Wednesday, March 31, 2010

kelaHiran membawa 10o1 makna buat se0rang insan...


sedarlah wahai insan..kita berasal daripada cantuman kasih sayang ibubapa kita....semasa kita dalam kandungan ibu..kita begitu rapat dengan ibu,berkongsi segalanya,menagih kasih hanya darinya...tapi apabila kita sudah dewasa...adakah bermakna kita boleh derhaka kepada ibu kita??
Subhanallah..sungguh besar pengorbanan ibu kepada kita...kemana-mana sahaja kita dibawanya..hanya ibu yang merasakan keperitan itu..

pernahkah kita menyatakan sayang kita kepada ibu?? ibu...kau ampunilah dosaku,andainya telah menghiris hatimu..kudusnya kasih yang engkau hamparkan..bagaikan lautan yang tak bertepian..

ibu..terima kasih kepada mu kerana sanggup bertarung nyawamu demi melahirkanku..insan yang kerdil lagi hina...kudoakan agar ibubapaku dilimpahi rahmatNya..Ya Allah..ampunilah dosaku dan kedua ibubapaku..sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi..mendidik..mengasuhku dari kecil hingga ku dewasa..

Akan ku balas jasamu ayahanda dan bonda.............

waSSALAmm............

Monday, March 22, 2010

HaRga SebuaH keMenanGan...













Saban hari kita memburu kemenangan...
Meniti sebuah jalan perjuangan...
Bercerita soal taqwa dan iman...
Membina segala macam kekuatan..
Mencipta segala bentuk kehebatan...

Kemenangan sesuatu yang dicari bukan dinanti..
Ia mendatangi setelah ia didatangi...
Jika ada yang menang akan ada yang kalah..
Ia tidak abadi dalam dunia yang bakal musnah...
Kerana ia kekal dalam alam yang menanti...
Bagi mereka yang mencari..

Jika kita yang miliki kemenangan..
Untuk apa ditakuti kegagalan?
Untuk apa dirisaukan kekalahan?
Bahkan kita mengharapkan akan turunnya bantuan..
Berupa sebuah kemenangan..
Bererti ia milik Pemilik alam maya..
Ia milik Yang Memiliki Kekuasaan..

Harganya luar biasa..
Kerana nilainya tidak terbanding..
Usaha kita hari ini belum tentu..
Menjamin kemenangan hari esok
Kerana ia milikNya.


WassaLamm...

BeraKhirnya Kembaraku Di Bumi Maahad..






















" Bukan mudah untuk mengumpul gumpalan awan..membentuk hamparan yang indah.."

kata-kata ini masih utuh dalam ingatanku..ia terpahat di buku rekodku yang di tulis oleh cg jack(guru kelas)..tersenyum sendirian aku bila mengenangkan pahit manis bersama cg jack..Seorang guru yang sangat tabah dalam mengharungi liku kehidupannya...masihku ingat,pernah aku dan sahabatku di 'reject' selama seminggu dari kelas addmath beliau,kerana kami tidak masuk waktu kelasnya untuk menghadiri mesyuarat..,betapa gusarnya hati kami sehingga kami tidak dapat menahan titisan airmata yang jatuh kepipi..kami segera ke biliknya untuk memohon ditarik balik dendanya..tetapi pujukan kami hanya sia-sia..lalu Sahabatku ke kelas penganjur mesyuarat,dan menerangkan apa yang terjadi..sungguhku tidak sangka setelah para penganjur itu bertemu mata dan berunding dengan cg..denda ditarik balik..huh...kami menarik nafas lega..Alhamdulillah..Jika difikirkan sejenak itulah memori yang mungkin sukar dicari,walaupun saat itu hanya sebak yang menghantui..

ku kayuh sampan kehidupan ini..hanya berteraskan iman dan taqwa yang mampu menstabilkan kayuhan ku...SPM mulai tiba dengan 1001 persoalan..kami sahabat..bertungkus lumus 'study' apa yang perlu..subjek sains sungguh mencabar keimananku..terutama addmath..Namun,aku kagum dengan persahabatan yang dianugerahkan olehNya..saatku kurebah,ada yang hulurkan tangan..saatku hilang semangat ada yang menghembuskan azimat..

