Friday, August 26, 2011

Amal aTau Rahmat..??

Assalamu'alaikum...
---------------------------------------------------
syukur ku panjatkan kepadaNya dan kerana RahmatNya juga,aku disini,terus mencoretkan tentang suatu fitrah kehidupan seorang insan.

Alhamdulillah,sepanjang bulan Ramadhan ini..Allah mengizinkan dan masih lagi memberikan aku peluang untukku memetik buah delima segar dan cukup manis di ladang Ramadhan ini..diberikanNya kesihatan yang baik,minda yang sihat serta sebuah kehidupan yang cukup bahagia...

Itulah dinamakan Rahmat dan Nikmat Allah...seluas lautan tak bertepi...

Ada suatu ketika,apabila adikku mengingatkan ku tentang rahmatNya..
"tin,ada seorang ustaz,pernah menyatakan bahawa masuknya seseorang itu kedalam syurga kerana Rahmat Allah,bukan kerana Amalnya.."

tapi mesti ada orang akan menta'wil,kalau macam tu tak payah buat amal pun takpe..kan?memang la,kita msuk syurga kerana rahmat Allah..bukan kerana Amal kita..tapi apakah kita lupa bahawa kita adalah seorang khalifah dibumi Allah,penuh dengan tanggungjawab.. "Firman Allah dalam surah Adz-Zaariyat : 56, maksudnya,"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."

kita perlu beramal ibadah kepada Allah kerana itu tanggungjawab dan tujuan hidup di dunia ini, namun yang memberi keizinan untuk seseorang itu masuk ke dalam syurga hanyalah Allah semata-semata. Itulah rahmat Allah...atau dalam kata yang lebih tepat..kunci syurga itu adalah RahmatNya..tapi untuk mendapat Rahmat itu,adalah dengan amalan...





Telah terpatri janji kita dengan Allah sewaktu kita dalam kandungan ibu kita..dan ketika itu juga Allah menghembuskan Roh..Adakah kita lupa??

Jadi jangan mudah berasa bangga dan riak di dalam hati dengan amal kita..Janganlah kita melakukan sesuatu amalan sekadar untuk mendapat “fadhilat” atau pahala dari amalan tersebut. Tetapi beramallah kerana untuk mendapat rahmat Allah SWT.


suka saya bawakan satu cerita..yang mungkin memberikan pengajaran kepada kita semua..=)







Muhammad bin Almunkadir dari Jabir r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. keluar kepada kami dan bersabda: "Malaikat Jibril tadi datang kepadaku dan berkata:
"Ya Muhammad, demi Allah yang mengutuskan mu sebagai nabi yang besar,
sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama lima ratus tahun diatas sebuah bukit yang lebar panjangnya tiga puluh hasta kali tiga puluh hasta dan dikelilingi oleh laut seluas empat ribu farsakh dari tiap penjuru, disitu Allah s.w.t. mengeluarkan sumber air yang segar selebar satu jari dari bawah bukit, juga pohon delima pada tiap hari berbuah sebuah delima, maka bila siang hari turunlah orang itu untuk wuduk dan memetik delima, lalu dimakannya, kemudian berdiri sembahyang dan ia minta kepada Tuhan supaya dimatikan dalam sujud, dan supaya badannya tidak disentuh bumi atau lain-lainnya hingga bangkit dihari kiamat sambil sujud, maka Allah s.w.t. telah menerima permintaannya, kerana itu tiap kami naik turun dari langit selalu melaluinya ia sedang sujud.

Jibril berkata: "Kami dapat dalam ilmu, bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. , lalu Allah s.w.t. menyuruh: "Masukkanlah hambaKu itu kedalam syurga dangan rahmatKu." Maka berkata orang itu: "Dengan amalku." Maka Allah s.w.t. menyuruh Malaikat supaya menghitung semua amalnya dan nikmatKu iaitu nikmat melihat (penglihatan), tiba-tiba nikmat penglihatan itu telah mengelilingi ibadatnya selama lima ratus tahun, sedang nikmat-nikmat Allah s.w.t. yang lain-lainnya belum. Maka Allah s.w.t. berfirman: "Masukkan ia kedalam neraka." dan ketika ditarik menuju keneraka, ia berkata: "Masukkanlah aku kedalam syurga dengan rahmatMu."

