Sunday, March 4, 2012

Mencari-cari sinar kebenaran..

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamu'alaikum wbrt sahabat2 semua...moga sentiasa dalam rahmatNya..
_________________________________________________________________________________



Ya Rabbal 'alamin...Alhamdulillah masih lagi diberi nafas iman dan islam..

Semakin jauh ku berjalan..
Semakin jauh aku bermusafir..
Semakin terasa diri ini bodoh..
Semakin terasa diri ini kerdil...

Kerdil sekali Ya Allah...
Kerdil dalam mengenali diri Mu..
Kerdil dalam mendalami IlmuMu..

Aku kekadang cemburu...
cemburu akan orang yang memiliki cinta...
Cinta kepada siapa??
Cinta kepada Sang Penciptanya..
Yang rindunya hanya kepada Yang Maha Esa...

Allah...
Ku tahu...Hidup ini hanya sekadar persinggahan...
Sekadar percaturan...
Sekadar Permainan...

Tapi...
Adakah cukup hanya dengan singggah sahaja??

Atau...Singgahnya dengan membawa pulang sesuatu ke kampung Akhirat...




Aku faham mafhumNya...


1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Pentingnya masa dalam melayari bahtera kehidupan..

Jika diperhati dan mengamati firman Allah diatas..
Demi masa
Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian..
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran...

Disitu Allah menekankan dan menyatakan kecuali orang2 yang beriman dan membuat amal soleh..
merekalah orang yang beruntung..
tapi....
adakah dengan hanya Amal soleh??
kalau macam tu kita je lah yang dapat masuk syurga..
kan??

jadi Allah tak berhenti setakat tu sahaja firmanNya..
sambunganNya...







"dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran."
Dengan kata mudah mengajak sahabat kita turut sama...
tu la namanya DAKWAH..(seru,ajak)

Jadi persiapan kita ke kampung Akhirat..bukan kita seorang sahaja...tapi juga bersama sahabat-sahabat...
jadi jangan jumud sangat..sama2 lah cari kawan2 n ajak ke arah kebaikan..
moga-moga kita semua ada bekalan menuju ke Sana kelak..



"berprinsip jangan jumud..Terbuka jangan hanyut.."

Moga kita saling ingat mengingati..

Wassalam..

Friday, March 2, 2012

kelantan...Negeri termiskin??


Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang.
Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu.




Di negeri miskin itulah,
... ... Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains.
Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba.
Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa.

Di negeri miskin itulah,Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama...






Di negeri miskin itulah,

Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari.
Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah.
Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan.
Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan.
Di negeri miskin itulah,Iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami.










Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan.
Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan.
Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan.
Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mula mengenal tuhan.
Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh terkenal..


I'm pRoud to be Anok kelate..(^^,)

"Ya Allah kami Redha dengan rezekiMu...Biarlah kami miskin asalkan AgamaMu selamat disini..Jadikanlah negeri ini tempat sang miskin beristirehat...kami redha Ya Allah..cukuplah Allah penolong kami.."

jika esok masih ada..

 Jika esok masih ada
Akan ku sujud padamu
Minta diampun semua dosaku
Akan ku kotakan suruhanmu
Sampaikan pada dunia
Biar semua tahu
Islam itu satu!

Jika esok masih ada
Akan ku berikan pada yang meminta
Akan ku laksanakan apa yang tertunda
Niatkan semuanya kerna Dia

Jika esok masih ada
Pasti aku pegang saudara
Tidakkan aku biarkan mereka menderita
Kerana leka terhadapnya

Jika esok masih ada
Tidak ada masa yang akanku sia
Tidak ada hati yang akan ku luka
Tidak ada jasad yang  aku aniaya
Seakan hidup sesaat Cuma

Jika esok masih ada
Akan ku tinggalkan selimutku
Tinggalkan enak tidur malamku
Bersujud kepadamu
Memohon perlindungan darimu ya rabbi!
Namun,
Itu semua jika esok masih ada!

Telah aku siakannya
Peluang sekali Cuma
Hari ini aku sudah melelapkan mata
Dihimpit gelap selamanya
Tiada lagi jika esok masih ada.