Sunday, March 4, 2012

Mencari-cari sinar kebenaran..

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamu'alaikum wbrt sahabat2 semua...moga sentiasa dalam rahmatNya..
_________________________________________________________________________________



Ya Rabbal 'alamin...Alhamdulillah masih lagi diberi nafas iman dan islam..

Semakin jauh ku berjalan..
Semakin jauh aku bermusafir..
Semakin terasa diri ini bodoh..
Semakin terasa diri ini kerdil...

Kerdil sekali Ya Allah...
Kerdil dalam mengenali diri Mu..
Kerdil dalam mendalami IlmuMu..

Aku kekadang cemburu...
cemburu akan orang yang memiliki cinta...
Cinta kepada siapa??
Cinta kepada Sang Penciptanya..
Yang rindunya hanya kepada Yang Maha Esa...

Allah...
Ku tahu...Hidup ini hanya sekadar persinggahan...
Sekadar percaturan...
Sekadar Permainan...

Tapi...
Adakah cukup hanya dengan singggah sahaja??

Atau...Singgahnya dengan membawa pulang sesuatu ke kampung Akhirat...




Aku faham mafhumNya...


1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Pentingnya masa dalam melayari bahtera kehidupan..

Jika diperhati dan mengamati firman Allah diatas..
Demi masa
Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian..
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran...

Disitu Allah menekankan dan menyatakan kecuali orang2 yang beriman dan membuat amal soleh..
merekalah orang yang beruntung..
tapi....
adakah dengan hanya Amal soleh??
kalau macam tu kita je lah yang dapat masuk syurga..
kan??

jadi Allah tak berhenti setakat tu sahaja firmanNya..
sambunganNya...







"dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran."
Dengan kata mudah mengajak sahabat kita turut sama...
tu la namanya DAKWAH..(seru,ajak)

Jadi persiapan kita ke kampung Akhirat..bukan kita seorang sahaja...tapi juga bersama sahabat-sahabat...
jadi jangan jumud sangat..sama2 lah cari kawan2 n ajak ke arah kebaikan..
moga-moga kita semua ada bekalan menuju ke Sana kelak..



"berprinsip jangan jumud..Terbuka jangan hanyut.."

Moga kita saling ingat mengingati..

Wassalam..

Friday, March 2, 2012

kelantan...Negeri termiskin??


Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang.
Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu.




Di negeri miskin itulah,
... ... Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains.
Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba.
Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa.

Di negeri miskin itulah,Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama...






Di negeri miskin itulah,

Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari.
Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah.
Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan.
Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan.
Di negeri miskin itulah,Iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami.










Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan.
Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan.
Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan.
Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mula mengenal tuhan.
Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh terkenal..


I'm pRoud to be Anok kelate..(^^,)

"Ya Allah kami Redha dengan rezekiMu...Biarlah kami miskin asalkan AgamaMu selamat disini..Jadikanlah negeri ini tempat sang miskin beristirehat...kami redha Ya Allah..cukuplah Allah penolong kami.."

jika esok masih ada..

 Jika esok masih ada
Akan ku sujud padamu
Minta diampun semua dosaku
Akan ku kotakan suruhanmu
Sampaikan pada dunia
Biar semua tahu
Islam itu satu!

Jika esok masih ada
Akan ku berikan pada yang meminta
Akan ku laksanakan apa yang tertunda
Niatkan semuanya kerna Dia

Jika esok masih ada
Pasti aku pegang saudara
Tidakkan aku biarkan mereka menderita
Kerana leka terhadapnya

Jika esok masih ada
Tidak ada masa yang akanku sia
Tidak ada hati yang akan ku luka
Tidak ada jasad yang  aku aniaya
Seakan hidup sesaat Cuma

Jika esok masih ada
Akan ku tinggalkan selimutku
Tinggalkan enak tidur malamku
Bersujud kepadamu
Memohon perlindungan darimu ya rabbi!
Namun,
Itu semua jika esok masih ada!

Telah aku siakannya
Peluang sekali Cuma
Hari ini aku sudah melelapkan mata
Dihimpit gelap selamanya
Tiada lagi jika esok masih ada.


Sunday, February 5, 2012

Kesilapan...



Assalamua'laikum sahabat2...sudah agak lama blog ini sunyi dari tulisan dan cerita2 baru..
maaf dipinta andai diri ini khilaf..


Dikala menusuri hari-hari yang kian matang..
Banyak sebenarnya perkara yang mgkin kita sendiri merasainya sempurna..tapi hakikatnya..tidak smpurna pun..


Dalam merasakan kesempurnaan itu..rupanya terlalu banyak silap dan salah kita...