Maka Allah s.w.t. berfirman kepada Malaikat: "Kembalikanlah ia." Lalu ditanya oleh Allah s.w.t.: "Hambaku, siapa yang menjadikan kau daripada tidak ada?" Jawabnya: "Engkau Tuhan." Lalu dutanya: "Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?" Jawabnya: "Dengan RahmatMu." Lalu ditanya: "Siapakah yang memberi kekuatan kepadamu untuk beribadat lima ratus tahun?" jawabnya: "Engkau Tuhanku." Lalu ditanya lagi: "Dan siapakah yang menempatkan kau diatas bukit dan ditengah laut dan mengeluarkan air segar yang tawar dari tengah-tengah laut yang masin getir dan menumbuhkan buah delima tiap pagi, padahal buah itu hanya berbuah satu tahun satu kali, lalu kau minta kepadaKu untuk mati sujud, siapakah yang berbuat itu semua?" Jawabnya: "Engkau Tuhanku." Firman Allah s.w.t. : "Maka semua itu dengan rahmatKu." Malaikat Jibril berkata: "Segala sesuatu terjadi dengan rahmat Allah s.w.t.."


Hakikatnya,kita semua memang tidak layak masuk ke syurga Allah kecuali dengan rahmat Nya. Kita tak akan mampu ke syurga kerana amalan baik yang kita lakukan. Sebanyak manapun amalan baik kita, itu bukan sebab untuk kita layak masuk kedalam syurga.

Rasulullah SAW sendiri di dalam sebuah hadith, mengakui bahawa baginda sendiri tidak akan dapat masuk ke syurga kecuali dengan rahmat Allah SWT.

Kita?

Segala amalan dan kepatuhan kita pada perintah Allah di dunia ini belum dapat membalas nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, walau pun nikmat ‘sebiji mata’ yang Allah berikan kepada kita.

Sebab itu janganlah kita sesekali merasakan diri kita ini terlepas dari kemurkaan Allah SWT, walaupun kita telah berusaha menjauhi segala dosa-dosa besar dan meminimakan dar melakukan dosa-dosa kecil...


sentiasalah memohon rahmat Allah...
sama-samalah kita..=)

wassalam....

Monday, August 15, 2011

Ya Rasulullah...

Assalamu'alaikum wbrt...
--------------------------------------------
Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah..

Semalam saya sempat menonton rancangan realiti Arab berjudul "Lau kana baina na" kat Tv Alhijrah..

Rancangannya membuka mata masyarakat seandainya Rasulullah masih ada bersama kita..
Pelbagai aktiviti yang mereka rancangkan,untuk menguji masyarakat..episod yang sempat saya lihat semalam,pihak krew menjatuhkan buah-buahan,dan melihat reaksi masyarakat setempat..ada yang tengok saje...ada yg buat tak tahu..dan ada yang kutip..

lihat video ni...



bagus sangat kalau kita saling ingat mengingati..Rancangan ni mampu mengingatkan diri ini yang hanyut dibuai arus dunia....

"fazakkir fainnazikro tanfa'ul mukminin.."

Akhir kalam...hayatilah video ni...


rasa macam rindu sgt kat Rasulullah..Sayu je lagu ni kan? sebak dada ni..rs mcm nk nangis..=(

Salam rindu buat Rasulullah SAW...

wassalam...


AKAN KUTERUS KETUK PINTU TUHANKU...




akan kuterus ketuk pintu tuhanku...
menangis dan mengadu....
tentang dunia yang penuh sendu ...
di kala mata-mata sedang lesu beradu...
akan ku seru namamu...
di penjuru waktu yang sunyi dan sayu...

akan ku terus ketuk pintu tuhanku...
sekalipun tangan ku penuh debu...
sedang pintu itu seputih susu dan salju...
kerana ku tahu..
tuhan tidak pernh menghalau tamu...
yang datang bertemu dan menyeru....
sekalipun dosa memenuhi angkasa...
namun keampunanNya meliputi segala....

akan ku terus ketuk pintu tuhanku...
tanpa jemu, tanpa malu ...
selagi ku memanggilNYA, DIA MAHA TAHU..
aku hanya seorang hamba ..
ada doa, ada pahala..
namun DIA YANG MAHA MULIA,
limpahan kemaafan tiada tepian ...
kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN...
sedangkan aku insan penuh kedaifan...

akan ku terus ketuk pintu tuhanku...
mengadu dalam sayu dan sendu...
merintih tentang dunia yang letih...
janganlah aku DIKAU sisih ..
dari kurniaan nikmat kasih..
diri yang kotor pohon dibersih..
terimalah istighfar dan tasbih...



karya Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

.

