


kata2mu berbunga lagi dipagar...
perjuangan tidak akan berErti tanpa sebuah pengorbanan... Ku masih menanti penghujung jalan yang masih terlalu panjang... Ya Rabb pimpinlah daku dalam menusuri jalan ini....





Hikmah Solat





**********
Loceng berbunyi tepat jam 6.30 petang..aku masuk ke kelas Tahfiz 2..aku lihat ramai lagi anak murid ku belum sampai.."mungkin hujan kot,dyorang lambat skit.."bisikku..sebenarnya tempat yang ku mengajar adalah sebuah pusat pengajian islam,agak dekat dengan rumahku, masih dalam daerah yang sama..Subjek yang amat ditekankan dan wajib disini,ialah subjek al-Quran dan tajwid..yang mana subjek sampingannya ialah bahasa arab,jawi,dan hafazan al-Quran..
"Assalamua'alaikum ustazah..",mohd ilmam menyapa ku.."maaf lambat ustazah..".."oh,tak pe,ustazah faham.."ujarku dalam senyum..aku mulakan kelas dengan nama Allah SWT dan salam berserta doa..setelah mencatat attendant..murid-muridku datang secara individu,untuk Tasmi' al-Quran..kelas ku mulai bising,agak mengganggu ku untuk mendengar bacaan..lalu aku menegur mereka bilhikmah..maklumlah,dalam kelasku,umur murid-murid dalam lingkungan darjah empat hingga tingkatan 1..cuma ada seorang je 6 tahun,sebab tak boleh berpisah dengan kakaknya...
Ada jugak yang memang banyak mulut dan nakal..macam-macam soalan dia tanya..kadang-kadang soalan dia membuatkan ku tergelak..hehe..sedang ku khusyuk mendengar bacaan..seorang anak murid yang nakal tu bertanya..agak advanced soalan dia.."ustazah,ustazah,bakpo kalu dulu kae,dio beku firaun,sebab nok tunjuk ko oghe ramadan generasi maso depe,kalu gitu,bakpo dio tok wak jugok kt nabi..nanti biar kito buleh tengok jugok kea,ustazah kae??.."dia bertanya dengan mimik muka yang sangat comel..
Aku terkesima..bukan ape,dek advanced sangat soalan dia,klu tak silap aku dia baru darjah 2 atau 4 macamtu la, tapi dah jauh dia fikir..sebenarnya maksud soalan tu, kenapa kalau dlu,dia awetkan firaun,untuk tontonan umum dan generasi masa depan..klau macam tu kenapa dia tak xbuat kat Nabi jugak nanti kita semua boleh tengok..macam tu la bunyinya..
Aku yang khusyuk mendengar bacaan al-Quran anak muridku,lalu terlalai seketika..memikirkan nk jawab macam mana,sesuai dengan umur dia..lalu,aku berikan isyarat tangan,tunggu sekejap,"jap lagi ustazah jawab yer,sebab nk hbiskan yang salsabila ni dulu.."
***********Loceng rehat dan waktu solat maghrib pun berbunyi..alahaii.. tak sempat jugak nk jawab..tepat pukul 8.oo malam,semua anak muridku menyambung bacaan mereka,dan aku pun teruskan pelajaran untuk hari ini iaitu bahasa arab seperti dalam buku perancangan yang ada ditanganku..malangnya memang tak sempat nk jawab jugak hari ni..
*********
Kelas tamat jam 8.45 malam..loceng berbunyi menandakan solat isyak berjemaah sudah tiba.. Seusai itu,semua murid menadahkan tangan,dan berdoa..setelah itu semua murid boleh bersurai..aku yang mengawal keadaan kat situ,agak sukar,terutamanya budak-budak lelaki..tak dengar cakap orang..murid perempuan baik je,takde masalah bagi aku, then they make a queue dan bersalaman dengan ustazah-ustazah kat situ...termasuk aku..
Biasanya ustazah kat sini ada tugas selepas mengajar..macam bersihkan tandas,sapu sampah dan lain-lain..selepas selesai tugasanku ,ku berehat..sambil menunggu murid-muridku semuanya selamat pulang..
**********
ku merenung jauh.."tentang soalan mua'zzam tu,simpan untuk esoklah jawapannya"..bisik hati ku..Namun,aku memang dah ada jawapan sebenarnya..pada pendapatku,kerana Rasullulah SAW, seorang insan yang sangat mulia..perit jerih Beliau menyampaikan islam..perlukah kita zalimi seorang insan yang begitu hebat,jua kekasih Allah??..Yang mana Fir'aun pula seorang manusia yang sangat zalim..juga dia mengakui dia adalah tuhan semesta dan tujuan dia awetkan untuk memberikan pengajaran kepada ummat manusia...
mindaku terus berlegar-legar..teringatku pada kenangan-kenangan indah persahabatan..matrikulasi..maahad...semua itu mengukir kenangan indah..indahnya bagaikan pelangi selepas hujan..Esok pun akan ku jalani rutin harian yang sama,pagi shift kat rumah,petang kat sini..penat tu memang agak penat,yang penting pengalaman dan pengorbanan..
"Fatin..."sapa seorang ustazah yang ada disitu..lamunan ku lantas terhenti.."balik ngan ape?.."sambung ustazah tdi.."ooh,dengan kereta.." ujarku..sambil kami menunggu murid-murid pulang,kami berbual-bual..seusai itu aku pun menghidupkan enjin keretaku,untuk pulang...Aku tersenyum sendirian...cukup bahagia kerana Allah SWT,memilih aku,untuk berkongsi pengalaman mengajar seiring dengan ustazah-ustazah lain..walaupun ia sementara...
Terima kasih Ya Allah..Wassalamm...
Ya Rabbi...







Hati orang yang beriman itu akan sentiasa tenang dan tenteram kerana mereka mengingati Allah. Tidak kira walau mereka ditimpa malapetaka, mereka segera insaf dan melihat kembali kesilapan yang dilakukan agar ia dapat diubah.


"Muhasabah diri itu penting bagi menilai kesilapan kita. Jika kita berasakan diri ini teruk dilanda masalah, kita perlu fikir masih terdapat individu lain yang lebih hebat diuji Allah," 

Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:
i) sedekah jariah,
ii) ilmu yang dimanfaatkan
iii) anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
- Hadis riwayat Muslim