Tuesday, May 31, 2011

pEsanan Luqman Al Hakim kpd Ank2nya..



1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.



2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.



3. Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.



4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.



5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.



6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.



7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.



9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.



10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.



11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.



12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.




13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.



14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.



15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.




16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.



17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.



18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.


19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.


20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.



21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.




22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.


23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.



24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.



25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


Wassalam.....

Wednesday, May 25, 2011

BelajaRlah untuk MengHarGai...




PengHargaan...
bukanlah suatu perkara yang didamba..
tapi ia sangat perlu..
untuk menguatkan ikatan kita..
kerana suatu penghargaan itu akan membuatkan hidup seseorang itu menjadi indah..
perasaan itu adalah fitrah..kita gembira jika kita dihargai dan disayangi..

Disaat kita ditohmah,kita dihina,kita diperlekehkan..hanya airmata yang menemani..
disaat itu,kita merasakan tiada yang menyayangi kita,tiada yang menghargai kita..Hnya Allah tempat untuk mengadu..
Dan jika ketika itu,ada seorang sahabat datang kepada kita..
memeluk erat,mengusap tangis kita,memujuk hati dan memulihkan semangat kita..
saat itu juga kita merasakan...
hanya dia yang menghargai kita..
rasa syukur tidak terhingga ketika itu..
kerana dikurniakan oleh Allah seorang sahabat yang begitu memahami..
Sesungguhnya..dia datang kepada kita..kerana dia
menghargai kita sebagai sahabat yang pernah hadir dalam hidupnya..
Dan kerana dia juga kita bangun dari rasa kecewa..

Subhanallah..besarnya nilai penghargaan,jika kita fahami..
Belajarlah untuk menghargai seseorang..
kerana disaat kita memerlukan sokongan..
kita tidak keseorangan..berjalan dimuka bumi Allah..
apa yang pasti dan yakin lah Allah sentiasa bersama kita..
dan yakinlah jika kita seorang yang menghargai pasti akan dihargai..


'seek first to understand to be understOod..'





hargailah orang yang kita miliki..dan terimalah seadanya...
*************


Pada suatu hari di sekolah seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR: cikgu macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?dan macamana juga kasih sayang tu nak berkekalan?

CIKGU: Ok kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandangf rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dah petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas."



Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR: Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput paling cantik.memang ada banyak tapi cikgu kata yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi di penghujung padang,,saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin diantara yang dibelakang adalah yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumpuy yang boleh saya petik.

CIKGU: Ya itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.kita hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlaku.semoga yang berlalu tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi.....










hargailah..dan terimalah seadanya..




Wassalam...

Monday, May 23, 2011

camar kelukaan..



Khas buatmu sahabat..



Di suatu ketika
Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan
Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirkan kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan
Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar
Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian
Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa (kau bawa daku pergi)ku
Pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan






selamat berjuang sahabat...


wassalamm..

I need A frienD....








I need a frienD...


I need a friend tO trust...


A friend i can tell anYthing tO..












I need a friend...

I need a friEnd tO help me..

A friend that will help me through the Worst..








I need a friend..

I need a friend to Cry with..

Over all the stupid things..









I need A friend..

A beSt friend..

To staY with me..

Until the very enD..

A best friend..

To stay with me..

till the very end.............













I need a FRIEND...


Dear Allah..i'm very grateful with Your bless and thanks bCoz give me FRIENDS....



wassalam.....






Saturday, May 21, 2011

la tahzan...










Ya allah..jiwaku sekarang buntu,sedih..Ya Allah tolonglah daku dalam susuri jalan kehidupanku ini...


Kadang kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar,
Rupa-rupanya,
Allah nak hadiahkan kita pelangi.

dan aku sentiasa menanti pelangi itu ya Allah..


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Harap ampunkan hamba-Mu ini..yA Allah...


wassalamm..

Tuesday, May 17, 2011

aBout IRF..

The Islamic Research Foundation (IRF), Mumbai, India, is a registered non-profit public charitable trust. It was established in February 1991. It promotes Islamic Da’wah - the proper presentation, understanding and appreation of Islam, as well as removing misconceptions about Islam - amongst less aware Muslims and non-Muslims.

IRF uses modern technology for its activities, where ever feasible. Its presentation of Islam reach millions of people worldwide through international satellite T.V. channels, cable T.V. networks, internet and the print media. IRF's activities and facilities provide the much needed understanding about the truth and excellence of Islamic teachings - based on the glorious Qur'an and authentic Hadith, as well as adhering to reasons, logic and scientific facts.







international oratOrs


wassalam..

my idOL..Dr Zakir Naik..



