Sunday, April 25, 2010

menagih kasih dihamparan suci..


terkadang kita leka dan lalai kehidupan yang begitu indah ini..sedangkan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita,sudah cukup untuk kita menyatakan cinta kepadaNya...tapi itulah yang dinamakan manusia..manusia yang tidak pernah merasa Qanaah dengan apa yang dianugerahkan olehNya..subhanallah..begitu kerdilnya kudrat insani..baru diuji oleh Allah sedikit,sudah rebah tak mampu berdiri..lemahnya diri,baru saja bayu dunia menyapa pipi sudah melayang tak sedarkan diri..baru saja diuji dengan seorang lelaki atau wanita,iman sudah bisu menyepi..nafsu kawal diri..lemahnya diri..asyik ketawa tak kering gusi,lupa menangis mengingati mati...sungguh kecil kudrat seorang insan kan?

kekadang hati ini merintih..kenapa begitu sukar untuk tetapkan iman...bila nafsu dah mengisi ruangan hati kemana iman merajuk pergi?...ya Allah...sungguh sukar untukku mengucapkan dengan kata-kata...

ku menagih kasihMu ya Allah..dihamparan suci ini ku memohon maghfirohMu..sungguh,teringin sekali ku menjenguk syurgaMu..kerana aku tahu insan sepertiku tidak layak ke syurgaMU..

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini


hanya padamu ku mohon keampunan...kekadang kita semakin jauh dengan Allah..kenapa?? tanyalah hati,kemana iman merajuk pergi..kenapa nafsu dirajai?rendahkah martabat kita mudah benar dikalahkan dengan nafsu..?

ku seru kepada diriku dan sahabat-sahabat..bangunlah mencari TuhanMu..hanya inilah satu-satunya jalan ketenangan yang hakiki...kebahagiaan yang abadi..begitu murah pahala yang Allah tawarkan..kenapa hati masih ego dan keras untuk menerima simpati daripada Pencipta kita sendiri??

Allah masih memberi nikmat kepada kita ..walaupun kita sering lupa padaNya..Alhamdulillah...ya Allah kami amat memerlukankan Mu,setiap detik,setiap saat,kami hanya menagih kasih sayangMU..walaupun kami tahu bahawasanya Engkau tidak pernah perlukan kami..Ya Allah..rahmatilah ibubapa kami..kurniakanlah mereka hati yang tenang,kesihatan yang baik,ampunilah dosa-dosa mereka..juga sahabat dan guru kami semoga mereka juga terpilih dari kalangan orang-orang yang syahid dijalanMu..

WassaLamm..=)

Saturday, April 10, 2010

Tip 10 K Dalam Persahabatan


Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 ‘K’ yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

“Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!”

10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan...

“Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?”.

semoga kita sama-sama dalam redhoNya..wassaLamm......

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah


Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam kehidupan...

WassaLam.........

Wednesday, March 31, 2010

kelaHiran membawa 10o1 makna buat se0rang insan...


sedarlah wahai insan..kita berasal daripada cantuman kasih sayang ibubapa kita....semasa kita dalam kandungan ibu..kita begitu rapat dengan ibu,berkongsi segalanya,menagih kasih hanya darinya...tapi apabila kita sudah dewasa...adakah bermakna kita boleh derhaka kepada ibu kita??
Subhanallah..sungguh besar pengorbanan ibu kepada kita...kemana-mana sahaja kita dibawanya..hanya ibu yang merasakan keperitan itu..

pernahkah kita menyatakan sayang kita kepada ibu?? ibu...kau ampunilah dosaku,andainya telah menghiris hatimu..kudusnya kasih yang engkau hamparkan..bagaikan lautan yang tak bertepian..

ibu..terima kasih kepada mu kerana sanggup bertarung nyawamu demi melahirkanku..insan yang kerdil lagi hina...kudoakan agar ibubapaku dilimpahi rahmatNya..Ya Allah..ampunilah dosaku dan kedua ibubapaku..sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi..mendidik..mengasuhku dari kecil hingga ku dewasa..

Akan ku balas jasamu ayahanda dan bonda.............

waSSALAmm............

Monday, March 22, 2010

HaRga SebuaH keMenanGan...