Paling terkesan dihati ini..kita merasakan kita sudah mengenali Rasulullah SAW..tapi bila ditanya sirah baginda..kekadang lidah terkelu untuk menjawabnya..


Bila berbicara soal idola...tanpa rasa malu mnyatakan Rasulullah SAW idola kita...mksud malu disini..tak salah utk menyatakan idola Rasulullah..tapi sejauhmana kita kenal Nabi kita..sejauhmana kita kasih kpdnya..sejauhmana kita menghayati sirahnya???
sme2 renung dn nilai diri msg2..


adakah Sayang kita kpd Rasullulah,setanding dengan kasih sayang Rasulullah terhadap Ummatnya...??
sehinggakan di akhir nafas baginda..."ummati..ummatii.."

Rasulullah bertanya:
"siapakh hamba Allah yg mulia?" 
sahabat mnjwb: "para malaikat ya Rasulullah"
sahabat mnjwb:"tentulah para nabi, merekalah yg mulia" Rasulullah trsenyum lalu bkata: "ya, mereka mulia tp ada yang lebih mulia" 


para sahabat tdiam lalu bkata:"adkh kami yg mulia itu Ya Rasulullah?" 


Rasulullah bkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat dgnku, kalian mmbantu perjuanganku, ttp bkn kalian yg aku maksudkn.. 



Rasulullah mnundukkn wajahnya, baginda menitiskn air mata sehingga mmbasahi pipi n janggutnya lalu bkata...

"wahai shbtku, mereka adlh manusia2 yg lahir jauh stlh wafatnya aku, mereka tlalu mncintai Allah & tahukh kalian..mereka tak penah melihatku, mereka hidup tidak dekat dgnku spt kalian tetapi mereka sgt rindu kpdku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa
AKU SanGaT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU....



Ya Allah rindunya Rasulullah kpd Ummatnya..Smpai ke? tahap ni rindu kita kpd Rasulullah??


Kekadang kita tak nampak disitu silap kita...Ya Allah..rasa malu menyelubungi diri..
Kerdilnya diri ini..bila berbicara soal agama...terlalu banyak lagi,ilmu yg perlu ditimba..


Itulah..hakikat insan, tenggelam dlm kesempurnaan sendiri..


Untuk menghyati perjuangan Rasulullah..marilah bersama kita menghayati sirah baginda..


Moga kita beroleh syafaat disana..=)


P/s: utk rujukan sirah..kitab FiqhulSirah..karangan Syeikh Muhammad Sai'd Ramadhan Al-Buti..semuanya ada 3 jilid..lagi..kitab2 haroqi..ustaz Haron Din..Dengan mndekati sirah nabi,moga kita menyayangi baginda sepenuh hti..walau tak pernah bersua...=)


"mencari sinar hakiki"





Thursday, November 10, 2011

cinta,jodoh dan takdir..


Alhamdulillah syukur kehadratNya...
****************************************************************
Macam tak percaya..tiba-tiba je hati ini,terdetik untuk menulis tinta tentang 'cinta'...hmm..tak tau lah..kadang2 saya sendiri keliru...ingin tahu apa itu sebenarnya cinta...


Banyak cerita tentang cinta pernah saya dengar..
tapi kadang2 timbul rasa pelik..hmm..*smbil menggaru2 kepala*


Ramai yang meminta pendapat tentang cinta pada pendapatku.......
Aku kadang terkelu andai bersoal tentang cinta...
cinta manusia...cinta dunia...


Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.(16:107)



Aku keliru....
Mungkin juga aku tak pernah jatuh cinta..membuatkan lidahku terkelu membisu..


Apa yang boleh ku katakan..
Mengikut apa yang diamati dan diperhati jua didengari...


Sesungguhnya,perasaan cinta itu hadir tanpa diundang,
apabila ia bertamu,itu bukanlah suatu dosa bagimu...kerana Aku faham MafhumNya..


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(3:14)




Sesungguhnya,perasaan cinta itu adalah sangat indah..
Jika ia diletakkan pada yang halal..

ada yang bertanya,berdosakah jatuh cinta kepada lelaki/wanita??
pastinya tidak..
Jika perasaan itu hadir dalam hatimu..
Alhamdulillah harus didahulukan..
kerana perasaan fitrah itu telah sampai kepadamu..
Tetapi perlu lah diselitkan selepas itu Nau'zubillah..
Kerana takut terlalai dengan perasaan kasih sayang yang Allah anugerahkan kepadamu...

Sungguh indah nikmat Allah kan?
kadang2 timbul rasa takut...
Takut tenggelam dalam cinta manusia..

Jika kamu merasakan cinta itu datang kepadamu..
maka pendamlah rasa itu.. jika ia belum sampai masanya lagi..