Wh0 is Dr Zakir Naik..??

A medical doctor by professional training, Dr. Zakir Naik is renowned as a dynamic international orator on Islam and Comparative Religion. Dr. Zakir Naik is the president of Islamic Research Foundation, Mumbai. Dr. Zakir clarifies Islamic viewpoints and clears misconceptions about Islam, using the Qur’an, authentic Hadith and other religious Scriptures as a basis, in conjunction with reason, logic and scientific facts. He is 44 years old.

He is popular for his critical analysis and convincing answers to challenging questions posed by audiences after his public talks. In the last 13 years (by the year 2009) Dr. Zakir Naik has delivered more than 1300 public talks in the U.S.A., Canada, U.K., Italy, Saudi Arabia, Egypt, U.A.E., Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Australia, New Zealand, South Africa, Botswana, Malaysia, Singapore, Hong Kong, Thailand, Guyana (South America), Trinidad, and many other countries, in addition to numerous public talks in India.

He has successfully participated in several symposia and dialogues with prominent personalities of other faiths. His public dialogue with Dr. William Campbell (of USA) on the topic “The Qur’an and the Bible in the light of Science” held in Chicago, U.S.A., in April, 2000 was a resounding success.

His Interfaith Dialogue with prominent Hindu Guru Sri Sri Ravi Shankar on the topic ‘The Concept of God in Hinduism and Islam in the light of Sacred Scriptures’ held at Palace Grounds, Bangalore, on 21st Jan. 2006, was highly appreciated by people of both the faiths.

In the issue dated 22nd Feb. 2009 of the Indian Express list of the “100 Most Powerful Indians in 2009” amongst the billion plus population of India, Dr. Zakir Naik was ranked No. 82. In the special list of the “Top 10 Spiritual Gurus of India” Dr. Zakir Naik was ranked No. 3, after Baba Ramdev and Sri Sri Ravi Shankar, being the only Muslim in the list.

Dr. Zakir Naik stood out most eloquently for Islam and Muslims in the present times on one of the leading and most respected News Channel of India, NDTV 24 x 7, during the ‘Guest this week’ interview programme “Walk the Talk” conducted by host Shekhar Gupta (Editor-in-Chief of Indian Express) telecast on 7th and 8th March 2009.

The Sunday EXPRESS, dated 31st January 2010, published The Indian Express list of the “100 MOST POWERFUL INDIANS IN 2010” amongst the Billion Plus population of India, with 36 names from the “2009 List” deleted, wherein:-

1) Dr. ZAKIR NAIK was ranked No. 89.

2) From amongst the few Muslims in this list of 100, Dr. ZAKIR NAIK is the ONLY MUSLIM ISLAMIC PREACHER / SCHOLAR / ORATOR. The others being a Political Secretary, a Politician, a Government Official, a Business Magnate and 3 Film Personalities.

3) Amongst the “Spiritual/Religious Gurus” though he was the only Muslim and No. 3 in 2009 list, this year (2010) Dr. Zakir Naik TOPPED the List of Spiritual / Religious Gurus at No. 89, for preaching of Islam, followed by Jaggi Vasudev (at No. 94, for his trees planting work), Baba Ramdev (at No. 99, for his Yoga work) and Sri Sri Ravi Shankar (at No. 100, for his Sudarshan Kriya breathing technique work) respectively.

4) Dr. Zakir Naik was recently also selected and listed in “The 500 Most Influential Muslims in the World” (without rankings) published by the George Washington University, USA. .

Sheikh Ahmed Deedat, the world famous orator on Islam and Comparative Religion, who had called Dr. Zakir “Deedat Plus” in 1994, presented a plaque in May 2000 with the engraving “Awarded to Dr. Zakir Abdul-Karim Naik for his achievement in the field of Da’wah and the study of Comparative Religion. Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah”.

Dr. Zakir Naik appears regularly on many international TV channels in more than 200 countries of the world. He is regularly invited for TV and Radio interviews. More than a hundred of his talks, dialogues, debates and symposia are available on DVDs and VCDs. He has authored many books on Islam and Comparative Religion.




Non-Muslim
Common Questions
About Islam





The Concept of God
in Major Religions




The Qur'an & Modern Science Compatible or incompatible


sumber:(IRF) website

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru..


16 mei..Selamat hari Guru..kepada semua guru-guru yang bersusah payah mendidik dan mengajar kami..jutaan terima kasih ku ucapkan..

sesungguhnya Firman Allah SWT:

وَلِيَعۡلَمَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤۡمِنُواْ بِهِۦ فَتُخۡبِتَ لَهُ ۥ قُلُوبُهُمۡ‌ۗ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬
Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.
(Surah Al-Hajj 22: Ayat Ke 54)

قَالَ لَهُ ۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدً۬ا
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?
(Surah At-Kahf 18: Ayat ke 66)



Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali.