Saban hari kita memburu kemenangan...
Meniti sebuah jalan perjuangan...
Bercerita soal taqwa dan iman...
Membina segala macam kekuatan..
Mencipta segala bentuk kehebatan...

Kemenangan sesuatu yang dicari bukan dinanti..
Ia mendatangi setelah ia didatangi...
Jika ada yang menang akan ada yang kalah..
Ia tidak abadi dalam dunia yang bakal musnah...
Kerana ia kekal dalam alam yang menanti...
Bagi mereka yang mencari..

Jika kita yang miliki kemenangan..
Untuk apa ditakuti kegagalan?
Untuk apa dirisaukan kekalahan?
Bahkan kita mengharapkan akan turunnya bantuan..
Berupa sebuah kemenangan..
Bererti ia milik Pemilik alam maya..
Ia milik Yang Memiliki Kekuasaan..

Harganya luar biasa..
Kerana nilainya tidak terbanding..
Usaha kita hari ini belum tentu..
Menjamin kemenangan hari esok
Kerana ia milikNya.


WassaLamm...

BeraKhirnya Kembaraku Di Bumi Maahad..






















" Bukan mudah untuk mengumpul gumpalan awan..membentuk hamparan yang indah.."

kata-kata ini masih utuh dalam ingatanku..ia terpahat di buku rekodku yang di tulis oleh cg jack(guru kelas)..tersenyum sendirian aku bila mengenangkan pahit manis bersama cg jack..Seorang guru yang sangat tabah dalam mengharungi liku kehidupannya...masihku ingat,pernah aku dan sahabatku di 'reject' selama seminggu dari kelas addmath beliau,kerana kami tidak masuk waktu kelasnya untuk menghadiri mesyuarat..,betapa gusarnya hati kami sehingga kami tidak dapat menahan titisan airmata yang jatuh kepipi..kami segera ke biliknya untuk memohon ditarik balik dendanya..tetapi pujukan kami hanya sia-sia..lalu Sahabatku ke kelas penganjur mesyuarat,dan menerangkan apa yang terjadi..sungguhku tidak sangka setelah para penganjur itu bertemu mata dan berunding dengan cg..denda ditarik balik..huh...kami menarik nafas lega..Alhamdulillah..Jika difikirkan sejenak itulah memori yang mungkin sukar dicari,walaupun saat itu hanya sebak yang menghantui..

ku kayuh sampan kehidupan ini..hanya berteraskan iman dan taqwa yang mampu menstabilkan kayuhan ku...SPM mulai tiba dengan 1001 persoalan..kami sahabat..bertungkus lumus 'study' apa yang perlu..subjek sains sungguh mencabar keimananku..terutama addmath..Namun,aku kagum dengan persahabatan yang dianugerahkan olehNya..saatku kurebah,ada yang hulurkan tangan..saatku hilang semangat ada yang menghembuskan azimat..

Alhamdulillah..selesai sudah kami menduduki 'SPM exam'...susah senang kami lalui bersama..terungkai sudah untaian yang tersimpul selama ini..Namun,kembara kami di bumi MMT belum lagi tamat..Kami meneruskan langkah kami dengan mempelajari ilmu STAM..Langkahan kami kian lemah..tenaga yang ditimba sudah cetek..kami berhenti..tapi bukan beerti berhenti selamanya..tpi berhenti sekadar untuk menimba kembali tenaga kami..untuk kami teruskan perjalanan kehidupan masih terlalu panjang..

'STAM...'aku mula jatuh cinta denganmu..walaupun pembelajarannya sungguh rumit..tapi ia membekalkan suatu bekalan ilmu yang sangat hebat dan cukup indah..pada awalnya aku berkesempatan belajar madah-madah STAM..ternyata banyak perkara yang ku pelajari..dan nikmatnya terlalu besar..bersesuaian dengan firman Yang Maha Esa.."sesungguhnya,jika kamu ingin menghitung nikmatKu..nescaya tidak kan terhitung"...sungguh indah kejadianNya..

Tatkala dalam dilema STAM...langkahku terpaksa ku hentikan..pengembaraanku di bumi Maahad kian tamat..kerana ada sesuatu hal yang lebih memerlukan aku..terasa sebak didada untuk meninggalkan bumi maahad yang sungguh barokah ini..Aku terus memujuk jiwa dan rohku..agar akan ada sinar yang mendatangiku..