Kerana..." sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hinnga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang shahid." (riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami, dan lain2) dalam riwayat lain pula maksudnya: " sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia mmelihara ksucian drinya dan bersabar hingga meningggal dunia, maka dia adalah seorg yg shahid." cinta yg bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila ia di susuli dgn tindak-tanduk yg tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah... petikan dr: Pemilik Cintaku Setelah Allah n Rasul (fatimah syarha mohd nordin) 

Tapi kalau kata tak pernah.. itu dusta ,
kerana cinta itu fitrah,disusuli dengan nafsu,maka mudah lah ia terpaut..Na'uzubillah..




Jika dianalogikan dua ketul batu,
jika tak digeserkan antara keduanya,
ia tak kan mengeluarkan percikkan api..
tapi apabila keduanya digeserkan..? pastinya ada percikan api..


Sama juga dengan manusia..
jika keduanya meluahkan perasaan itu,bukan pada masanya..
ia akan disusuli dengan nasfu yang membara..


Maka bermula lah kisah cinta...
Cinta yang tidak tahu mana hujungnya..
Mungkin juga terputus ditengah jalan..


Tetapi pada mereka yang menghadapi keadaan ini..
moga kekal ke akhirnya..
Tetapi perlulah sangat menjaga...
Kerana ia mungkin mengganggu Hablumminallah..
Terlalu tinggi risikonya..
Nilai cinta kita kepada Allah itu..adakah 'pure'..??
Atau..kadang2 solat rasa kurang khusyuk dan terganggu, kerana rindu kepada si dia..


Moga sahabat-sahabat kuat menghadapi ujian ini..
Kerana ujian ini,mungkin sukar.. tak kira pada sesiapa pun..
mahupun ustaz,ustazah...


Dan aku,terus disini,menjadi penunggu setia kepada yang halal bagiku..
Doakan juga moga diberi kekuatan..
untuk menjaga hati ini..
jika difikirkan tentang 'cinta'..rasa tersangat takut..
takut lalai dengan cinta manusia..sehingga terabai cinta Allah..
yang pastinya HAKIKI...Nau'zubillahiminzalik..


P/s: Moga post kali ni,bleh menjadi nasihat kepada diri sendri dan juga sahabat -sahabat..seMoga kita sentiasa dalam Rahmat dan RedhoNya..kerana sesungguhnya seseorang manusia itu takkan pernah sempurna..dan tidak lari dari membuat kesilapan..


Wassalam...=)



Wednesday, October 26, 2011

Langkahan tanpa henti..

Alhamdulillah...syukur atas nikmat ilahi..
*********************************************
Perjuangan hidup mesti diteruskan..
tiada kata putus asa di dlm islam.."la tai asu min ruhillah.."

Hidup di alam kampus..
kadang-kadang lalai...
kadang-kadang hanyut..
kuatkah kebergantungan kita dengan Allah?
kukuhkah tali persaudaraan kita dengan sahabat2 yang mndekatkn diri mereka kpd Allah?
kadang2 timbul rasa takut..
timbul rasa kesunyian..kesepian..walau hidup di tengah ramai..

Haruskah jiwa kita terasa kosong?
persoalan ini sering berlegar2 di gawang minda ini..
padahal Allah itu dekat dengan kita..
lebih dekat dari urat nadi kita..
Aku sering bertanya kepada diriku..
kenapakah sukar untukku mndapatkan ketenangan sepenuhnya..

Astaghfirullah..
kekadang diri ini terasa jauh denganMU..

ya Qolbi..Allah berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah.Ingatlah (bahawa) dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati. (Surah al-Ra'd ayat 28).

Aku berpesan khas buat diri sendiri dan juga sahabat seperjuangan..
Dekatkanlh diri kepada Allah..
Majlis2 ilmu..Usrah dn kuatkanlah tali persahabatan kita..

moga kita sentiasa dipayungi keredhoanNya..
Ameeen..
Wslm...


home!!


Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi...
*************************************

sudah lama tidak ku menulis tinta buat sahabat-sahabatku..maaf andai diri ini khilaf..
Alhmdulillah..setelah hmpir 2 bulan hidup di kampus..
saya pulang menimba kembali semangat yang hampir kering..
buat bekal untuk kembali ke sana lagi..
mungkin begitulah kehidupan dalam perjuangan..

Bila menatap wajah ibu ayah..
hilang semua beban..
hilang semua duka..
hilang semua masalah..
sungguh tenang melihat wajah ibu..
yang melahirkan 14 zuriat..
sungguh besar pengorbanan ibu..
sungguhnya,aku pun belum tentu mampu menjadi macam ibu..

sweet hOme..
wslm..