Wednesday, May 25, 2011

BelajaRlah untuk MengHarGai...




PengHargaan...
bukanlah suatu perkara yang didamba..
tapi ia sangat perlu..
untuk menguatkan ikatan kita..
kerana suatu penghargaan itu akan membuatkan hidup seseorang itu menjadi indah..
perasaan itu adalah fitrah..kita gembira jika kita dihargai dan disayangi..

Disaat kita ditohmah,kita dihina,kita diperlekehkan..hanya airmata yang menemani..
disaat itu,kita merasakan tiada yang menyayangi kita,tiada yang menghargai kita..Hnya Allah tempat untuk mengadu..
Dan jika ketika itu,ada seorang sahabat datang kepada kita..
memeluk erat,mengusap tangis kita,memujuk hati dan memulihkan semangat kita..
saat itu juga kita merasakan...
hanya dia yang menghargai kita..
rasa syukur tidak terhingga ketika itu..
kerana dikurniakan oleh Allah seorang sahabat yang begitu memahami..
Sesungguhnya..dia datang kepada kita..kerana dia
menghargai kita sebagai sahabat yang pernah hadir dalam hidupnya..
Dan kerana dia juga kita bangun dari rasa kecewa..

Subhanallah..besarnya nilai penghargaan,jika kita fahami..
Belajarlah untuk menghargai seseorang..
kerana disaat kita memerlukan sokongan..
kita tidak keseorangan..berjalan dimuka bumi Allah..
apa yang pasti dan yakin lah Allah sentiasa bersama kita..
dan yakinlah jika kita seorang yang menghargai pasti akan dihargai..


'seek first to understand to be understOod..'





hargailah orang yang kita miliki..dan terimalah seadanya...
*************


Pada suatu hari di sekolah seorang murid bertanya pada gurunya.Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR: cikgu macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?dan macamana juga kasih sayang tu nak berkekalan?

CIKGU: Ok kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandangf rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.Dah petik rumput yang PALING cantik,bawa ke kelas."



Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR: Tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput paling cantik.memang ada banyak tapi cikgu kata yang PALING cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi di penghujung padang,,saya tak jumpa pun yang paling cantik.mungkin diantara yang dibelakang adalah yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumpuy yang boleh saya petik.

CIKGU: Ya itulah jawapannya.maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.kita hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlaku.semoga yang berlalu tidak berulang lagi.Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi.....










hargailah..dan terimalah seadanya..




Wassalam...

No comments:

Post a Comment