Alhamdulillah..selesai sudah kami menduduki 'SPM exam'...susah senang kami lalui bersama..terungkai sudah untaian yang tersimpul selama ini..Namun,kembara kami di bumi MMT belum lagi tamat..Kami meneruskan langkah kami dengan mempelajari ilmu STAM..Langkahan kami kian lemah..tenaga yang ditimba sudah cetek..kami berhenti..tapi bukan beerti berhenti selamanya..tpi berhenti sekadar untuk menimba kembali tenaga kami..untuk kami teruskan perjalanan kehidupan masih terlalu panjang..

'STAM...'aku mula jatuh cinta denganmu..walaupun pembelajarannya sungguh rumit..tapi ia membekalkan suatu bekalan ilmu yang sangat hebat dan cukup indah..pada awalnya aku berkesempatan belajar madah-madah STAM..ternyata banyak perkara yang ku pelajari..dan nikmatnya terlalu besar..bersesuaian dengan firman Yang Maha Esa.."sesungguhnya,jika kamu ingin menghitung nikmatKu..nescaya tidak kan terhitung"...sungguh indah kejadianNya..

Tatkala dalam dilema STAM...langkahku terpaksa ku hentikan..pengembaraanku di bumi Maahad kian tamat..kerana ada sesuatu hal yang lebih memerlukan aku..terasa sebak didada untuk meninggalkan bumi maahad yang sungguh barokah ini..Aku terus memujuk jiwa dan rohku..agar akan ada sinar yang mendatangiku..

Benar..kadangkala kita perlu berkorban demi kepentingan yang lain..agar sama-sama merasakan erti sebuah kehidupan..pengalaman,ujian dan pengajaran..itu semua mampu mematangkan kita...kerana kadangkala kita tidak sedar bahawa Allah SWT mendatangkan ujian untuk mendidik jiwa..mematahkan nafsu.. serta menyedarkan kita bahawa kehidupan ini bukan milik kita..tapi hanyalah pinjaman sementara daripadaNya..

Berat hati ku untuk melakukan semua ini..namun cukuplah azimat yang ku bekalkan menjadi sumber kekuatan..saat itu,tak jemu ku meratib asma' yang Esa..kerana hanya itu jalan ketenangan..

Walau apapun terjadi,hakikatnya bumi maahad ini perlu ku tinggalkan jua..lambat atau cepat..itu sudah menjadi adat pertemuan.."setiap pertemuan akan pasti ada perpisahan..." ku berdoa agar sahabat-sahabatku yang masih meneruskan kembaranya di maahad,semoga mereka bahagia selalu..dan semoga kita dapat bertemu lagi dalam suasana yang indah seperti dulu..

ku akhiri..."Selamat berjuang sahabatku..semoga Allah berkatimu..kenangan indah bersamamu tak kan kubiar ia berlalu....''

SayoNara buMI maaHad..........ikhlas dariku..

WaSSalaamm...........

Sunday, March 21, 2010

Tips Menghafaz Al-Quran...






Sebenarnya menghafal al-Quran ni bukanlah sukar sangat,yang penting kemahuan dan cita-cita mengatasi segalanya.


1-BETULKAN NIAT


Ramai orang yang menghafaz al-Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita yang menghafaz al-Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar untuk meluluskan diri dalam peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al-Quran. Sebenarnya, kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih keredhaan ALLAH, semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,amin.