Friday, August 12, 2011

Insan Agung pilihan Allah...

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah..yang mengizinkan jari jemari ini menulis tinta ini..

Disini, teruja saya ingin bawakan kisah Rasulullah SAW..yang menjadi idola kita semua..insan agung pilihan Allah...

Anas bin Malik r.a berkata:"suatu hari, zahir- seorg lelaki kampung (badwi),memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah SAW..Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang..Baginda berkata kepada sahabat lain.." Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.."

Rasulullah SAW sendiri menyenangi Zahir,walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan..

Suatu ketika,Rasulullah SAW menghampiri Zahir yg sedang menjual barang dagangan..Baginda terus mendakap Zahir dari belakang.. Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pu berkata.."siapa ini? Lepaskn aku"Setelah itu,Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya adalah Rasulullah SAW..

Dengan itu,Zahir terus membiarkan agar dapat didakap oleh insan Agung ini..kemudian,secara bergurau Rasulullah berkata,"siapakah yang hendak membeli budak ini..?"

(Riwayat tarmizi & Ahmad)

Andainya Rasulullah Masih Ada.......
ingin sekali mendengar gurauannya.....
subhanallah..
Rinduku padamu Ya Rasulullah akan ku semai menjadi pohon yang indah yang subur..
Agar rinduku padamu tidakkan pudar..InsyaAllah..

Wassalam.....

Tuesday, August 2, 2011

Rintihan.........



silalah dengar..=)jap2..tapi kene off dlu lagu kat bawah..=)mf bt susah je...=)


selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
Semoga Ramadhan kali ini memberikan suatu impak yang besar di singgahsana Qalbu kita...

Ramadhan bertamu lagi...
bagaikan musim bunga...
sungguh indah...
Dia datang ibarat jualan murah..yang ditawarkan OlehNya...
Tapi...
Dimanakah kita....??
adakah hati kita juga turut meraikan kedatangan bulan mulia ini..
bulan kerahmatan..bulan keampunan...

Semoga kita dpt beristiqomah dalam beribadah...
wassalam..............

Thursday, July 28, 2011

malaikat IzRail juGa akan maTi........



Setiap makhluk akan rasai kematian apabila tiba masa

ADAKAH malaikat Izrail juga akan mati? Adakah syaitan dan iblis juga mati? Siapa pula yang akan mencabut rohnya?

Ab Karim,

Kluang, Johor.

Setiap yang bernyawa tentu akan mati. Menurut Ahli Sunnah, mati itu satu perkara yang wujud dan dijadikan, malah dapat dilihat.

Oleh itu, mati adalah salah satu daripada makhluk Allah SWT. Dengan sendirinya mati itu dijadikan oleh Allah SWT. Kematian itu adatnya menyebabkan terpisahnya roh daripada jasad, dan pada hakikatnya yang memisahkan roh daripada jasad itu adalah Allah SWT.

Bagaimanapun, secara majaznya, kerja mencabut nyawa sudah ditugaskan oleh Allah SWT kepada malaikat maut, Izrail. Malaikat maut itu mempunyai ramai pembantu daripada kalangan malaikat yang ditugaskan untuk menyempurnakan tugas ini.

Kadangkala mencabut nyawa itu disandarkan kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Zumar ayat 42 dengan firman-Nya yang bermaksud: “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya ketika matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan…”

Namun, kadangkala kematian itu disandarkan kepada malaikat maut seperti dalam surah al-Sajadah ayat 11 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh malaikat maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)…”

Adakalanya juga, urusan mengambil nyawa itu dijalankan oleh malaikat pembantu yang ditugaskan untuk mencabut nyawa seperti dalam surah al-An’am ayat 61 yang bermaksud: “Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia dimatikan oleh malaikat Kami, dan malaikat Kami itu tidak lengah terhadap tugasnya.”

Bagi pembaca sekalian, jika kita sudah memahami bahawa setiap jasad itu pasti akan merasai mati, maka dengan sendirinya semua kalangan malaikat termasuk Izrail sendiri akan mati.