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Selamat Hari Guru!!!...

Akhir kalam.."laula murabbi ma 'araftu Rabbi.."mafhumnya (klau tidak kerana guruku mngajarku,nescaya aku tdak kenali tuhanku..)

wassalamm..


Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari ibu..



8 mei..saya rasa semua orang 'wish' selamat hari ibu kat mak,umi,ibu,mama,maa, masing-masing kan..tak ketinggalan juga saya..bagi saya hari ibu ialah hari-hari buat saya..sebab dalam islam Allah berfirman "redhollahu fi redhol walidaini.."Dalam doa saya,alhamdulillah setakat ni dan sehingga ke penghujung nafas saya,tak pernah ketinggalan untuk berdoa kepada kedua ibubapa saya..




Dikesempatan ini..saya ingin mengucap jutaan ribuan terima kasih,kepada bonda dan ayahanda(ma dan abah) yang telah mendidik,mengajar,membesar kami 13 beradik.Dalam apa jua keadaan,ma dan abah tetap tabah hadapi bersama..untuk memberi nafkah kepada kami,menjaga kami dengan penuh ikhlas,dan menyayangi sebagai amanah yang dianugerahkan oleh Allah..


Hasil daripada didikan abah dan ma..Alhamdulillah,semua adik beradik saya setakat ni berjaya ke Universiti..tapi ada lagi yang bersekolah..Ma dan Abah teringin sgt nk menantu,mgkin takde rezeki lagi kot..Alhmdulillah K.long dh bertunang ngan abg long bru2 ni..K.Na masih menanti jodoh dalam hidupnya..mgkin dia sibuk kat Ward,tak sempat nk cari..tapi org kata klu ada jodoh tak kemana..saya doakan k.na dpt jodoh yg baek dan soleh..



Al-kisah 2 abg saya plk,ramai sgt yang masuk mntak,macam anak dara la plk..hehe tapi diorang tak kisah sgt lagi,abg yang sorang ni,dh nk kerja kat consultant ape ntah,alhmdulillah dia ni mmg murah rzki lepas tamat ijazah engineering civil kat USm terus ada orang bg tawaran kerja dan pada masa yang sama dia dpt sambung Master kat USm jgk kot,ada tajaan katanya..tapi tak tau la dia nk plih yang mana..istikh0roh dlu laa yer..Abg yg satu lgi ni,MA(medical assistant) sibuk jgk,tapi dalam sbuk smpat jgk cari..(kiranya dh berpunyalah ni)hehe..tapi tak tau lagi,klau ada jodoh insyaAllah..


Dalam family kami,adik2 paling hormat dan 'takut' k.ain..hehe,dia ni garang n tegas orgnya,tak lupa jgk cermat! teliti sgt..bulan 8 ni,Insyaallah, dia nk 'fly' kat UK smbung medic tahun 3..hehe,jap lagi adik2 bleh la nakal2..for k.ain gudluck la yer! jgn lupa kat ma dan abah...


Yang pling 'ayu' namanya jgk k.ayu..mstila ayu..Dia ni snsitif skit tapi sgt rajin orgnye..hehe(btul ke?) btul la tu,jgn la prasaan plak..skrg wat Dip.microbiology kat UiTM...dh nk hbis dh,jap lagi smbung ijazah plak..InSyaAllah..katanya malas dh..hehe tipu je kot,saje dia gurau..


then,giliran saya plk,sy ni insan yg sgt biasa dri adk beradik sy,bru hbis study kat matrik perak dan tak tahu la rezeki dapat kat mna nanti..doakan ye..adik2 yang laen masih study kat maahad,ada lagi yg bersekolah rendah,yang tadika pn ada lagi..yang bongsu..study kat maahad muhammadi p.pkan form 3..untuk ifa gudluck PMR thun ni..wat molek2..ika plk,maahad kat morak form1..isya,aidil n iman..kat Sk seri WB..blaja rajin2..n the most cute! airiel..si kecik yang sgt rajin mnulis..kejenyE menulis je,katanya nk jadi Professor..hehe insyaAllh dik..blaja sungguh2..


Kesimpulannya especially foR my siblings,tak kisah lah kita ni dh pegang jawatan besar mana pun,jasa ma dan abah tak mampu kita nk bayar,besarnya pengorbanan mereka mendidik kita,sampai kita berjaya menjadi seorang insan yang baik..janganlah pernah lupa untuk berdoa kepada mereka..



