Saturday, March 20, 2010

Perjalanan sebuah Kehidupan....


Dalam meniti hari-hariku..

kutemui kisah sebuah kehidupan yang cukup mengajarku erti pengorbanan dan keikhlasan..aku bangga melihat kecekalan seorang ibu yang melahirkan zuriat yang ramai..beliau terpaksa mencari rezeki untuk menyara anak-anaknya yang semakin membesar..kehidupannya terlalu perit,"kais pagi makan pagi,kais petang makan petang"begitulah yang mampu ku ungkapkan..namun begitu,ibu ini yakin akan takdir Allah..sesungguhnya akan ada senang selepas susah..akan ada siang selepas malam..hanya kekuatan yang didambakan..perjuangannya tidak pernah selesai..dan dia sentiasa mencari peluang dan terus berusaha..

Suatu petang berkerut dahi suaminya sambil berkata "hari ni tak laku pun.."..tapi sebagai isteri yang baik,dia hanya mampu tersenyum walaupun hati keresahan..dan meneruskan jualan kuihnya untuk hari esok..setelah bertahun-tahun mereka berniaga..jualan mereka mendapat sambutan ramai..rasa syukur yang tidak terhingga lahir dari hati seorang ibu..Dia gembira melihat anak-anaknya membesar dengan sihat..

Allah mengurniakan pasangan ini rezeki yang melimpah..atas dasar berkat kesabaran mereka.. mereka berjaya meluaskan perniagaannya,dengan membuka sebuah kedai makan..Disinilah 'periuk nasi' keluarga ini..Anak-anak mereka juga diajar erti sebuah kehidupan..kecil-kecil lagi mereka diasuh berdikari..ibu ini bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang begitu memahami..Dalam lingkungan umur 12 tahun anak mereka sudah pandai menolong ibubapanya..

Dalam kehidupan yang kian menemui sinarnya,ibu ini senyum dalam kelesuan..melihat kejayaan anak-anaknya..Tiga dari anaknya dapat menyambung pelajaran ke bidang perubatan,seorang dari jurusan engineering,mikrobiologi dan komunikasi..betapa gembira hati pasangan ini,kerana anak-anak mereka pandai membalas jasa orang tua.."sungguh adil ciptaan Ilahi"bisik ibu ini..

Walaupun begitu,masih ada anak mereka yang sedang membesar..kehidupan mereka tidaklah terlalu susah seperti dulu..tetapi perjuangan mereka belum selesai,mereka masih perlu berniaga..untuk meneruskan kehidupan..Awal pagi,sebelum azan subuh berkumandang,keluarga ini sudah berjaga,membuat kerja-kerja dapur..peluh pagi sudah keluar mengalir didahi..anak-anak yang masih dalam persekolahan juga turut membantu..begitu memahami..Umur mereka kian senja,tapi mereka masih lagi mampu untuk berjuang..macam mana dengan kita??Adakah kita pernah rasa berputus asa??

Renungkan lah wahai sahabat..perjuangan ini bukan suatu penyiksaan dari tuhanmu..tapi suatu pengajaran dari kehidupan..Berputus asa bukan jalan yang terbaik..perjalanan kita terlalu jauh..bukan mudah untuk sampai ke penghujungnya,kalau tanpa pengorbanan..dan doa munajat kepada yang Maha Esa..diharap dapat mengambil iktibar..dan menjadi azimat dalam kehidupan..Wassalam..

No comments:

Post a Comment