Wednesday, October 26, 2011

Langkahan tanpa henti..

Alhamdulillah...syukur atas nikmat ilahi..
*********************************************
Perjuangan hidup mesti diteruskan..
tiada kata putus asa di dlm islam.."la tai asu min ruhillah.."

Hidup di alam kampus..
kadang-kadang lalai...
kadang-kadang hanyut..
kuatkah kebergantungan kita dengan Allah?
kukuhkah tali persaudaraan kita dengan sahabat2 yang mndekatkn diri mereka kpd Allah?
kadang2 timbul rasa takut..
timbul rasa kesunyian..kesepian..walau hidup di tengah ramai..

Haruskah jiwa kita terasa kosong?
persoalan ini sering berlegar2 di gawang minda ini..
padahal Allah itu dekat dengan kita..
lebih dekat dari urat nadi kita..
Aku sering bertanya kepada diriku..
kenapakah sukar untukku mndapatkan ketenangan sepenuhnya..

Astaghfirullah..
kekadang diri ini terasa jauh denganMU..

ya Qolbi..Allah berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah.Ingatlah (bahawa) dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati. (Surah al-Ra'd ayat 28).

Aku berpesan khas buat diri sendiri dan juga sahabat seperjuangan..
Dekatkanlh diri kepada Allah..
Majlis2 ilmu..Usrah dn kuatkanlah tali persahabatan kita..

moga kita sentiasa dipayungi keredhoanNya..
Ameeen..
Wslm...


No comments:

Post a Comment