadang airmataku pecah berderai..
mengenangkan nasib diri yang amat kerdil ini..
mudah benar rasa putus asa melingkar di hati..




Apakah mudah..
untuk ku teruskan langkahku seterusnya?
hatiku bertanya..
namun lantas..imanku berbisik..memujuk hati ini..
Wahai hati..janganlah kamu bersedih dan berputus asa..
sesungguhnya malamkan berakhir..hari kan berganti..
Allah Maha Tahu seandainya kamu sedang merintih..



Sesungguhnya..
ujian itu pasti datang..
kepada orang yang membenarkan keikhlasan dihatinya..
adakah itu rindu Allah kepada ku..
insan yang kerdil ini?
Benar Wahai hati..itulah cara Allah merindui hambaNya..






Janganlah kamu gusar sekiranya..
kamu lemah disisi manusia..
hakikatnya manusia semuanya lemah..
gusarlah sekiranya kamu lemah disisiNya..
kamu lalai dalam mengingatiNya..
kamu abaikan tanggungjawab kamu terhadapNya..
Belajarlah untuk ikhlas..
ikhlas itu penyeri dihati..

Aku tahu..
hakikat insan..
yang sentiasa merajakan nafsu..
Adakah aku termsuk dalam golongan itu?
Nau'zubillahi min zalik...


Ya Rahman..
Aku lah HambaMu..
yang sentiasa mengharap belas dariMu...

Wassalammm..

No comments:

Post a Comment