Wednesday, September 8, 2010

Balik raya..=)


Alhamdulillah..tepat pukul 11.30 malam aku sampai dirumah dari matrik...huh! penat sungguh,terasa diri ni..tapi ku masih mampu tersenyum, melihat wajah ayah bonda dalam keadaan sihat wal'afiat..tanpa berlengah lagi ku hulurkan tangan ku pada mereka,bersalam dengan mereka..terasa sayu hatiku ketika mengucup tangan keduanya..rasa rinduku terbayar,saat itu..

Tirai ramadhan kian berlabuh..perasaan bercampur baur,sedih,gembira..tapi harapan ku moga bertemu lagi tahun depan..InsyaAllah..

Seronok betul melihat gelagat adik-adik yang lama sudah tidak kutatapi..sungguh girang mereka untuk menyambut hari raya,boleh dikatakan semua benda nak yang baru,kasut,baju,beg..macam-macam karenah mereka..kadang-kadang teringat masa kita zaman kecik-kecik dulu..mesti macam ni jugak..hehe..


Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Menurut Nabi Muhammad SAW Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala...

Wallahu'alam..


Dikesempatan ini,ku ingin menyusun sepuluh jari,memohon beribu kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini..semoga kamu semua sentiasa dirahmati Allah..

Selamat Hari Raya Aidilfiri..







No comments:

Post a Comment