Dalam gelap ku tercari-cari.. Dimanakah sinar dalam hidupku..
Dan ketika itu Allah hadiahkan aku sebuah kebahagiaan..
Yang mampu memecahkan kesunyian hidupku..


Walau tak pernah ku lihat wajahmu..


Sahabat.. perjuangan tidak akan berErti tanpa sebuah pengorbanan... Ku masih menanti penghujung jalan yang masih terlalu panjang... Ya Rabb pimpinlah daku dalam menusuri jalan ini....
Dalam gelap ku tercari-cari.. 



Sahabat..
Bila mengenangkan kehidupan..mesti ada masalah yang kita hadapi setiap masa..tak kira kita sebagai student,pekerja,ibubapa,anak,menantu dan lain-lain..
Terleka dirinya sebentar apabila menatap gambarnya ketika masih berada di bangku sekolah. Dilihatnya tulisan di belakang gambar kelasnya tersebut.
* * * * *
* * * * *
Peperiksaan percubaan SPM telah pun berlalu, kini keputusannya sudah diedarkan kepada murid-murid. Kelas 5 Kejuruteraan Awam juga merasa bahangnya.
Kelihatan Zinnirah sedang termenung sambil memikirkan keputusannya yang tidak seberapa. Dikerlingnya kertas peperiksaan percubaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris sahabatnya, Sofea telah cukup membuatkan hatinya menangis hiba. Dilihatnya pula kertas peperiksaan dirinya sendiri memang jauh beza markahnya
"Kenapalah aku tak boleh jadi macam Sofea? Nak kata aku tak belajar aku belajar. Tapi kenapa susah nak dapat macam dia?" getus hati Zinnirah.
Tiba-tiba dia terfikir untuk melihat semua kertas yang telah diedarkan semua guru mata pelajaran. Zinnirah melihat semua kertas-kertas peperiksaan yang telah diberikan oleh semua guru, dan dia tersenyum kerana buat pertama kalinya subjek Matematik telah lulus walaupun markahnya hanya di atas pagar. Kini Zinnirah telah nekad dalam dirinya, walau apa pun yang bakal terjadi dia akan berusaha dan tidak akan putus untuk berdoa kepada yang Maha Mengetahui.
Kini SPM sedang berjalan seperti biasa. Debarannya tidak begitu kuat, tetapi apabila mahu menyerahkan kertas jawapan pada pengawas yang bertugas barulah dirinya seperti mahu mengambil balik kertas tersebut dan memeriksanya semula. Hanya tawakal dan doa sahaja yang mampu dilakukan selepas menyerahkan kertas jawapan. Terdapat juga rakan seperjuangan yang dulu tidak pernah mahu belajar dan datang ke sekolah hanya untuk melengkapkan rutin harian tetapi mula berubah menjadi ulat buku, ada juga yang seperti tidak mahu berenggang dengan buku tersebut apabila menghampiri ke hari peperiksaan.
* * * * * 
"Abah, along takutlah," pendek kenyataan yang diberi Zinnirah kepada bapanya tetapi cukup mengambarkan perasaan berdebarnya untuk mengambil keputusan SPM pada hari itu.
"Apa nak ditakutkan sekarang. Patutnya takut sewaktu nak ambil SPM dulu," kata bapa Zinnirah membuatkan dirinya lebih seperti cacing kepanasan.
Sampai di sekolah, keputusan peperiksaan telah pun diumumkan. Lantas Zinnirah mendapatkan sahabatnya, Sofea. Mereka telah berjanji untuk berjumpa di sekolah kerana Sofea baru sahaja balik dari Program Latihan Khidmat Negara.
"Assalamualaikum, Sofea macam mana keputusan engkau?" terus Zinnirah menyoal keputusan yang sedang dipegang oleh Sofea kerana debarannyasemakin dirasa.
"Waalakumussalam, Alhamdulillah. Aku berjaya dapat 4A. Kau pergilah cepat ambil keputusan boleh kita lepak lama-lama lepas ni," terang Sofea dalam keadaan gembira.
Zinnirah bergerak untuk mengambil keputusan. Setelah keputusan berada di tangannya, dia merasa amat terkilan atas usaha dirinya selama ini. Kenapa dirinya masih tidak boleh menandingi Sofea.
"Macam mana Zinnirah?" tanya Sofea.
"Bolehla, dapat 1A je," perlahan nada percakapan Zinnirah.
"Tak apalah. Zinnirah, matematik kau B lah!" suara Sofea memecah kesedihan Zinnirah.
"Yalah, Alhamdulillah!" pendek ulasan Zinnirah.
Pulang ke rumah, Zinnirah duduk termenung di beranda sambil memikirkan nasibnya selepas ini. Walaupun dirinya layak untuk menyambung pelajaran tetapi bukan dalam bidang kejuruteraan awam. Kemungkinan besar dia akan menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan. Memang jauh dari cita-cita asalnya tetapi apa yang boleh dibuatnya. Hanya itu yang layak bagi dirinya.
* * * * *
Selepas bertahun-tahun berlalu, akhirnya Zinnirah berjaya dalam bidang perakaunan. Kini dirinya telah bergelar pendidik. Dulu dia sering jatuh kini gilirannya pula untuk membantu sesiapa yang rasa kehilangan walhal mereka masih belum temui sinar hikmah yang sebenar. Terlalu besar hikmahnya sehingga kita akan bersyukur dengan apa yang berlaku dahulu. Tiba-tiba lamunan Zinnirah terhenti apabila salah seorang muridnya datang untuk berjumpa denganya.
"Cikgu Zinnirah, ada apa nak jumpa saya?" tanya pelajar tersebut.
Lantas zinnirah menyimpan gambar tersebut dan memandang tepat ke wajah pelajarnya.
"Cikgu nak ucapkan tahniah kepada kamu," terang Zinnirah .
"Tapi saya punya matematik tak berapa ok?" soal pelajar itu kembali.
"Tapi kamu dah berjaya untuk meluluskan diri kamu. Percayalah kata cikgu, teruskan usaha dan jangan sesekali mengeluh. Allah Maha Mengetahui segalanya," tersenyum pelajar tersebut antara faham dan tidak faham.
Setelah selesai pelajar tersebut meninggalkan meja guru yang bernama Nur Zinnirah dengan ucapan terima kasih kerana menyokong dirinya dan keluar dari bilik guru dengan impian untuk berjaya. Dari jauh Zinnirah tersenyum dan berharap anak didiknya akan faham suatu hari nanti.
"Suatu hari kamu akan faham wahai anak didik ku."
- Artikel iluvislam.com

