Thursday, July 28, 2011

Dilema biDang "sCience" atau "aGama"..

Pernah tertulis dalam diari hidup ku...
aku dilema,ketika berjalan menyusun langkah hidup dan masa depan ku..
setelah aku menamatkan pengajian di maahad..



aku tertanya-tanya, yang manakah pilihan yang tepat,untukku teruskan perjuangan ini??
Ya Allah aku keliru.......
mampukah aku,menyelam ke bidang sains?
atau,meneroka ke dasar bidang agama?

Masih terngiang-ngiang ditelinga ku,kata seorang insan,yang pasti tak kan ku lupakan..

"awak nak ambil bidang sains??...mampu ke??,result macam ni tak boleh pergi jauh ni..tak mampu..."

Insan ini,berkata begini,dek aku mahu bertukar sekolah,dan ingin mengambil aliran sains..
Perasaan aku begitu terguris..

Harapan aku begitu besar untuk ke aliran ini,memandangkan kakak dan abang semua terjun ke bidang ini,minat aku mulai bertunas melalui perbualan mereka.

Air mata ini berderai lagi..

lalu,aku tekad untuk teruskan impian ini..aku tahu impian aku adalah untuk mendalami bidang sains..tapi prestasi aku dalam bidang agama lebih menyerlah..

Dan ketika itu juga,ramai yang berpendapat,selepas mengambil aliran sains,ramai pelajar-pelajar agama berubah..

Aku sama sekali tidak bersetuju dengan 'statement' tu..

memang lah,kalau kita dah terjun ke bidang sains ni,tak ada dah subjek agama..melainkan subjek tambahan..ini tak bermakna aku mahu meninggalkan bidang agama yang aku telah pelajari..

Tapi,bagi aku,semua yang berlaku bermula dari diri kita sendiri...
walaupun seseorang tu ambil bidang sains sekalipun,kalau agama dia dah jadikan fitrah dalam kehidupannya,dijadikan makanan kepada rohaninya,aku pasti dengan sendiri,dia akan mencari sinar agama untuk dirinya...



Dan bagi aku juga "scienCe is Beautiful & Amazing"..

Kalau kita cipta sebuah robot...kita pasti mengetahui sistem dalaman dan pergerakan robot itu..macammana mekanisma dalam robot itu..macammana dia bergerak,bercakap...

Sama juga dengan manusia...Allah ciptakan manusia dengan penuh mulia dan sempurna..
INi menarik minat aku untuk mengetahui lebih dalam tentang ciptaan Allah...
dengan mempelajari ilmu sains bnyak sistem kita akan belajar... tentang manusia,tumbuhan,haiwan dan lain2...

Subhanallah..sungguh hebat ciptaan Allah..
setelah 3 tahun belajar sains biologi,bermula dari tingkatan 4...
Aku akui ciptaanNya tak akan ada tandingannya..

Alhamdulillah,Aku masih berpeluang untuk mendalami Ilmu ini lagi....
syukur dihati ini hanya Allah yang tahu..

Terima kasih Ya Allah kerana dengan izinMu aku dapat teruskan perjuanganku dalam bidang yang aku minati Sarjana Muda Sains (sains biologi)..=) Alhamdulillah...

kadang-kadang pernah juga terdetik difikiranku,ingin juga mengambil bidang agama lebih mendalam..

Iri rasanya dihati ini,bila melihat sahabat-sahabatku,mendapat bidang Usuluddin,Fiqh fatwa..Alquran Sunnah dan lain2,mereka berhujah dengan petah,dengan dalil al-quran nya..hafazannya...Astaghfirullah...terasa kecil diri ini..sedangkan aku..apa yang ada pada diriku...aku malu ya Allah...Aku mudah terlalai Ya Allah...

Aku sentiasa berdoa,agar aku dapat kedua-dua ilmu ini...ilmu agama boleh dicari,jika hati ini menginginkannya..

Ya Allah andai ini jalan hidupku..
permudahkan lah urusan ku..
janganlah Engkau meninggalkan aku..
bersendirian dalam kelalaian...
pimpinlah aku Ya Allah menuju RedhoMu..
Tunaskan dalam hatiku rasa tanggungjawab sebagai hambaMu..
khalifah dibumi Mu Ya Allah..
Walaupun aku memilih bidang ini,aku takkan abai kan ilmu agamaMu..

Berkatilah Aku..
dalam menyusuri jalan hidupku..
Niat aku mencari Ilmu..hanya untuk mengenali DiriMu ya Rabb...

Ampuni aku,seandainya aku khilaf...
sedarkan aku,dengan hidayahMu Ya Allah..

Wassalam.........

No comments:

Post a Comment