Benar..kadangkala kita perlu berkorban demi kepentingan yang lain..agar sama-sama merasakan erti sebuah kehidupan..pengalaman,ujian dan pengajaran..itu semua mampu mematangkan kita...kerana kadangkala kita tidak sedar bahawa Allah SWT mendatangkan ujian untuk mendidik jiwa..mematahkan nafsu.. serta menyedarkan kita bahawa kehidupan ini bukan milik kita..tapi hanyalah pinjaman sementara daripadaNya..

Berat hati ku untuk melakukan semua ini..namun cukuplah azimat yang ku bekalkan menjadi sumber kekuatan..saat itu,tak jemu ku meratib asma' yang Esa..kerana hanya itu jalan ketenangan..

Walau apapun terjadi,hakikatnya bumi maahad ini perlu ku tinggalkan jua..lambat atau cepat..itu sudah menjadi adat pertemuan.."setiap pertemuan akan pasti ada perpisahan..." ku berdoa agar sahabat-sahabatku yang masih meneruskan kembaranya di maahad,semoga mereka bahagia selalu..dan semoga kita dapat bertemu lagi dalam suasana yang indah seperti dulu..

ku akhiri..."Selamat berjuang sahabatku..semoga Allah berkatimu..kenangan indah bersamamu tak kan kubiar ia berlalu....''

SayoNara buMI maaHad..........ikhlas dariku..

WaSSalaamm...........

Sunday, March 21, 2010

Tips Menghafaz Al-Quran...






Sebenarnya menghafal al-Quran ni bukanlah sukar sangat,yang penting kemahuan dan cita-cita mengatasi segalanya.


1-BETULKAN NIAT


Ramai orang yang menghafaz al-Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita yang menghafaz al-Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar untuk meluluskan diri dalam peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al-Quran. Sebenarnya, kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih keredhaan ALLAH, semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,amin.


2-ISTIQAMAH

Setiap ibadat itu, perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dalam penghafazan al-Quran, istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat. Tanpa istiqamah, PERCAYALAH, hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja. Para penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz al-Quran kemudian diabaikan sehingga lupa. Sebagai contoh, istiqamah dalam muraja'ah atau mengulang sejuzuk sehari,insyaALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.


3-BERAMAL

Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi penghafaz cemerlang. Setiap ayat mestilah difahami maknanya dan diteliti takwilnya agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syariat. Sebahagian ayat al-Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan kemungkaran. Oleh itu ,berpeganglah dengan apa sahaja yang diperintahkan al-Quran, mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.


4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN

Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman (yang juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hafazan agar tidak mengalami kesilapan.
Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk membetulkannya.Tetapi jika selalu diperdengarkan kepada teman-teman insyaALLAH kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat di ingatan.


5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN

Mungkin ini pelik bagi orang biasa, namun tidak pelik bagi penghafaz al-Quran.Tabiat suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita. Ia akan memeningkan kita dari segi mengingati struktur ayat, kerana setiap al-Quran mempunyai pelbagai saiz. Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan sebagainya. Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya, kita mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafazan kita benar-benar kukuh dan bersemadi di hati. Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat, ia juga akan menjadi berkat.


6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI

Bagi memantapkan hafazan, kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari, jangan sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melunturkan hafazan sedikit demi sedikit. Kata seorang ulama', sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninggalkan kita, seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula, apatah lagi jika meninggalkan sebulan, maka setahun jadinya. Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al-Quran. Jadikanlah ia sebagai pedoman agar kita tidak meninggalkan muraja'ah.


7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT


Mengulang hafazan didalam solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz. Jangan biasakan diri membaca ayat-ayat lazim sahaja, biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dalam solat. Ini akan mengukuhkan lagi ingatan hafazan kita, kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran ditangan,dan akan menjadi khusyuk di dalam bacaan dan berusaha untuk membacanya dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan buat huffazul Quran agar membiasakan diri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat dari yang mengulang dengan al-Quran ditangan.

Sebagai panduan yang bukan sahaja untuk semua malah para hamlatal Quran lainnya. Sesungguhnya nikmat kemanisannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.


Sumber :
Forum tips..www.iLuvislam.com


WassaLamm..