kulayarkan kerinduan di lautan memori
20 april 2011...hari last final exam dan jgk hri last di KMPk..entahlah..ku terjaga dari tidur awal hari itu..mungkin hari last penat kemas barang..tiba-tiba je rasa sebak dihati ini..masa solat subuh tak tertahan di jiwa ni,lalu kubiarkan saja mutiara jernih melalui pipi ini..mungkin rasa sayang nak hadapi perpisahan..habis exam..semua org bersalaman..masa tu aku tak mampu tengok suasana tu..tak tahu laa,sehari tu mmg asyik nangis je..tiba2 dpt msj dari kakakku..dia cakap dia dh tggu kt cafe.."awalnya datang"..bisikku..aku terus bergegas uruskan perkara yang perlu di selesaikan..dan kami sama2 kemas barang masukkan dalam kereta..masa tu mata ni mmg dh bengkak dh..=( tak tahu laa kenapa sedih sgt..last..aku salam ngan roomate2ku..sempat ku hulurkan penanda buku yg ku cipta sebelum hri last..kat belakang tu aku sertakan ucapan kt dyorang..masa tu mmg tak bleh nk kata apa2 dh,sebak ..hehe..
Alhamdulilah..tamat sudah sesi pr0gram matrikulasi.. stelah setahun pengajian..banyak perkara yang sdah dipelajari dan yang penting byk iktibarnya..
masa last2 duk kat matrik baru terasa indah...best sgt...tapi rasa mcm setahun tu sekejap je...mula-mula nk masuk matrik punyerlah berdebar dihati..tp kt 'climax' tu best..banyak perkara belajar dari kawan2 kt sana..
kenangan yang paling best..
'Masjid al-Maghfirah'..namamu terukir dihatiku..rindu sgt..banyak dpt pengalaman dari program2 anjuran kami AJK masjid..Kem ibadah,yg pling rindu program ifth0r(buka puasa)..masa tu lah paling kalut,buat announcement kat bl0k..then kutip nama sape yg berminat..kdg2 suruh tikah (roomate) yg announce..lagi program nasyid..sempat jgk sumbang suara yg sumbang ni..yang best masa tu kteorg duk kat belakang stage..main lampu yg lip lap..contr0l langsir..masa karnival pelajar plak..masjid wat jualan..baju muslimah,tudung,mcm2..
tak lupa jgk usrah..usrah paling best,anak2 usrah sporting..ada 1 sesi usrah hari tu..barisan naqibat bergabung tenaga..gabung semua usrah,buat sesi luahan hati..alhamdulillah semua anak2 usrah bagi kerjasama..kdg2 banyak perkara yang kita rasa susah tapi ada lagi yg lebih diuji olehNYa..bersyukurlah seadannya..

S/U masjid bg pensyarah ustaz Ahmad..sporting sgt,dh la pandai masak..sempat lagi belajar ngan ustaz..ada hari tu kteorg wat bubur assyura.semua semangat turun padang..dari 8 pagi sampai maghrib..aduh..penat..assyura kelantan vs utara..best!!
apa yang pasti..semua dh jadi lukisan dalam diari kehidupanku..
aku pasti akan merindui saat-saat itu......walaupun ia sementara..
Alhamdulillah Ya Allah.......