Monday, May 2, 2011

puisi untuk yang tersayang...

Dalam gelap ku tercari-cari..
Dimanakah sinar dalam hidupku..

Dan ketika itu Allah hadiahkan aku sebuah kebahagiaan..
Yang mampu memecahkan kesunyian hidupku..






Ku bangun dari tidur,syukur ku panjatkan kepada yang Maha Esa..

Yang masih lagi memberikan ku nafas..

Memberikan ku iman dan hidup dalam bi'ah Islam..

Sukar untukku ungkap dengan kata-kata..

Aku diberikan sahabat-sahabat yang sangat memahamiku dan menyayangi diriku..





Kini baru ku rasai erti kehidupan..

Kehidupan yang sangat perlukan pengertian..

Dan kesabaran..

Ku rasa terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidupku adalah keajaiban..

Keajaiban yang telah membuatkan diriku menjadi insan yang lebih bersyukur kepada Penciptaku..




Allah..

Sedarkanlah aku sekiranya Aku lalai..

Temanilah jiwaku sekiranya aku resah..

Ampunilah aku sekiranya aku berdosa..

Tiada lagi tempat untukku meminta..

Tiada lagi tempat untukku mengadu..

Hanya padamu sahaja aku berserah Ya Allah..




Ya Rasulullah..
Walau tak pernah ku lihat wajahmu..

Aku tahu begitu banyak pengorbananmu,demi ummatmu..

Aku pelajari sirahmu..

Aku cuba mengamalkan sunnahmu..

Kerana aku ummatmu..

Ummat yang kadang kala lupa dari mana asalku..

Lupa kemana selepas ini aku akan ditempatkan..

Aku yang sering lupa ini..layakkah aku?menerima syafaatmu..

Layakkah aku??




Abah dan mama...

Saat ku jauh dari mu..

Rinduku padamu hanya Allah yang tahu..

Ku rindu belaian manjamu..

Ku rindu senyum tawa mu..


Alhamdulillah kini,ku masih lagi mampu melihatmu bernafas,senyummu,tawamu..

Sentiasa menjadi penawar dihatiku..

Bagaimanakah perasaan mereka yang kehilangan kedua-duanya..

Jika aku ditempat mereka,aku tahu,aku tak mampu tanggung penderitaan itu..

Tempatku bermanja..

Tempatku bermain..

Tempatku berbual..

Hilang..bagaikan tiada punca..

Janganlah Kau ambil mereka..ketika aku perlukan mereka..

Ya allah panjangkan umur mereka..

Jadikanlah umur yang Kau anugerahkan kepada mereka..

Umur yang penuh dengan manfaat..

Ya Allah ampunilah dosa kedua orang tuaku..

Jadikanlah mereka orang-orang yang tergolong dalam penghuni syurgaMu..




Sahabat..


Aku rindu padamu..

Terima kasih ku ucapkan kerana sudi mendengar isi hati ini...

Sudi berkongsi masalah denganku..

Sudi menghulurkan tanganmu saat ku membutuhkan mu..

Sudi memberi semangat kepadaku saat ku jatuh tersungkur..

Sudi memberikan bahumu untukku bersandar..

Disaat aku memerlukan kasih seorang sahabat..

Dan sudi mengusap tangisku ketika aku keresahan..

Aku sangat menghargai dirimu sebagai temanku..

Aku rindu untuk mendakapmu selepas selesai solat jemaah..

Saat itu membuatkan aku tahu bahawa,aku bukan keseorangan dalam perjuangan...

Aku bukan keseorangan dalam menempuh dugaan..

Sesungguhnya kamu ada bersamaku untuk berjuang di jalanNya..




Sahabat..

Kita bertemu penuh barokah..

Kita bertemu kerana Allah..

Dan kita berpisah juga kerana Allah..

Dalam jauh dilubuk hatiku..

Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu..

Walau dimana pun kamu berada..

Kamu tetap menjadi penyeri dalam hati ini..

Aku rindu senyummu..

Aku rindu gurau sendamu..

kadang-kadang sukar untukku terima perpisahan ini..

Ttpi aku tahu ini yang terbaik untuk kita sahabat..

Kerana Dia...Dia tahu segalanya...


puisi ini ikhlas dari hatiku..

Wassalam...

No comments:

Post a Comment