Friday, August 26, 2011

Amal aTau Rahmat..??

Assalamu'alaikum...
---------------------------------------------------
syukur ku panjatkan kepadaNya dan kerana RahmatNya juga,aku disini,terus mencoretkan tentang suatu fitrah kehidupan seorang insan.

Alhamdulillah,sepanjang bulan Ramadhan ini..Allah mengizinkan dan masih lagi memberikan aku peluang untukku memetik buah delima segar dan cukup manis di ladang Ramadhan ini..diberikanNya kesihatan yang baik,minda yang sihat serta sebuah kehidupan yang cukup bahagia...

Itulah dinamakan Rahmat dan Nikmat Allah...seluas lautan tak bertepi...

Ada suatu ketika,apabila adikku mengingatkan ku tentang rahmatNya..
"tin,ada seorang ustaz,pernah menyatakan bahawa masuknya seseorang itu kedalam syurga kerana Rahmat Allah,bukan kerana Amalnya.."

tapi mesti ada orang akan menta'wil,kalau macam tu tak payah buat amal pun takpe..kan?memang la,kita msuk syurga kerana rahmat Allah..bukan kerana Amal kita..tapi apakah kita lupa bahawa kita adalah seorang khalifah dibumi Allah,penuh dengan tanggungjawab.. "Firman Allah dalam surah Adz-Zaariyat : 56, maksudnya,"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."

kita perlu beramal ibadah kepada Allah kerana itu tanggungjawab dan tujuan hidup di dunia ini, namun yang memberi keizinan untuk seseorang itu masuk ke dalam syurga hanyalah Allah semata-semata. Itulah rahmat Allah...atau dalam kata yang lebih tepat..kunci syurga itu adalah RahmatNya..tapi untuk mendapat Rahmat itu,adalah dengan amalan...





Telah terpatri janji kita dengan Allah sewaktu kita dalam kandungan ibu kita..dan ketika itu juga Allah menghembuskan Roh..Adakah kita lupa??

Jadi jangan mudah berasa bangga dan riak di dalam hati dengan amal kita..Janganlah kita melakukan sesuatu amalan sekadar untuk mendapat “fadhilat” atau pahala dari amalan tersebut. Tetapi beramallah kerana untuk mendapat rahmat Allah SWT.


suka saya bawakan satu cerita..yang mungkin memberikan pengajaran kepada kita semua..=)







Muhammad bin Almunkadir dari Jabir r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. keluar kepada kami dan bersabda: "Malaikat Jibril tadi datang kepadaku dan berkata:
"Ya Muhammad, demi Allah yang mengutuskan mu sebagai nabi yang besar,
sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama lima ratus tahun diatas sebuah bukit yang lebar panjangnya tiga puluh hasta kali tiga puluh hasta dan dikelilingi oleh laut seluas empat ribu farsakh dari tiap penjuru, disitu Allah s.w.t. mengeluarkan sumber air yang segar selebar satu jari dari bawah bukit, juga pohon delima pada tiap hari berbuah sebuah delima, maka bila siang hari turunlah orang itu untuk wuduk dan memetik delima, lalu dimakannya, kemudian berdiri sembahyang dan ia minta kepada Tuhan supaya dimatikan dalam sujud, dan supaya badannya tidak disentuh bumi atau lain-lainnya hingga bangkit dihari kiamat sambil sujud, maka Allah s.w.t. telah menerima permintaannya, kerana itu tiap kami naik turun dari langit selalu melaluinya ia sedang sujud.

Jibril berkata: "Kami dapat dalam ilmu, bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. , lalu Allah s.w.t. menyuruh: "Masukkanlah hambaKu itu kedalam syurga dangan rahmatKu." Maka berkata orang itu: "Dengan amalku." Maka Allah s.w.t. menyuruh Malaikat supaya menghitung semua amalnya dan nikmatKu iaitu nikmat melihat (penglihatan), tiba-tiba nikmat penglihatan itu telah mengelilingi ibadatnya selama lima ratus tahun, sedang nikmat-nikmat Allah s.w.t. yang lain-lainnya belum. Maka Allah s.w.t. berfirman: "Masukkan ia kedalam neraka." dan ketika ditarik menuju keneraka, ia berkata: "Masukkanlah aku kedalam syurga dengan rahmatMu."

Maka Allah s.w.t. berfirman kepada Malaikat: "Kembalikanlah ia." Lalu ditanya oleh Allah s.w.t.: "Hambaku, siapa yang menjadikan kau daripada tidak ada?" Jawabnya: "Engkau Tuhan." Lalu dutanya: "Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?" Jawabnya: "Dengan RahmatMu." Lalu ditanya: "Siapakah yang memberi kekuatan kepadamu untuk beribadat lima ratus tahun?" jawabnya: "Engkau Tuhanku." Lalu ditanya lagi: "Dan siapakah yang menempatkan kau diatas bukit dan ditengah laut dan mengeluarkan air segar yang tawar dari tengah-tengah laut yang masin getir dan menumbuhkan buah delima tiap pagi, padahal buah itu hanya berbuah satu tahun satu kali, lalu kau minta kepadaKu untuk mati sujud, siapakah yang berbuat itu semua?" Jawabnya: "Engkau Tuhanku." Firman Allah s.w.t. : "Maka semua itu dengan rahmatKu." Malaikat Jibril berkata: "Segala sesuatu terjadi dengan rahmat Allah s.w.t.."