Kepada ma dan abah,i really2 love U!!uhibbukum fillah.....






akhir0N, bismillahirahmanirrahim..Rabbifighralana,zunubana,waliwalidaina warhamhuma kama rabbayana SoghirO..Ameen ya Rabbal 'alameen...





wassalam..


*gambar taken by_k.ain..tQ!!(xcukup corum lagi hehe)


Monday, May 2, 2011

puisi untuk yang tersayang...

Dalam gelap ku tercari-cari..
Dimanakah sinar dalam hidupku..

Dan ketika itu Allah hadiahkan aku sebuah kebahagiaan..
Yang mampu memecahkan kesunyian hidupku..






Ku bangun dari tidur,syukur ku panjatkan kepada yang Maha Esa..

Yang masih lagi memberikan ku nafas..

Memberikan ku iman dan hidup dalam bi'ah Islam..

Sukar untukku ungkap dengan kata-kata..

Aku diberikan sahabat-sahabat yang sangat memahamiku dan menyayangi diriku..





Kini baru ku rasai erti kehidupan..

Kehidupan yang sangat perlukan pengertian..

Dan kesabaran..

Ku rasa terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidupku adalah keajaiban..

Keajaiban yang telah membuatkan diriku menjadi insan yang lebih bersyukur kepada Penciptaku..




Allah..

Sedarkanlah aku sekiranya Aku lalai..

Temanilah jiwaku sekiranya aku resah..

Ampunilah aku sekiranya aku berdosa..

Tiada lagi tempat untukku meminta..

Tiada lagi tempat untukku mengadu..

Hanya padamu sahaja aku berserah Ya Allah..




Ya Rasulullah..
Walau tak pernah ku lihat wajahmu..

Aku tahu begitu banyak pengorbananmu,demi ummatmu..

Aku pelajari sirahmu..

Aku cuba mengamalkan sunnahmu..

Kerana aku ummatmu..

Ummat yang kadang kala lupa dari mana asalku..

Lupa kemana selepas ini aku akan ditempatkan..

Aku yang sering lupa ini..layakkah aku?menerima syafaatmu..

Layakkah aku??




Abah dan mama...

Saat ku jauh dari mu..

Rinduku padamu hanya Allah yang tahu..

Ku rindu belaian manjamu..

Ku rindu senyum tawa mu..


Alhamdulillah kini,ku masih lagi mampu melihatmu bernafas,senyummu,tawamu..

Sentiasa menjadi penawar dihatiku..

Bagaimanakah perasaan mereka yang kehilangan kedua-duanya..

Jika aku ditempat mereka,aku tahu,aku tak mampu tanggung penderitaan itu..

Tempatku bermanja..

Tempatku bermain..

Tempatku berbual..

Hilang..bagaikan tiada punca..

Janganlah Kau ambil mereka..ketika aku perlukan mereka..

Ya allah panjangkan umur mereka..

Jadikanlah umur yang Kau anugerahkan kepada mereka..

Umur yang penuh dengan manfaat..

Ya Allah ampunilah dosa kedua orang tuaku..

Jadikanlah mereka orang-orang yang tergolong dalam penghuni syurgaMu..




Sahabat..


Aku rindu padamu..

Terima kasih ku ucapkan kerana sudi mendengar isi hati ini...

Sudi berkongsi masalah denganku..

Sudi menghulurkan tanganmu saat ku membutuhkan mu..

Sudi memberi semangat kepadaku saat ku jatuh tersungkur..

Sudi memberikan bahumu untukku bersandar..

Disaat aku memerlukan kasih seorang sahabat..

Dan sudi mengusap tangisku ketika aku keresahan..

Aku sangat menghargai dirimu sebagai temanku..

Aku rindu untuk mendakapmu selepas selesai solat jemaah..

Saat itu membuatkan aku tahu bahawa,aku bukan keseorangan dalam perjuangan...

Aku bukan keseorangan dalam menempuh dugaan..

Sesungguhnya kamu ada bersamaku untuk berjuang di jalanNya..




Sahabat..

Kita bertemu penuh barokah..

Kita bertemu kerana Allah..

Dan kita berpisah juga kerana Allah..

Dalam jauh dilubuk hatiku..

Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu..

Walau dimana pun kamu berada..

Kamu tetap menjadi penyeri dalam hati ini..

Aku rindu senyummu..

Aku rindu gurau sendamu..

kadang-kadang sukar untukku terima perpisahan ini..

Ttpi aku tahu ini yang terbaik untuk kita sahabat..

Kerana Dia...Dia tahu segalanya...


puisi ini ikhlas dari hatiku..

Wassalam...