2-ISTIQAMAH

Setiap ibadat itu, perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dalam penghafazan al-Quran, istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat. Tanpa istiqamah, PERCAYALAH, hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja. Para penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz al-Quran kemudian diabaikan sehingga lupa. Sebagai contoh, istiqamah dalam muraja'ah atau mengulang sejuzuk sehari,insyaALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.


3-BERAMAL

Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi penghafaz cemerlang. Setiap ayat mestilah difahami maknanya dan diteliti takwilnya agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syariat. Sebahagian ayat al-Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan kemungkaran. Oleh itu ,berpeganglah dengan apa sahaja yang diperintahkan al-Quran, mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.


4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN

Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman (yang juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hafazan agar tidak mengalami kesilapan.
Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk membetulkannya.Tetapi jika selalu diperdengarkan kepada teman-teman insyaALLAH kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat di ingatan.


5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN

Mungkin ini pelik bagi orang biasa, namun tidak pelik bagi penghafaz al-Quran.Tabiat suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita. Ia akan memeningkan kita dari segi mengingati struktur ayat, kerana setiap al-Quran mempunyai pelbagai saiz. Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan sebagainya. Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya, kita mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafazan kita benar-benar kukuh dan bersemadi di hati. Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat, ia juga akan menjadi berkat.


6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI

Bagi memantapkan hafazan, kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari, jangan sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melunturkan hafazan sedikit demi sedikit. Kata seorang ulama', sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninggalkan kita, seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula, apatah lagi jika meninggalkan sebulan, maka setahun jadinya. Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al-Quran. Jadikanlah ia sebagai pedoman agar kita tidak meninggalkan muraja'ah.


7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT


Mengulang hafazan didalam solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz. Jangan biasakan diri membaca ayat-ayat lazim sahaja, biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dalam solat. Ini akan mengukuhkan lagi ingatan hafazan kita, kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran ditangan,dan akan menjadi khusyuk di dalam bacaan dan berusaha untuk membacanya dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan buat huffazul Quran agar membiasakan diri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat dari yang mengulang dengan al-Quran ditangan.

Sebagai panduan yang bukan sahaja untuk semua malah para hamlatal Quran lainnya. Sesungguhnya nikmat kemanisannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.


Sumber :
Forum tips..www.iLuvislam.com


WassaLamm..

FaLLing iN love:AlloweD in IslaM???


In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.



Islam teaches us to be truthful and realistic. Usually, we love for the sake of Allah and we hate for the sake of Allah. Islam teaches us that a male and female can build up a good relationship founded on marriage.

We do not say love is halal or haram because it is a feeling. Maybe it is not under control. You can judge what is under control. But people who fall in love are in many episodes away from the cleansed and pure atmosphere.


Marriages that are usually good and lasting marriages are those that start at the least affection. That affection grows after marriage and maybe it will grow until the couples continue their companionship at the Jannah.

If you have any affection towards a person, you should ask yourself: why do you like that person? If you have good Islamic, reasonable justification, then you need not tell that person of what you feel. However, you can make a serious plan to make him ask for your hand. If you want to know the meaning of fitna, a great part of it is what people nowadays call love or romance.

In this context, we'd like to cite the following fatwa that clarifies the Islamic ruling on falling in love:

"If we are speaking about the emotion which we call "love" then we are simply speaking of a feeling. What we feel toward a particular person is not of great importance, until our feeling is expressed in a particular action. Now if that action is permissible, then well and good. If it is forbidden, then we have incurred something that Allah does not approve of. If it is love between a man and a woman, the emotion itself is not the subject of questioning on the DayofJudgment. If you feel you love someone, then you cannot control your feeling. If that love prompts you to try to see that person in secret and to give expression to your feelings in actions permissible only within the bond of marriage then what you are doing is forbidden."

Excerpted, with slight modifications, from: www.islamicity.com

Shedding more light on the issue in point we'd like to cite the words ofSheikh AhmadKutty, a senior lecturer and an Islamic scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada. He states:


In Islam, it is not a sin if you feel a special affinity or inclination towards a certain individual since human beings have no control on such natural inclinations. We are, however, definitely responsible and accountable if we get carried away by such feelings and take specific actions or steps that might be deemed asharam(forbidden).

As far as male and female interaction is concerned, Islam dictates strict rules: It forbids all forms of ‘dating’ and isolating oneself with a member of the opposite sex, as well indiscriminate mingling and mixing.

If, however, one does none of the above, and all that he or she wants is to seriously consider marrying someone, such a thing itself is not consideredharam. In fact, Islam encourages us to marry persons for whom we have special feelings and affinity. Thus, Islam recommends that potential marriage partners see one another before proposing marriage. Explaining the reason for such a recommendation, the Prophet (peace and blessings be upon him) said:“That would enhance/foster the bonding.”

This permission notwithstanding, we are advised against getting carried away by merely the outward appearances of a person; these may be quite misleading. Marriage is a life-long partnership and a person’s real worth is determined not by his or her physical looks, but more so by the inner person or character. Hence, after having mentioned that people ordinarily look for beauty, wealth and family in a marriage partner, the Prophet (peace and blessings be upon him) advised us to consider primarily“the religious or character factor”over and above all other considerations.


waSSalaM...


KeMbaRa Di BuMi MaaHad...(2)
























Setelah penat melangkahkan kaki ini....



Aku ditempatkan olehNya di Maahad Muhammadi Tumpat(MMT)...Aku keliru,aku merintih..kenapa aku dicampakkan disini..jauh dari sahabat-sahabatku...tanpa memikirkan apa hikmah yang bakal tiba...Pada mulanya..aku memang rasa tak senang..dengan suasananya yang begitu lain sekali..kelainannya diMMT, ada kaum adam..disebabkan oleh itu..aku rasa sungguh lain pada mulanya..adakala aku terasa malu untuk melangkahkan kaki..namun hanya itulah kudratku..hanya mampu memohon kekuatan dariNya..


Aku tidak akan kalah pada diriku..aku bangkit,bersemangat..dan alhamdulillah..aku mendapat kekuatan dari yang Maha Esa..Aku mula menceburi Badan Dakwah..Kaunseling..untuk menambahkan lagi keimanan dan keyakinan diriku buat bekal di hari kemudian ..Disinilah aku mula belajar erti ukhuwwah,perjuangan kehidupan yang lebih mendalam..aku dilatih untuk menjadi pemimpin yang terbaik..Sungguh berat memikul tanggungjawab seorang pemimpin..
ku terfikir sejenak..ia mungkin hanya secebis tanggungjawab dan perjuangan rasulullah..Subhanallah..rasa rindu untukmu rasulullah akan ku abadi kan dalam diriku..menjadi semangat untuk ku melabuhkan cintaku Pada Penciptamu ya Rasulullah...


Perjuanganku bukan keseorangan..tapi aku seiring dengan sahabat-sahabatku..Aisyah,Syu,husna,nadia,k.jah,Hanis,Anis,Qimah,RahimahA,B,bad,Nor,ruby dan tidak ketinggalan sahabatku yang lain..Aku sayang pada kalian semua..walau lautan api perlu kurenangi,walau rimba belantara perlu ku jejaki..aku tidak akan lupakan persahabatan yang begitu indah ini...ternyata inilah hikmahnya..


Tidak lupa juga sahabat senior-seniorku yang sentiasa melemparkan kata-kata semangat..membantuku dalam membangunkan sebuah Organisasi..terima kasih tidak terhingga yang mampu ku ucapkan untuk kalian semua..Teristimewa guru-guru yang sangat aku rindui keletahnya..Ya Allah,Aku mohon agar mereka-mereka yang aku sayangi..dapat bersama-sama mengecapi syurgaMu Ya Allah..amiinn...