Hakikatnya,kita semua memang tidak layak masuk ke syurga Allah kecuali dengan rahmat Nya. Kita tak akan mampu ke syurga kerana amalan baik yang kita lakukan. Sebanyak manapun amalan baik kita, itu bukan sebab untuk kita layak masuk kedalam syurga.

Rasulullah SAW sendiri di dalam sebuah hadith, mengakui bahawa baginda sendiri tidak akan dapat masuk ke syurga kecuali dengan rahmat Allah SWT.

Kita?

Segala amalan dan kepatuhan kita pada perintah Allah di dunia ini belum dapat membalas nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, walau pun nikmat ‘sebiji mata’ yang Allah berikan kepada kita.

Sebab itu janganlah kita sesekali merasakan diri kita ini terlepas dari kemurkaan Allah SWT, walaupun kita telah berusaha menjauhi segala dosa-dosa besar dan meminimakan dar melakukan dosa-dosa kecil...


sentiasalah memohon rahmat Allah...
sama-samalah kita..=)

wassalam....

Monday, August 15, 2011

Ya Rasulullah...

Assalamu'alaikum wbrt...
--------------------------------------------
Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah..

Semalam saya sempat menonton rancangan realiti Arab berjudul "Lau kana baina na" kat Tv Alhijrah..

Rancangannya membuka mata masyarakat seandainya Rasulullah masih ada bersama kita..
Pelbagai aktiviti yang mereka rancangkan,untuk menguji masyarakat..episod yang sempat saya lihat semalam,pihak krew menjatuhkan buah-buahan,dan melihat reaksi masyarakat setempat..ada yang tengok saje...ada yg buat tak tahu..dan ada yang kutip..

lihat video ni...



bagus sangat kalau kita saling ingat mengingati..Rancangan ni mampu mengingatkan diri ini yang hanyut dibuai arus dunia....

"fazakkir fainnazikro tanfa'ul mukminin.."

Akhir kalam...hayatilah video ni...


rasa macam rindu sgt kat Rasulullah..Sayu je lagu ni kan? sebak dada ni..rs mcm nk nangis..=(

Salam rindu buat Rasulullah SAW...

wassalam...


AKAN KUTERUS KETUK PINTU TUHANKU...




akan kuterus ketuk pintu tuhanku...
menangis dan mengadu....
tentang dunia yang penuh sendu ...
di kala mata-mata sedang lesu beradu...
akan ku seru namamu...
di penjuru waktu yang sunyi dan sayu...

akan ku terus ketuk pintu tuhanku...
sekalipun tangan ku penuh debu...
sedang pintu itu seputih susu dan salju...
kerana ku tahu..
tuhan tidak pernh menghalau tamu...
yang datang bertemu dan menyeru....
sekalipun dosa memenuhi angkasa...
namun keampunanNya meliputi segala....

akan ku terus ketuk pintu tuhanku...
tanpa jemu, tanpa malu ...
selagi ku memanggilNYA, DIA MAHA TAHU..
aku hanya seorang hamba ..
ada doa, ada pahala..
namun DIA YANG MAHA MULIA,
limpahan kemaafan tiada tepian ...
kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN...
sedangkan aku insan penuh kedaifan...

akan ku terus ketuk pintu tuhanku...
mengadu dalam sayu dan sendu...
merintih tentang dunia yang letih...
janganlah aku DIKAU sisih ..
dari kurniaan nikmat kasih..
diri yang kotor pohon dibersih..
terimalah istighfar dan tasbih...



karya Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

.

Friday, August 12, 2011

Insan Agung pilihan Allah...

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah..yang mengizinkan jari jemari ini menulis tinta ini..

Disini, teruja saya ingin bawakan kisah Rasulullah SAW..yang menjadi idola kita semua..insan agung pilihan Allah...

Anas bin Malik r.a berkata:"suatu hari, zahir- seorg lelaki kampung (badwi),memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah SAW..Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang..Baginda berkata kepada sahabat lain.." Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.."

Rasulullah SAW sendiri menyenangi Zahir,walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan..

Suatu ketika,Rasulullah SAW menghampiri Zahir yg sedang menjual barang dagangan..Baginda terus mendakap Zahir dari belakang.. Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pu berkata.."siapa ini? Lepaskn aku"Setelah itu,Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya adalah Rasulullah SAW..

Dengan itu,Zahir terus membiarkan agar dapat didakap oleh insan Agung ini..kemudian,secara bergurau Rasulullah berkata,"siapakah yang hendak membeli budak ini..?"

(Riwayat tarmizi & Ahmad)

Andainya Rasulullah Masih Ada.......
ingin sekali mendengar gurauannya.....
subhanallah..
Rinduku padamu Ya Rasulullah akan ku semai menjadi pohon yang indah yang subur..
Agar rinduku padamu tidakkan pudar..InsyaAllah..

Wassalam.....

Tuesday, August 2, 2011

Rintihan.........



silalah dengar..=)jap2..tapi kene off dlu lagu kat bawah..=)mf bt susah je...=)


selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
Semoga Ramadhan kali ini memberikan suatu impak yang besar di singgahsana Qalbu kita...

Ramadhan bertamu lagi...
bagaikan musim bunga...
sungguh indah...
Dia datang ibarat jualan murah..yang ditawarkan OlehNya...
Tapi...
Dimanakah kita....??
adakah hati kita juga turut meraikan kedatangan bulan mulia ini..
bulan kerahmatan..bulan keampunan...

Semoga kita dpt beristiqomah dalam beribadah...
wassalam..............