Alhamdulillah syukur kehadratNya...
****************************************************************
Macam tak percaya..tiba-tiba je hati ini,terdetik untuk menulis tinta tentang 'cinta'...hmm..tak tau lah..kadang2 saya sendiri keliru...ingin tahu apa itu sebenarnya cinta...
Banyak cerita tentang cinta pernah saya dengar..
tapi kadang2 timbul rasa pelik..hmm..*smbil menggaru2 kepala*
Ramai yang meminta pendapat tentang cinta pada pendapatku.......
Aku kadang terkelu andai bersoal tentang cinta...
cinta manusia...cinta dunia...
Aku keliru....
Mungkin juga aku tak pernah jatuh cinta..membuatkan lidahku terkelu membisu..
Apa yang boleh ku katakan..
Mengikut apa yang diamati dan diperhati jua didengari...
Sesungguhnya,perasaan cinta itu hadir tanpa diundang,
apabila ia bertamu,itu bukanlah suatu dosa bagimu...kerana Aku faham MafhumNya..
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(3:14)
Jika dianalogikan dua ketul batu,
jika tak digeserkan antara keduanya,
ia tak kan mengeluarkan percikkan api..
tapi apabila keduanya digeserkan..? pastinya ada percikan api..
Sama juga dengan manusia..
jika keduanya meluahkan perasaan itu,bukan pada masanya..
ia akan disusuli dengan nasfu yang membara..
Maka bermula lah kisah cinta...
Cinta yang tidak tahu mana hujungnya..
Mungkin juga terputus ditengah jalan..
Tetapi pada mereka yang menghadapi keadaan ini..
moga kekal ke akhirnya..
Tetapi perlulah sangat menjaga...
Kerana ia mungkin mengganggu Hablumminallah..
Terlalu tinggi risikonya..
Nilai cinta kita kepada Allah itu..adakah 'pure'..??
Atau..kadang2 solat rasa kurang khusyuk dan terganggu, kerana rindu kepada si dia..
Moga sahabat-sahabat kuat menghadapi ujian ini..
Kerana ujian ini,mungkin sukar.. tak kira pada sesiapa pun..
mahupun ustaz,ustazah...
Dan aku,terus disini,menjadi penunggu setia kepada yang halal bagiku..
Doakan juga moga diberi kekuatan..
untuk menjaga hati ini..
jika difikirkan tentang 'cinta'..rasa tersangat takut..
takut lalai dengan cinta manusia..sehingga terabai cinta Allah..
yang pastinya HAKIKI...Nau'zubillahiminzalik..
P/s: Moga post kali ni,bleh menjadi nasihat kepada diri sendri dan juga sahabat -sahabat..seMoga kita sentiasa dalam Rahmat dan RedhoNya..kerana sesungguhnya seseorang manusia itu takkan pernah sempurna..dan tidak lari dari membuat kesilapan..
Wassalam...=)