Sungguh,seandainya dunia tiada warna tetapkan ku kagumi...indah maya alam ciptaanNya..kudratNya ku akui..Namun jalin warna zahirlah sang pelangi..yang menutup mendung menampak seri..


suka duka ku bersama teman-teman tak akan ku persiakan..itulah erti kehidupan ada pahit manisnya,,jika kehidupan ini diciptakan manis sahaja,,mungkin tiada serinya..tiada juga pengajarannya..


itulah..perjalanan suka duka yang telah ku lalui dibumi Maahad..Saat-saat indah ini tak mampu ku beli..dan tak ternilai untuk dijual...Kasih ini sudah menjadi fitrah..
Ingatlah Wahai teman..akukan sentiasa disini..terus mendoakan kebahagiaanmu..

Aku berharap apa yang kita lalui memberi 1001 makna dalam diari kehidupan kita...


Terima kasih kerana sudi menjadi separuh dari hidupku..

KeMbaRa Di BuMi MaaHad...(1)




"Alhamdulillah wassyukurillah....terima kasih Ya AllaH.."bisik hatiku..setelah melihat namaku terpampang dikelas tingkatan 1 Maahad Muhammadi (p) Pasir Pekan..(Mp3)..ku menarik nafas lega,kerana aku dipilih oleh Allah S.W.T untuk meneruskan pengembaraan ilmuNya di bumi Maahad..

Pengembaraanku bermula......

Setelah 3 hari aku terlibat dengan Minggu Ukhuwwah..aku sambung belajar..Disini aku mula mengenal erti"ISLAM"...terlalu banyak yang aku pelajari..tauhid,feqah,tafsir,hadis,nahu..dan banyaklagi..."terlalu luas ilmu Allah..."ujar hatiku,mengagungkan kekuasaanNya..Disini juga,aku mengenal erti sahabat..perjuangan..serta pengorbanan..kerana aku,bukan keseorangan di bumi Mp3 ini..aku ditemani sahabat-sahabatku yang begitu memahami diriku..suka duka kita bersama..atikah..k.syu..fatina..farah..hajar..maryam..ku untaikan rasa rindu buat kalian..sementara aku terus berjalan mencari makna kehidupan..

Setiap pagi kami (atikah,farah dan aku) mengayuh basikal bersama-sama ke Mp3..sambil merenung kejadian Allah..sungguh indah..bercampur dengan angin dingin bayu pagi..beserta kicauan burung-burung bertebangan..indahnya hidup berukhuwwah..

ketika kami berada di tingkatan 2..kami diajar erti kesungguhan..kerana kami perlu menduduki peperiksaan PMRU..kami bersungguh-sungguh untuk menagih sebuah kejayaan..Dan alhamdulillah aku memperoleh 9 A 1B..aku mengucapkan kata syukur yang tidak terhingga kepada yang Maha Pemberi Rezeki...tidak ketinggalan sahabat-sahabatku..semuanya mendapat kecemerlangan...

Dalam keriangan indah hidupku..Aku diuji oleh Allah S.W.T..ketika aku di tingkatan 3..aku hanya mendapat keputusan yang hanya "ckup makan"..tapi apapun kejadianNya..aku yakin pasti ada hikmahNya...sementara sahabat-sahabatku yang lain,semuanya cemerlang..aku suka dalam duka..senyum dalam rintih..aku pasrah..

Setelah itu,kami sahabat..tekad untuk menyambung ke aliran sains..dengan kehendakNya..Allah telah memisahkan jasad dan roh kami..tapi tak mungkin hati kami..kerana hati-hati kami telah diikat rasa kasih dan sayang olehNya..

Namun..hanya aku yang dilempar jauh dari sahabat-sahabatku..setengah dari mereka menyambungkan pelajaran mereka di maahad muhammadi kota bharu..Maahad yang menjadi impianku suatu ketika dulu..tapi mungkin ia tidak tercipta buatku..............



Saturday, March 20, 2010

warkah ke syurga..


Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang..

sering ku titipkan doa agar kita semua sentiasa berada dibawah payungan rahmat dan hidayah yang Maha Esa..

Dalam kekalutan dunia pada keika ini..daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua..dalam manusia tidak lagi takut akan Tuhannya..dalam keadaan manusia tidak mengenal yang mana hak dan batil..dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan dosa..Moga-moga doa yang selalu kita pohon di makbulNya..

Walaupun dalam kehidupan seharian..kadangkala kita lupa kepadaNya..dan kadangkala kita ingat kepadaNya..tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya..

Buat permata islam yang sudah tentu dikasihi Ilahi dan dirindui Nabi..Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama..tapi ia cara hidup kita..Sama ada kita berpakaian..bertutur..belajar..bekerja..atau dengan kata yang lebih mudah..bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali,semuanya Allah telah gariskan untuk kita..Hatta sebelum lahir sehinggalah kita ditempatkan didalam liang lahat..Islam juga telah mengajar semuanya..

Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah SAW..yand bermaksud..."Islam itu tinggi,tiada yang tinggi selainnya.."tapi sayang sekali kita sendiri yang merendahkan martabat islam itu sendiri..kita menjauhkan diri darinya..bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti kita..

Kita lalai dengan kehidupan kita,sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita..sehingga lupa Allah SWT Tuhan yang Maha Esa sedang memerhati kita..Kita tahu adanya Allah,tapi kita masih melanggar perintahNya..sombong kepadaNya,kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga orang kufur kepadaNya..kita tahu benarnya ALQuran..tapi kita tidak mengambil iktibar daripadanya..kita juga tahu adanya Syurga dan neraka,pahala dan dosa.. tapi masih tidak mempedulikan yang Maha Kuasa..

Buat mutiara Islam..yang InsyaAllah akan terus bergemerlapan di bumi ALLAH..Prof Hamka pernah berkata"kita boleh menghitung usia kita,yang telah kita gunakan,tetapi kita yidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal.."Persoalannya,,bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung didalam jasad sudah habis digunakan..??

Masihkah dikau ingat akan firman Allah SWT...dalam hadis QudsiNya..yang bermaksud
'daripada Abu Hurairah r.a..Aku sesuai dengan dugaan hambaKU kepadaKU..Dan Aku bersamanya ketika dia ingat kepadaKu..Jika dia ingat kepadaKu dalam hatiNya..Aku juga akan mengingatinya dalam hatiKu..Dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai..nescaya Aku akan mengingatinya dalam khalayak ramai yang lebih baik.. Dan jika dia mendekatiKu sejengkal..Aku pun akan mendekatinya sehasta..Dan jika dia mendekatiKu sehasta..Nescaya aku akan mendekatinya sedepa..Dan jika dia datang kepadaKu dengan berjalan...maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.."(hadis riwayat Syaikhani dan Tarmidzi)

Walaupun sebesar bukit Uhud sekalipun dosa kita yang kita lakukan..sesungguhnya Allah SWT masih mengampunkan dosa kita...Oleh itu,,kembalilah kepadaNya..Andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukanNya...SesungguhNya kasih Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya...

Setakat ini sahaja nukilanku buatmu..semoga hidupmu dirahmati Allah selalu..Wassalam

Perjalanan sebuah Kehidupan....


Dalam meniti hari-hariku..

kutemui kisah sebuah kehidupan yang cukup mengajarku erti pengorbanan dan keikhlasan..aku bangga melihat kecekalan seorang ibu yang melahirkan zuriat yang ramai..beliau terpaksa mencari rezeki untuk menyara anak-anaknya yang semakin membesar..kehidupannya terlalu perit,"kais pagi makan pagi,kais petang makan petang"begitulah yang mampu ku ungkapkan..namun begitu,ibu ini yakin akan takdir Allah..sesungguhnya akan ada senang selepas susah..akan ada siang selepas malam..hanya kekuatan yang didambakan..perjuangannya tidak pernah selesai..dan dia sentiasa mencari peluang dan terus berusaha..

Suatu petang berkerut dahi suaminya sambil berkata "hari ni tak laku pun.."..tapi sebagai isteri yang baik,dia hanya mampu tersenyum walaupun hati keresahan..dan meneruskan jualan kuihnya untuk hari esok..setelah bertahun-tahun mereka berniaga..jualan mereka mendapat sambutan ramai..rasa syukur yang tidak terhingga lahir dari hati seorang ibu..Dia gembira melihat anak-anaknya membesar dengan sihat..

Allah mengurniakan pasangan ini rezeki yang melimpah..atas dasar berkat kesabaran mereka.. mereka berjaya meluaskan perniagaannya,dengan membuka sebuah kedai makan..Disinilah 'periuk nasi' keluarga ini..Anak-anak mereka juga diajar erti sebuah kehidupan..kecil-kecil lagi mereka diasuh berdikari..ibu ini bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang begitu memahami..Dalam lingkungan umur 12 tahun anak mereka sudah pandai menolong ibubapanya..

Dalam kehidupan yang kian menemui sinarnya,ibu ini senyum dalam kelesuan..melihat kejayaan anak-anaknya..Tiga dari anaknya dapat menyambung pelajaran ke bidang perubatan,seorang dari jurusan engineering,mikrobiologi dan komunikasi..betapa gembira hati pasangan ini,kerana anak-anak mereka pandai membalas jasa orang tua.."sungguh adil ciptaan Ilahi"bisik ibu ini..

Walaupun begitu,masih ada anak mereka yang sedang membesar..kehidupan mereka tidaklah terlalu susah seperti dulu..tetapi perjuangan mereka belum selesai,mereka masih perlu berniaga..untuk meneruskan kehidupan..Awal pagi,sebelum azan subuh berkumandang,keluarga ini sudah berjaga,membuat kerja-kerja dapur..peluh pagi sudah keluar mengalir didahi..anak-anak yang masih dalam persekolahan juga turut membantu..begitu memahami..Umur mereka kian senja,tapi mereka masih lagi mampu untuk berjuang..macam mana dengan kita??Adakah kita pernah rasa berputus asa??

Renungkan lah wahai sahabat..perjuangan ini bukan suatu penyiksaan dari tuhanmu..tapi suatu pengajaran dari kehidupan..Berputus asa bukan jalan yang terbaik..perjalanan kita terlalu jauh..bukan mudah untuk sampai ke penghujungnya,kalau tanpa pengorbanan..dan doa munajat kepada yang Maha Esa..diharap dapat mengambil iktibar..dan menjadi azimat dalam kehidupan..Wassalam..

Friday, March 19, 2010


assalamua'alaikum w.b.r.t...pertama dan selamanya ingin ku rafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH S.W.T..yang masih memberikanku kesempatan untuk pertama kali ku melakar coretan yang mungkin tidak seberapa..salam perjuangan..hidup inimemerlukan pengorbanan..namun sebuah pengorbanan terlalu perit untuk ditelan..bermacam dugaan perlu ditanggung,pelbagai cabaran perlu dirempuh..pengorbanan juga memerlukan kekuatan dan sokongan..tanpa kekuatan maka rebahlah jasad,punahlah semangat..kekuatan diri mendambakan keyakinan yang teguh..yang pasti dapat memecah keresahan dihati,kelukaan dijiwa..dan mampu untuk mengukir sekuntum senyuman walau hidup tak seindah yang diimpi..namun kata syukur tak lekang menghiasi bibir..andai diri dalam keresahan kuuntai kalimah Allah dibibir ini untuk melembutkan hati yang mungkin agak keras..ku sebutkan namaMu demi mencapai ketenangan dihati untuk menjadi azimat buatku meneruskan perjuangan..