Begitu juga iblis dan syaitan juga semuanya tidak terlepas daripada kematian. Haruslah kita yakini bahawa kerja untuk mencabut nyawa itu, amat mudah bagi Allah SWT melakukannya, ataupun malaikat maut itu juga boleh mencabut nyawanya sendiri.

Semua ini tidak mustahil berlaku. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa malaikat maut itu akhirnya akan mencabut nyawanya sendiri dengan penuh kehalusan, tetapi kesakitan yang dirasakan tidaklah pula digambarkan.









wallahu'alm.........

Allah...aku hanya Insan biasa...

******
Aku menunggu nombor giliranku ke kaunter seterusnya..penat sudah terasa diri ini dari pukul 8 pagi aku menguruskan pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan berdekatan...

Aku melihat jam ditanganku..tepat pukul 10.30 pagi..2 jam setengah sudah berlalu..
dan ini adalah last kaunter..Alhamdulillah..jap lagi bleh makan dan rehat.."bisik hatiku..kerana perut dh berkeroncong..

TiiingtOOng!! nombor 35...
"eh,nombor aku.."bisikku...aku bergegas masuk..
di dalam bilik itu masih ada seorang pesakit..makcik yang agak berusia umurnya..

lalu Doktor itu memanggil aku...

Dr : Assalamu'alaikum...
Aku: waa'alaikummussalam wbrt...
Dr : awak nak ke mana??
Aku:UMT..(sambil memberikan senyuman)
Dr : UMT tu ape?? saya tak kenal UMT! tak ada masa zaman saya! lain la kalo U yang dah memang terkenal...

****
Aku tersentap..agak terguris dihati ini..ya Allah aku hanya insan biasa..yang memerlukan sokongan dariMU..

lalu aku menyambung..
****
Aku: Universiti Malaysia Terengganu..(senyum dalam duka)

******
Dr itu hanya mengangguk..
Didalam borang itu,ada 1 page yang memang aku terlupa nak tandakan..disitu tertulis perakuan pemohon..

Ya Allah aku terlupa...
*****
Dr: ni...kenapa tak isi halaman ni..sinikan dah tulis perakuan pemohon! awak ke saya nak masuk U??nak kata tak reti,dah nak msuk U,nak kata nyanyuk,tak tua lagi...ishhh..

lantas,sampuk seorang abang yang membawa maknya yang sakit.."alah dr..first time,nervous kot.."guraunya..

Dr: first time?? semua orang masuk U first time...

aku terkedu..hati mulai menangis atas kesilapanku...hinanya aku rasa Ya Allah...

Namun,aku masih tersenyum..aku membisu tanpa kata..Dr itu terus menandatangani borang2 itu..

lalu berkata.."dah siap! awk boleh balik.."

Aku,mengangguk,dan menghadiahkan senyuman yang amat menyakitkan bagiku..
lalu keluar dari bilik itu..

Aku menelefon kepada ma,supaya datang mengambilku,kerana tadi dia yang menghantarku...
mama ku sampai..aku masuk dan terus menyepi di dalam kereta...

Apabila,hampir sampai dirumah,aku bersuara.."ma...patut ke seorang doktor melemparkan kata2 kasar kepada patient nya??.."

Aku berkongsi rasa kecewa aku,dengan insan yang aku kasihi..yang tiada gantinya..

Setelah ma,memberi kata2 semangat..aku tersenyum kembali..
Terima kasih ma..kerana masih lagi memberikan sepenuhnya kepercayaan mama kepada ku..
Aku pasti akan belajar bersungguh-sungguh lagi...InsyaAllah..=) demi ibu bapa ku...

kejadian ini pasti ada hikmahnya..Aku bagaikan terhantuk..sedar..siapa diriku..tak sehebat seorang doktor...tapi,akan ku jadikan kata2 itu sebagai pengeras semangatku..utkku terus melangkah lebih jauh...

Ya Allah...hati ku selalu mengucapkan kta2 ini...
Pelangi yang selalu aku tunggu itu sudah kelihatan Ya Allah...
terima kasih Ya Allah...
Aku tahu, bahawa Engkau lebih tahu ini lah jalan yang terbaik buat ku...

Aku kan teruskan perjuangan ini...
DemiMu..
KekasihMu...
Ayah dan Ibu ku...

Syukran Ya ALLAh!!!
aku hanya lah insan biasa...
yang sentiasa menagih kasih dari MU...

WAssaLamm...............