Tuesday, February 5, 2013

Gambaran hari itu

Dikala angin malam menyapa pipi,
Terasa tenang di hati ini,
hadir rasa keinsafan yg mgkin sblum ini menyepi,
menyepi sendiri..

kerana rindukan kasih Rabbi,
rasa ini datang kembali, 
menyelinap di ruangan hati seorg hamba yg berdosa ini..

Sebelum menutup kelopak mata pinjaman dari ilahi,
aku termenung, jauh..memikirkan keadaan hari kiamat nanti,
kata2 ustaz, masih berlegar2 di minda ini,
tentang gambaran hari kiamat yg pasti akan mendatangi..

kata ustaz, "ketika itu..(dikatakan gambaran hari itu )seorg ibu berdoa, 

agar tidak berjumpa dengan anaknya.. kerana takut akan dipertanggungjawabkan dari Ilahi.."

Ya Rabbi, terasa gugup, takut membelenggu,
Apalah sgt amalan ku utk bertemu Mu,
Sekadar setitis air dilautan itu pun belum tentu diterima olehMu..

Semua manusia sibuk salah menyalahkan ketika itu,
Allah...kerdilnya diri, untuk mendatangiMu,
Adakah dengan hanya segalas amalku mampu menjulang rahmatMU??

Selagi mana kita hidup, buatlah amalan yg baik disisi RaBB..
kerana Dia syg pada hambaNya yg menagih kasih dariNya..
Selangkah kita datang padaNya,
Seribu langkah Allah mendatangi kita..

#utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia~